KERAJAAN GOTONG - ROYONG
oleh: Mokhtar Petah
Kerajaan Malaysia adalah sebuah kerajaan yang melaksanakan falsafah gotong - royong (collective), tetapi tidak bersifat sosialism atau komunism[1]. Kegotong - royongan yang diamalkan dalam masyarakat rakyat Malaysia berumbi dan berteraskan konsep Islam dan Melayu. Konsep itu ialah ‘hubungan dengan Allah dan hubungan dengan manusia.’[2]
Kita melihat susunan organisasi kegotong-royongan (collective) negara, iaitu Majlis Raja – Raja, Yang Dipertuan Agong, Jemaah Menteri (cabinet) dan Jabatan Perdana Menteri dengan negeri-negeri di seluruh negara.
Untuk mencapai kefahaman yang lebih jelas, perhatikan rajah ‘Pertalian Penyelarasan Di Peringkat Pentadbiran Persekutuan dengan pentadbiran di peringkat negeri – negeri’[3] seperti dalam raja ini:
Elok dijelaskan di sini, bahawa kuasa pentadbiran berhubung dengan agama Islam di negeri - negeri yang diperintah oleh Sultan, Yang Dipertuan Besar dan raja tidak terletak di bawah Kerajaan Persekutuan. Kuasa itu terletak di bawah kuasa Sultan,Yang Dipertuan Besar dan Raja negeri-negeri. Manakala Wilayah Persekutuan dan negeri- negeri yang tidak bersultan atau raja pemerintah, kuasa pentadbiran agama Islam terletak di bawah Yang Dipertuan Agong.
Kuasa meletakkan pentadbiran atas hal ehwal agama Islam di bawah kuasa Sultan, Yang Dipetuan Besar dan Raja yang memerintah negeri-negeri adalah keputusan yang telah dicapai dalam ‘Persidangan Alim Ulama’ anjuran Jawatankuasa Tetap Bahagian Agama (Islam) UMNO Malaya, di Kelab Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur, pada tahun 1951.
Keputusan itu telah diserahkan kepada UMNO dan kemudian dikemukakan kepada kerajaan Inggeris. Kerajaan Inggeris telah menerima keputusan itu dan dikuat – kuasakan. Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka telah menerima pakai pentadbiran tersebut hingga pada masa ini.
Jawatankuasa Tetap Bahagian Agama (Islam) UMNO itu dipengerusikan oleh Allah yarham Sheikh Abdullah Fahim.[4] Ahli-ahli jawatankuasa tersebut seperti berikut:
a. Sheikh Abdullah Fahim (pengerusi) – Seberang Perai
b. Sheikh Abdul Jalil Hassan (setiausaha) – Johor
c. Ustaz Salleh Osman – Perlis
d. Tuan Haji Muhammad bin Haji Hitam – Negeri Sembilan
e. Tuan Haji Ahmad Mahir – Kelantan
f. Tuan Haji Abdul Rahman Merbuk - Kedah
g. Tuan Haji Mohamad Sidin - Selangor
h. Tuan Haji Abdul Aziz bin Abdul Salam - Perak
Para ulama di atas ini bertugas sebagai penasihat hal ehwal agama kepada Yang Dipertua dan semua ahli – ahli Jawatankuasa Agung UMNO pada masa itu. Setiap urusan yang ada kena mengena dengan agama Islam dan maruah umat Islam yang hendak dijalankan oleh UMNO, dirujuk atau diminta fatwa dari para ulama tersebut.
Pada masa itu Semenanjung Tanah Melayu masih belum bersifat sebuah negara. Tanah semenanjung ini masih di bawah jajahan British. Apabila Kerajaan British menyerahkan kembali tanah jajahannya - Semanjung Tanah Melayu ini, maka ruang bumi yang kita pijak dan ruang langit yang kita junjung ini bertaraf sebuah negara merdeka. Pada masa ini bernama Malaysia dengan rakyatnya berbilang kaum. Negara kita terletak di dalam Commonwealth ( persatuan negara-negara bekas jajahan British, dianggotai oleh 49 buah negara termasuk Malaysia).
Patut kita menilai semula akan peranan alim ulama pada zaman negara kita belum merdeka, terutama peranan alim ulama dalam UMNO seperti yang telah saya catatkan di atas. Peranan ulama atau institusi ulama dalam negara yang bersifat gotong royong ini mestilah dihormati dan dimartabatkan sebagai sebuah institusi yang menjadi tempat rujuk umat Islam dan rakyat Malaysia.
