PULAU PINANG
Sejarah pentadbiran Islam di Pulau
Pembentukan awal komuniti Islam Pulau Pinang.
Kebanyakan pengkaji-pengkaji sejarah Pulau Pinang menyatakan bahawa sebelum pembukaan Pulau
Daripada catatan itu adalah jelas bahawa penduduk terawal Pulau
Dari segi perkembangan kependudukannya, ketandusan penduduk di Pulau Pinang telah berubah wajah apabila pulau itu
Daripada situasi ini bolehlah dikatakan bahawa komuniti penduduk Pulau
Situasi ini sebenarnya telah meninggalkan kesan yang tidak sedikit akibat daripada dasar-dasar Inggeris, terutamanya yang berkaitan dengan pentadbiran Islam di Pulau Pinang dan seterusnya memberi kesan yang besar kepada masyarakat Islam Pulau Pinang.
Masyarakat Islam Pulau Pinang yang menjadi fokus dalam rencana ini, bukanlah golongan majoriti, walaupun terdiri daripada pelbagai kaum. Selain daripada orang Melayu, masyarakat Islam Pulau Pinang terdiri daripada orang
Dasar Inggeris mengenai Islam dan kesannya ke atas suasana kehidupan masyarakat Islam Pulau Pinang.
Sebelum Pulau Pinang ditadbir oleh Inggeris, penduduk asalnya tertakluk di bawah undang-undang dan pentadbiran negeri Kedah kerana Pulau Pinang adalah sebahagian daripada negeri itu. Apabila pulau itu diserahkan kepada Inggeris, maka untuk mentadbirnya dari segi perundangan telah diperkenalkan piagam keadilan (charter of justice) pada tahun 1807 yang dikatakan telah membawa undang-undang
Untuk mengendalikan hal ehwal penduduknya yang berbilang kaum itu, kerajaan Negeri-Negeri Selat telah melantik seorang ketua daripada tiap-tiap kaum terutama tiga kaum yang terbesar, iaitu Melayu, Cina dan
Dasar British berkenaan dengan hal ehwal Islam di Pulau
Sebaliknya di Pulau
Jika ditinjau tentang kehidupan beragama masyarakat Islam di Pulau
Selain daripada menjadi pengikut kepada mana-mana guru agama yang dipercayai alim, ada juga masyarakat Islam yang hidup dalam lingkungan kaum keluarga mereka sendiri. Mereka bagaikan hidup dalam satu masyarakat kecil yang lain yang mempunyai undang-undang sendiri. Syed Hussain dan Syed Jaafar adalah contoh kepada masyarakat Islam yang hidup sedemikian rupa. Mereka mempunyai keluarga yang besar termasuk hamba dan mentadbirkannya dengan peraturan-peraturan mereka sendiri yang bersumberkan Undang-Undang Islam.
Dalam hal-hal seperti yang disebutkan di atas, kerajaan Inggeris tidak memberikan apa-apa perhatian kerana seperti yang telah disebutkan tadi, memang menjadi dasarnya untuk tidak campur tangan dalam hal ehwal agama masyarakat Islam. Oleh yang demikian, di sini kita dapat satu gambaran tentang corak hidup masyarakat Islam yang berkelompok dan terpisah antara satu sama lain dalam ruang lingkup pengaruh ketua agama atau kaum keluarga masing-masing tanpa mengambil kira matlamat dan tujuan sebenar ketua mereka bagi yang mengikut mana-mana perkumpulan agama. Keadaan ini berterusan sehingga abad 20 tanpa perhatian daripada mana-mana pihak, kecuali para reformis Islam yang muncul pada abad ke 20. Namun begitu, mereka hanya mampu memberi teguran-teguran sahaja kerana mereka tidak memiliki apa-apa kuasa untuk mengawal keadaaan ini.
Di samping kelompok yang telah disebutkan di atas tadi, ada kelompok yang lain, iaitu mereka yang tidak kuat dan tidak kukuh pegangan pada agama dan adat. Sebaliknya, mereka ini lebih gemar kepada hidup berpoya-poya sehingga melanggar batas-batas dan hukum agama serta adat biar pun tidak diketahui dengan jelas tentang ilmu dan amal agama mereka. Sebagai contohnya, orang-orang Melayu dan Arab yang kaya raya gemar minum minuman keras walaupun di khalayak ramai.
