Wednesday, December 3, 2008

QURAN

ISTERI DAN ANAK

Hai orang - orang yang beriman, sesungguhnya, di antara isteri - isteri dan anak - anak kamu ada yang menjadi musuh bagi kamu (yani banyak dari permintaan mereka membawa kepada kejahatan dan dosa). Oleh itu berhati - hatilah terhadap mereka. Tetapi kalau (kamu) suka memaafkan, berhati lapang dan memberi keampunan (jangan bersikap terlalu keras dan tidak bertolak ansur), sesungguhnya Allah itu Pengampun dan Penyayang. - At Taghabun:14.

HADIS

MENGACU SEJATA

Rasul Allah Muhammad s.a.w. telah bersabda: Jangan menunjuk - mengacu - kepada saudara kamu dengan senjata (yang tajam atau dan senjata api), mungkin syaitan mencabut dari tangannya, maka dia terjerumus ke dalam jurang neraka(mungkin mencederakan atau membunuh saudranya) .
Siapa yang mengacukan senjata kepada saudaranya, awalau saudara kandungnya sendiri dengan besi tajam (pada masa ini senjata api), maka malaikat mengutuknya.
Perawi: Imam Bukhari dan Imam Muslim.

PETUA

ULAM

Seseorang, terutama wanita yang mahukan wajahnya sihat dan berseri, makan selalu ulam pucuk petai belalang atau pucuk cekur.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.