Pada masa ini telah wujud Majlis Fatwa Kebangsaan dan Majlis Mufti-Mufti Malaysia. Dua badan yang dianggotai oleh alim ulama yang bertaraf pegawai kerajaan dan memihak kepada kerajaan. Nampaknya ada dua badan itu tidak sebulu ada percanggahan dalam hal fatwa.
Perhatian catatan pergisiran fatwa antara Majlis Fatwa Kebangsaan dengan Majli Mufti –Mufti Malaysia,iaitu mengenai konseret Sure Heboh TV3,iaitu:
‘Keputusan Majlis Mufti- Mufti yang diumumkan oleh Mufti Kerajaan Perak, Dato’ Seri Harussani Zakaria itu menganggap mereka yang menganjur,menghadiri dan menonton konsert anjuran stesen televisyen swasta popular itu juga haram. Pengharaman konsert Sure Heboh diputuskan di peringkat Mufti-Mufti dan akan di bawa ke Majlis Fatwa Kebangsaan untuk dipertimbangkan.’[5]
Dalam akhbar yang sama, pada muka 15, tajuk berita ‘Fatwa Sure Heboh Haram Tidak Sah’,telah memaparkan percakapan Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Datuk Dr. Ismail Ibrahim yang menyangkal dan menganggap tidak sah fatwa Majlis Mufti-Mufti Malaysia. Sepatutnya Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan tidak terlalu gopoh mengeluarkan pendapat yang mendedahkan percanggahan pendapat antara dua buah badan itu kepada umum.
Merenung akan kuasa mentadbir urusan agama Islam di bawah kuasa para Sultan dan Raja-Raja,maka percakapan Dr. Ismail Ibrahim itu seolah-olah ‘tidak laku’ keputusan para mufti kerajaan negeri-negeri itu, atau menidakkan kebolehan para ulama tersebut. Ini saya kira serius!
Percanggahan dan pengumuman itu akan menimbulkan rasa tidak percaya umat Islam kepada kedua-dua badan yang dianggotai oleh para ulama tersebut.
Sebagai umat Islam,tentulah kita tidak mahu wujud di Negara Islam individu-individu seperti yang dikatakan oleh Syedina Omar Ibnu Khattab, “…sejahil-jahil manusia ialah orang yang meninggalkan keredaan pihak yang benar kerana mencari keredaan orang ramai.”
Kewujudan sebuah badan ulama yang dianggotai oleh alim ulama yang memihak kepada parti kerajaan, alim ulama dalam parti-parti politik lain dan mereka yang tidak berparti politik, sangat patut difikirkan dan dilaksanakan.
Kombinasi para ulama dalam sebuah institusi yang diterima oleh kerajaan amat baik untuk mempertahankan maruah perpaduan negara dan rakyat. Institusi tersebut akan menjadi sebuah institusi pengkaji, penyelidik dan pemutus yang berhubungan dengan hukum dan hal ehwal agama Islam yang berdasarkan:
a. Al Quranul Karim.
Sebarang hukum dan hal ehwal agama Islam yang telah wujud dalam
Al Quranul Karim, hendaklah diikut atau diamalkan oleh umat Islam dan rakyat Malaysia, kecuali akidah atau kepercayaan bagi mereka yang tidak beragama Islam.
Ertinya hukum dari Al Quranul Karim tidak boleh ditolak kecuali atas sebab-sebab mengikut yang diluluskan oleh agama Islam.
b. Sunnah Nabi Muhammad s.a.w.
Sebarang hukum dan hal ehwal dalam agama Islam mengikut seperti
a. Al Quranul Karim (di atas).
c. Ijmak ulama.
Semua hukum dan hal ehwal agama Islam yang tidak wujud dalam Al Quraul Karim dan As Sunnah atau Hadis Nabi Muhammad s.a.w., dirujukkan kepada ijmak ulama.
Ijmak ulama,iaitu satu kumpulan alim ulama Islam yang terdiri dari ahli hukum (perundangan) dalam Al Quranul Karim , As Sunnah, biologi, biokimia, perubatan, jurutera dan beberapa bidang lagi.
d. Qias.
Sesuatu hukum dan hal ehwal dalam Islam yang tidak terdapat dalam
Al Quranul karim dan As Sunnah boleh dipertimbangkan oleh institusi alim ulama mengikut Qias.