Selain daripada itu, terdapat juga orang-orang Islam yang terlibat dengan kegiatan pakatan sulit atau kongsi gelap khasnya yang dikenali sebagai kumpulan Bendera Putih dan Bendera Merah. Kumpulan pakatan sulit ini sering terlibat dalam kegiatan jenayah yang adakalanya bergabung dengan kongsi-kongsi gelap Cina. Dalam rusuhan yang berlaku pada tahun 1867, di Pulau
Melihatkan kepada keadaan masyarakat Islam amnya dan Melayu khasnya di Pulau Pinang ini, timbul satu persoalan pula, mengapa mereka berkeadaan demikian?. Yang cenderung kepada hidup beragama hidup berkelompok-kelompok dengan ketua agama masing-masing. Yang lain pula terlibat dengan jenayah dan pakatan sulit. Inilah kesan yang timbul akibat daripada dasar kerajaan Inggeris yang tidak mahu ambil peduli tentang hal ehwal agama masyarakat Islam dan tidak mahu menubuhkan satu-satu institusi agama yang boleh mengendali dan mengawalkan masyarakat Islam dalam hal ehwal tersebut. Di samping itu, masalah kepimpinan agama yang tidak teratur dan terurus juga dipercayai menjadi punca kepada masalah ini.
Institusi Terawal (Qadhi)
Seperti yang telah disebutkan tadi, qadhi-qadhi yang dilantik secara rasmi oleh kerajaan Inggeris untuk menjalankan tugas-tugas yang berkaitan dengan agama dalam masyarakat Islam. Tidaklah dapat diketahui dengan jelas yang tepat berkenaan dengan perlantikan qadhi yang pertama dalam masyarakat Islam Pulau Pinang. Namun begitu, boleh dikatakan bahawa sejak awal abad 19 jawatan ini telah wujud. Ini adalah berdasarkan kepada adanya seorang qadhi yang begitu terkenal di Telok Air Tawar Seberang Perai sekitar pertengahan abad ke 19.
Sistem perlantikan seseorang qadhi di satu-satu daerah itu sangat mudah dilakukan. Kerajaan Inggeris hanya menyerahkan kepada masyarakat Islam berkenaan untuk memilih orang yang mereka mahu lantik sebagai qadhi. Apabila telah ditemui calon yang difikirkan layak, maka masyarakat Islam berkenaan akan memaklumkannya kepada kerajaan Inggeris dan kerajaan akan mengeluarkan
Bidang kuasa yang diberikan kepada para qadhi ini sangatlah kecil. Selain daripada menguruskan tentang perihal nikah kahwin dan perceraian dalam kalangan masyarakat Islam di daerahnya, mereka juga mempunyai kuasa untuk melantik imam-imam dan bilal yang bertugas di masjid-masjid tertentu. Walau bagaimanapun, dalam keadaan tertentu masjid-masjid yang kebanyakannya didirikan oleh pihak-pihak tertentu biasanya dikendalikan oleh pihak yang mendirikannya. Mereka sendiri yang melantik imam dan bilal bagi masjid berkenaan. Sebagai contohnya, apabila Syed Muhammad Syafie mendirikan sebuah masjid di Kampung Seronok, beliau melantik dirinya sebagai imam masjid tersebut. Oleh yang demikian, dalam erti kata yang sebenarnya, kuasa perlantikan oleh qadhi-qadhi ini tidak dapat dilaksanakan dengan sepenuhnya. Keadaan ini sebenarnya lama kelamaan telah menimbulkan rasa tidak puas hati dan rasa kecurigaan kepada qadhi dan orang Islam yang lain. Namun begitu, tiada apa-apa yang dapat dilakukan mengenainya kerana para qadhi ini tiada kuasa untuk melucutkan jawatan-jawatan imam tersebut biar pun ada di antara imam-imam itu yang disyaki
Dengan bidang kuasa yang sedemikian kecil, maka sudah tentulah para qadhi yang dilantik ini tidak dapat menangani masalah-masalah agama yang timbul dalam kalangan masyarakat Islam di bawah kawalannya. Lebih-lebih lagi jika ada guru-guru agama yang lebih berpengaruh dan lebih disukai oleh orang-orang Islam daripada para qadhi ini, walaupun ada antara guru-guru agama ini yang mempunyai kepentingan peribadi dalam meluaskan pengaruh mereka.
