Saturday, November 15, 2008

SAINS POLITIK

NEGARA ISLAM

Oleh: Mokhtar Petah

Makanlah rezeki Tukhan kamu semua dan bersyukurlah
kepada- Nya (Allah). Negeri ini bertuah (indah, makmur)
dan Tuhan Pengampun. - Quran - Saba:15

Para hartawan Arab Qurisy Makah dan Yahudi dan Kristian Madinah mnentang Nabi Muhammad s.a.w. melaksnakan perintah Allah, iaitu menyebarkan agama Islam dan menubuhkan Negara Islam di Madinah kerana mereka takut kedudukan mereka kehilangan kedudukan, agama yang mereka anuti, kemewahan hidup.
Mereka sedar, bahawa Negara Islam yang akan ditegakkan oleh Nabi Muhammad s.a.w . akan menghapuskan kedudukan mereka sebagai golongan Nasinalis dan kapitalis yang kaya di atas belakang manusia miskin miskin, iaitu segala sumber kemewahan, seperti perjudian, arak, perzinaan dan rasuah, dan agama menyebah berhala -taghut- yang mereka pusakai dar datuk nenek mereka.

MENYEBARKAN ISLAM

Pada masa Nabi Muhammad s.a.w. menyebarkan Islam di Makah, wakil golongan Arab Qurisy telah memnawarakan - memberi rasuah - kepada jujungan segala macam kemewahan dan kedudukan yang tinggi asalakan Junjungan meninggalkan ativitinya mengembangkan agama Islam.
Junjungan telah menolak tawaran itu.Perjuangan atau jihad mengembangkan agama Islam diteruskannya.

KABINET NABAWI

Untuk menegakkan Negara Islam di Yathrib - kemudian Junjungan namakan Madinah - , Junjungan mengambil para sahabat dan orang yang rapat dan jujur dengannya untuk duduk dalam Kabinet Nabawi atau badan syuranya. Junjungan tidak mengambil orang - orang kafir dan munafik duduk dalam Kabinet Nabawi itu.
Junjungan juga menolak individu - individu yang menawarkan diri kepadanya dan penduduk - penduduk Madinah untuk menjadi pemimpin atau wakil mereka dalam Kabinet Nabawi.

GOLONGAN MUHAJIRIN

Maka, anggota - anggota Kebinet Nabawi yang dipimpin oleh Junjungan terdiri dari invidu - individu dari golongan Muhajirin (mereka yang berpindah bersama Junjungan dari Mekah dan golongan Ansar (orang - orang Arab Madinah yang menolong Junjungan pada masa berpindah atau hijrah pada wal tahun Hijrah).
Anggota- anggota Kabinet Nabawi itu terdiri dari individu - individu yang mempunyai nilai diri yang berpandukan Quran dan sunnah, iaitu:
1 - lelaki yang sihat, bijak, dedikasi dan bertanggungjawab.
2 - Lelaki yang kenal diri sendiri.
3 - Lelaki yang kenal Allah dan beriman dan taqwa kepada Allah.
4 - Lelaki Ihsan dalam peribadatan kepada Allah dan ihsan
kepada umat manusia.
5 - Lelaki yang amanah kepada Alllah,Nabi Allah pemimpin
tertinggi Negara dan dunia Islam dan kepada negara Islam
dan orang ramai.
6 - Lelaki yang berani mati dalam perjuangan - jihad - pada
jalan Allah.
7 - Lelaki yang berakhlak mulia atau berbudi pekerti yang tinggi.

SESAMA MANUSIA

Sesuai dengan keadilan sesama manusia, untuk mewujudkan Negara Islam atau setelah membentuk Negara Islam, Junjungan telah mengadakan perjanjian yang dinamakan Sahifah Madinah - Piagam Madinah - (lihat, buku: Kerajaan Mansukh Kekebalan Raja Melayu, oleh: Mokhtar Petah (1993), iaitu perjanjian antara umat Islam Madinah dengan golongan - golongan Yahdi setempat.
Perjanjian itu mengandungi 47 perkara, yang merangkumi bantu membantu antara warga Madinah, keamanan atau kkeharmonian hidup, tanggungjawab bersama dalam Madinah dan pengakuan pihak Yahudi ke atas Nabi Muhammad sebagai utusan Allah.

ORANG ZALIM

Pengkuan itu terkandung dalam perkara 47, iaitu yang terkahir, iaitu:

Bahawa Piagam ini tidak boehdipakai bagi
melindungi orang - orang zalim dan yang
bersalah; dan bahawa - mulai dari saat ini,
sesiapa berpergian dari kota Madinah atau
menetap di dalamnya adalah terjamin kesela-
matannya, kecuali mereka yanhg zalim atau
yang bersalah. Dan bahawa Allah merastui
setiap orang yang membuat kebajikan an berta-
qwa dan mengakui, bahawa Muhammad Rasul
Allah.


HUKUM HAKAM

Negara Islam adalah mempunyai Pelembagaan yang digubal oleh Nabi Muhammad s.a.w dan para anggota Kabinet Nabwai atau Bandan Syura. Perlembagaan tersebut berpandu dan berdasarkan kepada hukum hakam dalam Quran dan Sunnah Nabi Muhammad s.a.w. serta Ijmak Ulama, iaitu kumpulan ulama - mereka yang ahli atau pakar dalam cabang ilmu pengetahuan dalam kehidiupan manusia, seperti ariketek, jurutera, doktor perubatan, biologi dan beberapa cabang ilmu lagi.
Jika sesuatu hukum atau amalan tidak wujud dalam Quran atau Sunnah, maka dirujukkan kepada Ijmak ulama.
Negara Islan pimpinan Nabi Muhammad s.a. w. dan sampai bila tidak boleh ada pemimpin yang terdiri dari :

1 - Orang kafir kitabi dan kafir harbi.
2 - Orang munafik.
3 - Orang perempuan.
4 - Orang yang diketahui kejahatannya.
5 - Orang yang menamalkan rasuah.

(Bersambung pada Sabtu 22 November 2008)






No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.