Pada masa ini, masalah mengguna mazhab sebagai ikutan umat Islam di seluruh negara tidak sekata atau tidak selari. Negeri-negeri Johor, Malaka, Negeri Sembilan, Selangor, Pahang, Terengganu, Kelantan, Perak, Kedah, Pulau Pianang, Sabah dan Sarawak mengikut mazhab Shafie. Semua hukum yang tidak wujud dalam Al Qurnul Karim dan As Sunnah[6] atau Hadis Nabi Muhammad s.a.w. hanya boleh dirujuk pada hukum yang bersandarkan mazhab Shafie sahaja. Tidak dibolehkan mengikut atau merujuk kepada mazhab-mazhab lain dalam mazhab Ahlus Sunnah wal Jamaah. Ertinya negeri-negeri tersebut mengikut atau berpegang kepada sebahagian (furuk) dari mazhab Ahlus Sunnah wal Jamaah sahaja.
Hanya, negeri Perlis yang mengikut Ahlus Sunnah wal Jamaah. Di antara imam-imam terkemuka dalam mazhab itu, ialah Imam Hanafi (80H – 150H), Imam Maliki (94H – 179H), Imam Shafie(150H – 204H) dan Imam Hambali(164H – 241H).
‘…pada tahun 1959 dan seterusnya diperkukuhkan pada tahun 1963, Undang-Undang tubuh Kerajaan Perlis menyebutkan bahawa ia berpegang kepada aliran ‘Ahlus Sunnah wal Jamaah’, yakni terus berpegang kepada kitab al Quran dan Sunnah, bukan kepada mazhab-mazhab seperti mana yang berlaku di negeri – negeri lain
di Malaysia’[7].
Di antara negara-negara umat Islam di seluruh dunia dan di negara-negara lain yang mengikuti atau berpegang kepada mazhab-mazhab, ialah:
1 – Afghanistan: Mazahab Hanafi dan Ahlus Sunnah wal Jamaah.
2- Aljazair: Mazhab Hanafi dan Ahlus Sunah wal Jamaah.
3 - Arab Saudi: Mazhab Wahabi[8] dan sedikit Shafie, Hanafi, Hambali dan Ahlus
Sunnah wal Jamaah.
4 - China: Mazhab Hanafi dan Ahlus Sunnah wal Jamaah.
5 - India: Mazhab Hanafi dan Ahlus Sunnah wal Jamaah.
6 - Indonesia: Mazhab Shafie dan Ahlus Sunnah wal Jamaah.
7 - Iran: Mazhab Syi’ah 12.
8 - Iraq: Mazhab Hanafi, Ahlus Sunnah wal Jamaah dan Syi’ah.
9 - Labnon: Mazhab Hanafi, Ahlu Sunnah wal Jamaah dan sedikit Syi’ah.
10-Libya: Mazhab Hanafi dan Ahlus Sunnah wal Jamaah.
11-Malaysia: Mazhab Shafie, Ahlus Sunnah wal Jamaah dan sedikit Shiah.
12-Mesir: Mazhab Hanafi, Shafie dan Ahlus Sunnah wal Jamaah.
13-Nejeria:Mazhab Hanafi dan Ahlus Sunnah wal Jamaah.
14-Pakistan: Mazhab Hambali, Ahlus Sunnah wal Jamaah dan sedikit Qadyani.
15-Pilipina: Mazhab Shafie dan Ahlus Sunnah wal Jamaah.
16-Sonalia: Mazhab Shafie dan Ahlus Sunnah wal Jamaah.
17-Sudan: Mazhab Hanafi dan Ahlus Sunnah wal Jamaah.
18-Yaman: Mazhab Shafie,Ahlus Sunnah wal Jamaah dan sdikit Syi’ah Zaidiyah.
Umat Islam di Great Britain, Amerika Syarikat dan negara-negara Kristian lainnya berpegang kepada mazhab Ahlus Sunnah wal Jamaah, Hanafi, Maliki, Shafie, Hambali, Syi’ah dan Qadyani dan mazhab-mazhab lain.
Umat Islam di sekitar Soviet Union berpegang kepada mazhab Ahlus Sunnah wal Jamaah, Hanafi
Di kalangan golongan mazhab Syi’ah berpendapat, bahawa mazhab itu mempunyai 21 silsilah imam-imam seperti berikut:
1 - Syedina Ali bin Abi Talib.
2 - Syedina Hassan bin Ali bin Abi Talib.