Lembaga Penasihat Islam
Pada awal abad ke 20, timbullah rasa tidak puas hati dan rasa keterabaian dalam kalangan masyarakat Islam. Mereka ini, terutama yang begitu prihatin terhadap kemaslahatan orang Islam merasakan bahawa perlu ada perhubungan secara langsung antara masyarakat Islam dengan kerajaan melalui sesebuah institusi. Dengan cara ini, segala masalah yang berkaitan dengan hal ehwal agama Islam dapat diputuskan secara bersama dengan kerajaan Inggeris. Satu perkara menarik berkenaan dengan isu tidak puas hati ini, ia bukan sahaja muncul dalam kalangan orang Islam, tetapi juga pada sesetengah pegawai Inggeris, contohnya Hugh Fort yang telah membawa isu ini untuk dibincangkan dalam Majlis Legislatif. Mereka meminta supaya kerajaan melantik satu jurucakap bagi pihak masyarakat Islam seperti yang terdapat pada masyarakat Cina. Akhirnya, setelah perbincangan demi perbincangan diadakan, pada tahun 1915 kerajaan Inggeris telah menubuhkan Lembaga Penasihat Islam (Muslim Advisory Board) di Singapura dan Pulau Pinang.
Mereka yang menjadi ahli Lembaga Penasihat Islam adalah terdiri daripada orang-orang
;
Namun begitu, bagi Lembaga Penasihat Islam Pulau Pinang, tidak dinyatakan secara jelas sama ada ianya berfungsi untuk menasihati kerajaan berkenaan dengan perkara-perkara agama Islam atau untuk menasihati masyarakat Islam. Dengan kekaburan ini maka tentulah sukar untuk dibuat satu rumusan yang tepat berkenaan dengan tugas dan fungsi lembaga ini. Sejarah perjalanan lembaga ini juga terlalu sedikit yang diketahui. Namun begitu, keterbatasan fungsi dan keupayaan Lembaga ini menangani kes-kes yang bersabit dengan Islam jelas kelihatan apabila tercetusnya satu kontroversi mengenai cara sembelihan binatang mengikut hukum Islam di Pulau
Perselisihan bermula apabila seorang lelaki Muslim didenda RM25 atas tuduhan tidak menyembelih binatang mengikut hukum Islam dan menyebabkan berlakunya kekejaman ke atas binatang itu apabila binatang berkenaan masih hidup walaupun lehernya telah dipotong. Dalam rayuan balasnya, kes ini melibatkan pula seorang pakar perubatan yang membuat kenyataan berhubung dengan cara penyembelihan binatang mengikut Islam. Beliau tetap menyatakan bahawa sembelihan tersebut tidak mengikut Islam walaupun penerangan tentang penyembelihan mengikut Islam telah dikemukakan oleh seorang Islam yang mahir dalam hal ini. Dalam isu ini, Lembaga Penasihat Islam tidak tampil ke hadapan untuk memainkan peranan sebagai sebuah pertubuhan Islam, sekadar menulis tentang kerunsingan mereka tentang kes itu di dalam akhbar. Oleh yang demikian, kewujudan Lembaga Penasihat Islam seolah-olah tidak memberi apa-apa makna tambahan pula masyarakat Islam itu sendiri kurang merujuk atau meminta apa-apa pertolongan daripada institusi ini.
Peristiwa perselisihan ini telah memberikan kesan yang agak besar kepada masyarakat Islam Pulau Pinang. Mereka mula menyedari hakikat bahawa mereka tidak mempunyai badan agama yang mempunyai kuasa yang lebih tinggi untuk menangani kes-kes yang sebegitu rupa lebih-lebih lagi yang melibatkan maruah dan kesucian agama itu sendiri. Bukan setakat itu, mereka juga mulai sedar tentang wujudnya kegiatan-kegiatan yang tidak sihat dan yang mencemarkan kemurnian Islam dalam masyarakat mereka sendiri. Oleh yang demikian, timbullah kesedaran bahawa mereka perlu memiliki institusi yang lebih berkuasa daripada Lembaga Penasihat Islam.
