Saturday, November 15, 2008

QURAN

MEMBUNUH ORANG BERIMAN

Dan tidak boleh orang yang beriman membunuh orang
yang beriman, kecuali tersalah (tidak sengaja). Sesiapa
yang membunuh orang yang beriman dengan tidak senga -
ja, hendaklah memerdekakan hamba (sahaya) yang
beriman serta membayar diyat (bayaran atau tebusan)
kepada keluarga (atau waris) yang terbunuh itu, kecua -
li keluarga (wali) bersedekah (mengembalikan dengan
suka hati
Dan jika yang terbunuh itu dari kaum musuh, tetapi dia
beriman, hendaklah yang membunuh dengan tidak senga -
itu memerdekakan hamba (sahaya) yang beriman. Dan
kalau yang terbunuh itu dari kaum yang telah mengikat
perjanjian dengan kamu (Muhmmad s.a.w.),maka pemba -
yaran itu diberikan kepada keluarganya serta memerdeka -
kan hamba (sahaya) yang beriman. Sesiapa yang tidak
mendapat hamba (sahaya) yang beriman, hendaklah dia
berpuasa (kerana Allah) dua bulan berturut - turut sebagai
penerimaan tobat oleh Allah. Dan asdalah Allah itu alim
dan bijaksana.
Dan sesiapa yang membunuh orang yang beriman dengan
sengaja , balasanya, ialah neraka jahannam, mereka (disek -
sa) dengan tetap di dalamnya, dan Allah murka dan mengu-
tuknya. Untuknya (pembunuh) disediakan (Allah) seksaan
yang besar. - An Nisa: 92 -93.


HADIS

MELIHAT NABI MUHAMMAD

Rasulul Allah Muhammad s.a.w. telah bersabda: Sesiapa me -
lihat saya dalam mimpi, maka pasti akan melihat saya pada
waktu jaga atau seolah - oleh melihat saya pada waktu jaga,
kerana syaitan tidak terdaya menyerupai saya.
Perawi: Imam Muslim.

PETUA

SUAMI ISTERI

Orang bijak padai Melayu berpetua: Jika seorang lelaki pengamal undang -undang beristerikan seorang guru,maka suami isteri itu adalah hakim yang amat betimbang rasa serta kasih sayang kepada anak-anak, walaupun bukananak - anak mereka sendiri.
Kalau pengamal undang beristerikan perempuan jahil (tidak ada ilmu Islam), maka dia akan bersama perempuan itu dalam kesesatan dan bakalmenjadi arang api neraka.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.