3 - Syedina Husein bin Ali bin Abi Talib.
4 - Ali Zainal Abidin bin Husein bin Ali bin Abi Talib.
5 - Mohd.Al Baqir bin Ali Zainal Abidin.
6 - Ja’afar Siddiq bin Muhammad Al Baqir.
7 - Musa Al Khazim bin Ja’afar Siddiq.
8 - Ali Redha bin Musa Al Ghazim.
9 - Muhammad Al Jawa bin Ali Redha.
10- Ali Muhammad bin Ali Redha.
11- Hassan bin Ali bin Muhammad Al Askari.
12- Muhammad bin Hassan Al Mahdi*
* Muktamad bin Hassan Al Mahdi telah lenyap (tidak ditemui wafat) pada 260H. Bagi
Sesuai dengan perubahan-perubahan drastik yang sedang dilaksanakan oleh Perdana Menteri, Abdullah Badawi dan Jemaah Menterinya, maka institusi alim ulama akan dapat membantu beliau dalam menjayakan harapan dan cita-cita besar beliau.
Jika dapat diterima, saya mengesyorkan, bagi melicinkan atau menyelaraskan perjalanan dan pentadbiran agama Islam di seluruh negara, amat baik di kaji semula – mungkin boleh dipinda perlembagaan -, iaitu mengenai hak mentabdir atas hal ehwal agama Islam terletak di bawah kuasa Raja-Raja yang memerintah di tiap-tiap negeri, diletakkan di bawah Kerajaan Pusat. Diwujudkan pula Kementerian Hal Ehwal Agama Islam. Dengan kewujudan kementerian tersebut, maka hak-hak yang ada di tangan jabatan-jabatan agama Islam di negeri-negeri diagih kepada kerajaan pusat dan kerajaan-kerajaan negeri. Di antaranya:
1 - Semua mahkamah syariah diletakkan di bawah kuasa Kerajaan Pusat.
2 - Melaksanakan hukum-hukum dalam Islam terletak di bawah Kerajaan Pusat.
3 - Melaksanakan tindakan undang-undang terhadap pelanggar-pelanggar hukum
Islam terletak di bawah Perajaan Pusast.
4 - Pentadbiran ke atas masjid, surau dan sekolah agama (negeri) di bawah jabatan-jabatan
agama Islam di negeri-negeri.
5 - Tauliah mengajar agama terletak di bawah jabatan-jabatan agama di negeri-negeri.
6 - Hal ehwal nikah, cerai dan seumpamanya di bawah jabatan-jabatan agama di negeri-
negeri.
7 - Pentadbiran zakat, fitrah dan tanah wakaf di bawah jabatan-jabatan agama Islam di
negeri-negeri.
8 - Baitul Mal boleh dilaksanakan bersama antara kerajaan-kerajaan negeri dengan
Kerajaan Pusat.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri bertukar kepada Menteri Hal Ehwal Agama Islam Malaysia. Menteri tersebut mempunyai tanggungjawab yang lebih luas dari sekarang.
Masalah yang saya telah kemukakan di atas mungkin bagi sesetengah pihak terasa ada kerumitannya atau ada yang menentangnya.Tetapi kalau dengan keinsafan untuk melicinkan penyelarasan pentadbiran agama Islam di negara ini,maka perkara itu patut difikirkan sesuai dengan falsafah Cemelang, gemilang dan terbilang. Walau bagaimana rumit sekali pun akan dapat diatsi dengan cara bermasyawarah atau mengikut falsafah kegotong – royongan.
Sesuai dengan kewujudan Kementerian Hal Ehwal Agama Islam Malaysia, maka Majlis Fatwa Kebangsaan mestilah mempunyai kerjasama yang erat dengan institusi alim ulama (jika diwujudkan) ayang saya kemukakan itu.
KEPERCAYAAN RAKYAT
Sesungguhnya, kita rakyat Malaysia bahkan para pemerhati politik negara-negara lain ‘kagum’ atas kepercayaan yang besar dari rakyat kepada Barisan Nasional pimpinan Dr Abdullah Badawi. Kepercayaan itu dibuktikan oleh keputusan cemerlang yang diperolehi oleh Barisan Nasional dalam pilihan raya umum ke – 11, pada 21 Mac 2004 lalu.