Menyorot kepada sejarah perjalanan Lembaga Penasihat Islam Pulau Pinang ini, kita dapat membuat satu rumusan di sini bahawa, dalam erti kata yang sebenarnya, Lembaga Penasihat Islam Pulau Pinang, tidak mempunyai kuasa seperti yang dimiliki oleh badan-badan agama di negeri-negeri Melayu yang lain. Tidak ada peruntukan kepada lembaga tersebut untuk membasmi kegiatan-kegiatan yang tidak sihat yang berlaku dalam masyarakat Islam itu sendiri seperti mengambil tindakan terhadap mereka yang diketahui menyebarkan ajaran-ajaran agama yang bercanggah dengan Islam seperti perkumpulan Taslim. Sehingga tahun-tahun 1950an, antara aktiviti-aktiviti lembaga ini selain daripada mengadakan mesyuarat, mereka juga telah melantik beberapa orang guru agama untuk mengajar di satu-satu tempat, contohnya di Pulau Aman, dan berusaha untuk mengadakan sembahyang Jumaat di penjara.
Majlis dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang.
Dalam Mesyuarat Agung UMNO yang ke 10 yang diadakan di Pulau Pinang, Persatuan Melayu Perlis telah mencadangkan agar negeri-negeri dalam Persekutuan Tanah Melayu yang belum mempunyai Pejabat ,Agama dan Majlis Agama, diwujudkan satu pertubuhan seumpama itu. Berikutan daripada cadangan itu, Majlis Mesyuarat Agung UMNO telah bersetuju untuk melantik satu jawatankuasa yang akan menyusun dan mengarang satu peraturan bagi mengadakan serta menjalankan Pejabat Agama dan Majlis Agama di setiap negeri yang belum mempunyainya. Ini adalah antara usaha-usaha terawal yang dilakukan untuk menubuhkan sebuah badan agama yang lebih berkuasa di negeri-negeri yang belum mempunyainya, termasuk Pulau Pinang.
Walau bagaimanapun sehingga tahun 1950, tiada apa-apa perkembangan positif yang muncul berhubung dengan perkara ini sehinggalah ia disuarakan sekali lagi dalam Perjumpaan Alim Ulama Seluruh Malaya, anjuran UMNO di Muar, Johor. Kali ini, ia dicadangkan sendiri oleh Tuan Haji Ahmad Mokhtar bin Haji Yusuf, seorang wakil UNNO dari Pulau Pinang. Beliau mahu agar taraf Jabatan Agama Islam Pulau Pinang yang bakal ditubuhkan itu mempunyai taraf yang sama dengan jabatan-jabatan agama negeri yang lain yang bertanggungjawab dan mempunyai kuasa terhadap hal ehwal dan kebajikan agama Islam. Permohonan ini dibuat atas alasan bahawa didapati munculnya ramai orang yang mendakwa dirinya sebagai nabi dan rasul. Beliau bimbang jika keadaan ini tidak disekat, gejala ini akan bertambah meluas.
Dalam sejarah penubuhan Majlis Agama Islam dan Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Pulau Pinang, prosesnya agak lewat. Biar pun cadangan dan permohonan untuk menubuhkannya telah dibuat pada tahun 1950, tetapi hanya pada tahun 1955 barulah dapat dibentuk satu jawatan kuasa untuk mengkaji tentang penubuhannya oleh kerajaan negeri. Dua tahun berikutnya pula sebuah lagi jawatan kuasa khas dibentuk atas tujuan yang sama dan akhirnya pada 15/4/59 telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang satu undang-undang bagi membolehkan penubuhan Majlis Agama Islam Pulau Pinang iaitu 'Undang-Undang Pentadbiran Ugama Islam tahun 1959'. Berikutan daripada itu, Majlis Agama Islam Pulau Pinang, dan Seberang Perai akhirnya telah dapat ditubuhkan dengan rasminya pada 28/7/60. Kelewatan proses penubuhan majlis ini telah dikaitkan dengan suasana politik yang wujud pada tahun-tahun 1950an yang sedang sibuk dengan perjuangan untuk mendapatkan kemerdekaan Tanah Melayu daripada kerajaan Inggeris.