Walaupun kemenangan yang diperolehi oleh Barisan Nasional itu telah dipertikai dengan berbagai-bagai alasan oleh pihak-pihak tertentu, tetapi pada hakikatnya; sebilangan besar rakyat Malaysia menaruh kepercayaan yang besar lagi kuat kepada parti kerajaan.
Hasil dari kaji selidik, bahwa kemenangan tersebut adalah berdasar atas lima sebab seperti berikut:
1 - Rakyat yang terdiri dari berbagai peringkat ada sikap berterima kasih kepada
2 - Rakyat yakin dengan kerajaan Islam yang telah diluluskan oleh Dewan Rakyat.
3 - Kebanyakan rakyat yang beragama lain dari Islam yakin, negara Islam yang
4 - Keseluruhan rakyat rasa terpanggil untuk menyokong parti kerajaan kerana
5 - Seluruh rakyat yakin dengan ilmu pengetahuan Islam yang ada pada Dr Abdulla
Apabila Dr Abdullah Badawi telah mengumumkan manifesto Barisan Nasional sebelum berlangsung pilihanraya umum 21 Mac 2004, rakyat mendapat kesedaran sibik, bahawa manifesto itu boleh dilaksanakan oleh Barisan Nasional kerana, badan yang menggabung parti – parti politik di dalamnya telah mempunyai pengalaman memerintah dan membina negara hingga berada dalam keamakmuran dan kesejahteraan.
Manifesto Barisan Naional itu adalah seperti di bawah ini:
EKONOMI
* Terus menggalakkan pertumbuhan ekonomi bagi mencapai wawasan
* Meningkatkan daya saing dan daya tahan ekonomi berdasarkan
* Mewujudkan suasana mesra-perniagaan.
* Mempelopori sumber kekayaan dan pendapatan baru dalam bidang
pertanian, bioteknologi dan perkhidmatan kewangan Islam.
PEMBANGUNAN SEIMBANG
* Membasmi kemiskinan sepenuhnya dan merapatkan jurang
* Memastikan pembangunan wilayah yang seimbang di seluruh negara
* Mempertingkatkan jumlah dan kualiti rumah kos rendah dan
perkhidmatan kesihatan.
* Mempertingkatkan keberkesanan program sosial untuk membantu
kumpulan tercicir seperti Orang Asli, golongana kurang upaya dan warga tua
PENDIDIKAN
* Memastikan kualiti pengajaran dan pembelajaran yang cemerlang di
semua peringkat persekolahan dan pengajian
* Menjadikan sekolah kebangsaan sebagai sekolah pilihan melalui
peningkatan kualiti termasuk pengajaran bahasa ibunda yang lebih
baik dismaping memeliharan kedudukan sekolah jenis kebangsaan
yang sedia ada.
* Meningkatkan mutu pengajaran bagi kemahiran komunikasi termasuk
bahasa, kemahiran teknologi maklumat, kemahiran penyelesaian
masalah dan berfikir secara kritis
AGAMA
* Membina Islam Hadhari yang progresif dan moden
* Memperbaiki pelaksanaan undang-undang syariah dalam negara dan
memastikan wanita Islam dapat menikmati sistem perundangan yang adil dan
saksama
* Meningkatkan pendidikan Islam dan memperbaiki sukatan pelajaran Islam pada
semua perintkat, mensyaratkan pelajar beragama Islam mengambil mata pelajaran
bahasa Arab dan khatam al-Quran sewaktu di sekolah, meningkatkan kebajikan
iman dan pegawai agama dan memastikan urusan jemaah haji dilakukan secara
cekap dan memastikan kos mengerjakan haji dikawal pada paras munasabah.
NILAI SAKHSIAH, AKHLAK DAN NILAI-NILAI ETIKA
* Membudayakan semangat menolak rasuah
* Memperkenalkan satu kod etika dan integriti untuk sektor awam dan
swasta, parti - parti politik serta masyarakat umum
* Memupuk nilai akhlak yang tinggi, keyakinan diri serta keberanian untuk
menghadapi cabaran di kalangan belia dan remaja melalui Latihan Khidmat
Negara, Rakan Muda dam program khidmat masyarakat yang lain.
* Memperbaiki sikap pemandu untuk mengurangkan kadar kemalangan dan
kematian di jalan raya.
UNDANG-UNDANG DAN KESELAMATAN AWAM
* Memelihara keluhuran undang-undang untuk mengekalkan keamanan
dan kesetabilan negara.
* Memelihara keamanan, kesetabilan dan keharmonian di kalangan
rakyat,
dengan semua kumpulan etnik diwkili dalam Barisan Nasional
melalui perkongsian, selaras dengan semangat bersatu hati dan
bekerjasama.
* Menjamin kebebasan badan kehakiman dan menyediakan pasarana
moden untuk meningkatkan kecekapan pentadbiran.
PERKHIDMATAN AWAM
* Meneruskan usaha untuk memperbaiki sistem penyampaian perkhidmatan
awam menerusi perkongsian dengan sekor perkhidmatan awam untuk
memenuhi keperlauan rakyat yang semakin meningkat.
* Meningkatkan kecekapan dan tahap kemudahan disemua agensi
barisan hadapan.
* Menyusun semula pejabat-pejabat tanah, daerah dan kerajaan tempatan.
DASAR LUAR NEGARA
* Memastikan Malaysia tetap memainkan peranan aktif dalam isu antarabangsa serta mengekalkan hubungan damai dengan semua negara tanpa mengira taraf ekonomi, ideologi dan sistem politik.
Dr Abdullah Badawi dalam ucapannya mengumumkan manifesto Barisan Nasional, dengan wajah yang membayangkan keyakinan beliau yang kuat terhadap rakyat yang akan menyokong parti politik kerajaannya, telah berkata, “ Kita mahu rakyat mengundi Barisan Nasional bagi masa depan negara.”
“Dengan kekuatan, keteguhannya, Barisan Nasional terbukti sebagai parti yang bebar-benar mewakili semua kaum di negara ini.” katanya.
“Parti ini mempunyai pengalaman lama dalam perjuangan membangunkan negara ini, memajukan dalam semua bidang serta membawa kejayaan kepada rakyat tanpa mengira kaum atau agama yang dianuti,” katanya lagi.
Tambahnya, “Mengundi Barisan Nasional adalah memilih masa depan yang lebih makmur untuk Malaysia.”
NEGARA DEMOKRASI
Pada zaman negara ini di bawah kekuasa Inggeris, agama Islam dibenarkan berjalan dengan dikawal rapi melalui kuasa Sultan,Yang Dipertuan dan Raja yang memerintah. Pejabat agama dan pejabat kadhi di tiap-tiap negeri dan daerah memegang kuasa yang mutlak ke atas pentadbiran Islam.
Kerajaan Inggeris tidak membenarkan untuk melaksanakan kanus kesiksaan undang jenayah (criminal) dalam Islam, seperti hukuman bunuh balas (qisas), hukuman ke atas penzina dan hukuman ke atas pencuri. Tetapi membenarkan untuk menjalankan hukuman atau peraturan mengenai hak orang awam (civil) ,di antaranya:
a. Urusan pernikah, perceraian, perujukan dan tuntutan
nafkah.
b. Urusan pembahagian harta pusaka.
c. Urusan wakaf harta benda dan wang.
d. Hal ehwal rumah tangga orang Islam.
Kerajaan Malaysia yang mementingkan ‘masyarakat majmuk’ telah meneruskan cara demikian sejak mula merdeka hingga pada masa ini.
Semua kanun kesiksaan atau undang - undang jenayah (criminal) dalam Islam tidak dibenarkan pentabiran agama Islam di semua negeri dalam Malaysia melaksanakannya.
Pada hakikatnya kerajaan Malaysia berusaha sedaya upaya agar segala gerak kerja, sikap dan ragam rakyat dan pendeknya kehidupan rakyat (terutama orang Islam) mencerminkan moral,hikmah atau ajaran Islam.
Demokrasi menjadi amalan kerajaan Malaysia. Amalan demikian menjadikan rakyat dan kerajaan berganding bahu atau bergotong - royong untuk memajukan negara. Jika kita meneliti akan realiti negara kita yang mengamalkan demokerasi ini, kita mendapati seperti satu untaian hikmh,iaitu, ‘rakyat itu kerajaan dan kerjaana itu takyat’. Ada masanya kerajaan memerlukan pertolongan rakayat dan ada waktu pula rakyat memerlukan bantuan kerajaan. Dari falsafah inilah lahirnya ‘tidak ada kerajaan tanpa rakyat dan tiada rakyat tanpa kerajaan’. Rakyat dengan kerajaan seperti ‘aur dengan tebing’. Ertinya rebak tebing aur tumbang dan tumbang aur tebing rebak.