Dengan tertubuhnya Majlis Agama Islam Pulau Pinang dan Seberang Perai, maka kini masyarakat Islam Pulau Pinang mempunyai sebuah badan rasmi yang akan menguruskan hal ehwal agama bagi mereka sesuai dengan objektif majlis itu;
1. Untuk melahirkan sebuah masyarakat Islam yang beriman, bertaqwa dan dinamis dengan menjadikan Islam sebagai cara hidup serta mengikut dan menghayati ajaran-ajaran Islam yang terkandung di dalam Al-Quran dan As Sunnah.
2. Untuk menegakkan keadilan mengikut hukum-hukum Islam serta mengawal, membasmi murtad, bid'ah dhalalah, kemungkaran, maksiat, khurafat dan fikiran-fikiran yang menjejaskan Islam.
Yang di Pertua MAIPP & SP yang pertama ialah Allahyarham Tuan Haji G.M. Yusuff yang memegang jawatan sehingga tahun 1973.Majlis ini hanya mempunyai 6 orang kakitangan Yang mengendalikan bahagian-bahagian tertentu.
Jelas di sini bahawa fungsi MAIPP & SP telah diperluaskan berbanding dengan fungsi Lembaga Penasihat Islam. Urusan yang berkaitan dengan hal ehwal Islam kini boleh dirujuk kepada majlis ini yang memperlihatkan bahawa masyarakat Islam Pulau Pinang kini mempunyai organisasi mereka sendiri. Cabang-cabang dalam pentadbiran majlis ini diperluaskan lagi tahun demi tahun, contohnya kini, majlis mempunyai bahagian penerangan, pelajaran dan pendidikan yang bertanggungjawab meningkatkan dan mengemaskinikan masyarakat dalam memahami ajaran Islam yang sebenarnya dan dapat mengelakkan masyarakat dari ajaran yang sesat, bahagian dakwah dan bahagian penguatkuasa serta pendakwaan.
Sehubungan dengan tertubuhnya Majlis Agama Negeri ini, satu rang undang-undang yang berkaitan telah diwujudkan. Undang-undang ini dikenali sebagai Undang-undang Pentadbiran Agama Islam tahun 1959. Undang-undang ini mencakupi pelbagai jenis undang-undang yang berkaitan dengan Islam termasuklah yang berkenaan dengan pengajaran atau penyampaian tentang Islam kepada orang ramai. Contohnya, dalam artikel 158, ada menyebutkan bahawa,
"Barang siapa mengajar atau bersyarah di hadapan orang ramai suatu ajaran atau melakukan suatu istiadat atau perbuatan yang bersabit dengan negara Islam dengan sesuatu cara yang berlawanan dengan hukum Syarak, hendaklah menjadi salah bagi suatu kesalahan yang boleh dihukum dengan penjara selama tidak lebih daripada 3 bulan atau dengan denda sebanyak tidak lebih daripada dua ratus
Dengan adanya undang-undang seperti ini, kini kegiatan masyarakat Islam Pulau Pinang lebih terkawal dalam ertikata bahawa masyarakat Islam Pulau Pinang tidak boleh lagi melakukan dengan sewenang-wenangnya apa-apa perbuatan yang bertentangan dengan hukum Islam seperti menyebarkan ajaran-ajaran yang diragui kebenarannya. Dan jika ia berlaku MAIPP akan segera mengambil tindakan yang sewajarnya seperti yang berlaku pada penyebar ajaran Crypto.
Kesimpulan.
Masyarakat Islam walau di mana jua mereka berada pada umumnya perlukan sesebuah institusi atau organisasi Islam untuk mengendalikan hal ehwal dan kebajikan mereka, terutamanya dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan Islam. Begitulah juga halnya dengan masyarakat Islam Pulau Pinang yang mempunyai latar belakang sejarah yang menarik dan berbeza dari masyarakat Islam di negeri-negeri Melayu yang lain. Pada peringkat awal pembentukannya, masyarakat Islam Pulau Pinang bagai ayam kehilangan ibu, lantaran tidak mempunyai suatu badan agama yang boleh mengendalikan hal ehwal agama Islam untuk mereka. Hanya setelah hampir tiga perempat abad barulah Pulau Pinang berjaya memiliki badan agama yang seumpama itu. Ternyata keadaan ini mempunyai hubungan yang sungguh rapat dengan dasar Inggeris pada masa silam.
(Dari khazanah bekas Mufti Pulau Pinang khazanah Sheikh Abdullah Fahim dan Ahma Haji Hashim (Ahmad Saghir). Mokhtar Petah .
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.