Sebagai contoh, kerajaan dibangunkan dengan mata undi dari rakyat dalam sesuatu pilihanraya umum.Rakyat pula dibangunkan oleh kekuatan dan kemampuan kerajaan. Kerajaan membantu rakyat dalam berbagai bidang. Di antaranya Ekonimi - perdagangan dan perusahaan (meliputi sektor pertanian), pelajaran dari peringkat sekolah rendah hingga ke peringkat pengajiann tinggi, sukan dan pembangunan belia, pembangunan masyarakat, keagamaan dan sebagainya.
Atas nama kerjasama inilah, maka kerajaan dan rakyat saling bahu membaku untuk bertindak membasmi jenayah, sebersif atau musuh negara dan kesemalatan negara dan rakyat.
Huru - hara yang melanda negera pada 13 Mei 1969, selain dari meninggalkan catatan hitam pada sejarah negara kita, tragedi itu juga mengajar kita ‘ kemusnahan harta benda dan nyawa’ tetap berlaku sekirannya rakyat yang berbilang kaum tidak dapat berada dalam ikatan persaudaraan atau perpaduan.
Dr Abdullah Badawi telah menekankan tentang amalan demokrasi seperti berikut:
“Kita berpegang teguh pada amalan demokrasi untuk mempertahankan sistem kerajaan pilhan rakyat. Ini telah dibuktikan apabila sistem demokrasi berparlimen dihidupkan semula dalam tahun 1971 setelah digantung selama 21 bulan berkuat kuasa dari peristiwa 13 Mei 1969. Kuasa rakya untuk menentukan kerajaan akan diteruskan melalui pilihanraya yang menghormati hak mengundi secara sulit.
Amalan demokrasi yang dihormati akan turut memastikan bahawa proses pilihan raya dapat berjalan secara aman, bebas dari sebarang penipuan serta memberi peluang saksama kepada sertiap warga untuk menawarkann diri dan dipilih memberi khidmat kepada rakyat.
Kita menegakkan amalan demokrasi yang sihat. Amalan demokrasi yang sihat akan menghormati suara dan kehendak majoriti rakyat. Demokrasi yang sihat bukan hanya menghargai media bebas tetapi perlu didukung oleh media yang berperanan memenuhi tanggungjawab sosial dan politik dalam menyampaikan maklumat dan tidak sekadar bergantung kepada sensasi.
Demokrasi yang sihat perlu didukung oleh badan-badan bukan kerajaan yang bersedia mengambil tanggungjawab secara bersama untuk membina masyarakat awam yang bertamadun.”[9]
Bagi menjamin demokrasi terus menjadi amalan rakyat dan negara, amat perlu ‘kesedaran mental’ atau sibik kepada peranan parti politik kerajaan terhadap rakyat dan kerajaan dan peranan kerajaan terhadap rakyat jelata. Kesedaran metal ini bukan sahaja perlu ada pada ahli-ahli parti politik, tetapi semua rakyat termasuk gulungan belia.
“Menjadi tangungjawab wajib bagi setiap genarasi menyediakan zuriat untuk meneruskan kesinambungan mewarisi perjuangan. Semangat menyediakan zuriat dan menyerahkan tanggungjawab sedikit demi sedikit kepada zuriat seperti yang diamalkan di dalam keluarga hendakalah diterapkan di dalam parti politik (parti kerajaan).
Namun parti dan perjuangan tidak harus berakhir dengan hayat kita.
Jangka hayat parti dan jangka hayat perjuangan harus terjamin
dapat diteruskan hingga ke hari kiamat. Tunas-tunas muda dalam parti harus dibantu untuk dapat tumbuh segar dan hidup rimbun. Hanya budaya rimba yang mengamalkan perbuatan membunuh anak sendiri serta memiliki rasa cemburu dan terancam kepada zuriat sendiri.
Barisan Nasional akan tenat, Barisan Nasional akan tenat, Barisan Nasional akan luput jika tidak segera dibangunkan barisan muda – barisan pelapis – barisan pengganti untuk diberi peluang,untuk dididik, untuk diasuh, untuk dibantu supaya cepat menjadi matang bagi terus menyalakan obor perjuangan parti.”[10]
Sesungguhnya sikap sebilangan individu dalam parti politik, kerajaan, badan-badan berkanun, swasta dan organisasi sosial dan sebagainya mengamalkan menekan, tidak memberi peluang kepada orang-orang muda menduduki tempat-tempat tertentu, jawatan dan sebagainya, adalah amalan tidak sihat dalam negara yang mengamalkan demokrasi.
Di antara keburukan-keburukan yang dapat dikesan dalam parti politik, kerajaan dan organisasi lain, ialah:
* Menindas, menidakkan kemampuan atau menahan orang-orang muda yang
berkelayakan untuk naik pangkat dalam jabatan-jabatan kerajaan , badan-
badan berkanun dan swasta.
* Mengenepikan kebolehan orang-orang muda untuk memegang sesatu
jawatan dalam parti politik atau organisasi social dan sebagainya.
* Sikap orang-orang tua (walau sampai tempoh bersara) menganggap jabatan
kerajaan, badan berkanun, parti politik dan organisasi sosial sebagai
harta atau ladang milik mereka sendiri.
PENGETAHUAN DAN TAMADUN
Manusia dituntut oleh Allah Subhanahu wa Taala supaya menuntut ilmu. Dengan firman- Nya ‘Iqra’
(baca tulis) menunjukkan betapa tuntutan Yang Maha Agung itu ke atas manusia amat penting dan ada hikmahnya pula.Dengan ilmu pengetahuan manusia yang bersifat ‘haiwan yang berkata-kata’ (haiwanun natiq) dapat menjadi manusia sejati, kenal akan diri sendiri dan kenal akan Maha Penciptanya.Dengan ilmu pengetahuan, manusia boleh hidup sesama manusia, berkeluarga, bermasyarakat, bernegara dan berhubungan dengan manusia-manusia di seleuruh dunia.
“Tuntulah ilmu walaupun (hingga) ke negara China”[11]
Seorang ilmuan Islam-ahli sosiologi, sejarah dan sains politik Islam, Ibnu Khaldoon menulis, ‘…manusia itu telah dikelompokkan kepada golongan haiwan dalam kebinatangannya dalam hal indera, gerak, makanan, tempat berlindung, dan lain-lainnya.Manusia berbeda dengan haiwan-haiwan kerana kemampuannya untuk berfikir, yang dengan alat itu dia mendapat petunjuk memperolehi kehidupannya dan saling membantu di antara sejenisnya serta mengadakan kesatuan sosial yang dipersiapkan bagi kerjasama. Dan dengan kemampunan itu pulalah dia siap sedia untuk menerima segala apa yang dibawa oleh para nabi dariada Allah Subhanahu wa Taala mengamalkannya dan mengikut apa –apa yang berguna bagi akhiratnya.’[12]
[1] Lihat KAMUS DWEBAHASA,1979.Kuala Lumpur,Dewan Bahasa Dan Pustaka, hal.226 dan 1186.
[2] Ali Imran: 112
[3] MALAYSIA KITA, 1991,
[4] Lihat Mokhtar Petah, 1997, SHEIKH ABDULLAH FAHIM PENENTU TARIKH KEMERDEKAAN
NEGARA 31 0G0S ’57,
[5] Mingguan
[6] Mula wujud pada akhir abad ke 3 Hijrah Nabi Muhammad s.a.w.,dipeloporfi oleh dua orng ulama
Usuluddin, iaitu Imam Abu Hassan Ali Ash Shaaril lahir di Basrah (
55 tahun Imam Shafie meninggal dunia, wafat di
[7] Abdul Rahman Haji Abdullah,1989, GERAKAN ISLAH DI PERLIS SEJARAH DAN
PEMIKIRAN,
[8] Mazhab atau gerakan ini dinamakan ‘Wahabiyah’. Ia dibangunkan oleh ulama, Muhmmad bin Abdul
Wahab (1702 M – 1787M). Mazhab ini terkenal dengan nama ‘Al Muwahhdun’. Semua hokum hakam
dalam ilmu Fiqh (fekah), berpegang kepada mazhab Hambali.
[9] Sedutan dari ucapan merasmikan Perhimpunan Agung Pergerakan Permuda dan Peregerakan Wanita
UMNO Malaysia, pada 20 Jun 2002.
[10] Sedutan dari ucapan Dr Abdullah Badawi pada waktu merasmikan ‘Konvensyen Barisan Nasional’
Kelantan di Universsiti Teknologi MARA, Macang, pada 20 Disember 2002.
[11] Hadis Nabi Mhammad s.a.w.
[12] Ibnu Khaldoon (1332 -1398M), 1993,MUKADIMAH IBNU KHALDOON,
Dewan bahasa Dan Pustaka, hal. 539.
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.