Hai orang - orang yang beriman, sesungguhnya kebanyakan dari pendeta dan pendri itu memakan harta manusia dengan jalan yang tidak halal (di antaranya menggunakan agama untuk mendapatkan wang dan harta dari orang ramai), dan menghalangi (orang) dari jalan Allah. Dan mereka yang menyimpan emas dan perak, dan tidak menafkahkan kepada jalan Allah (tidak mengerluarkan zakat), beritahulah kepada mereka itu akan mendapat siksaan yang perit.- At Taubah:34
HADIS
MENCAKAR MUKA
Abu Hurairah r.a. memberitahu: Rasul Allah Muhammad s.a.w. telah bersabda: Pada waktu saya mi'rat (perjalanan mi'raj), saya telah melihat satu kaum yang berkuku tembaga digunakan untuk mencakar - cakar muka mereka sendiri, maka saya telah bertanya kepada Jibril: Siapakah mereka itu? Jawab Jibril: Mereka adalah yang memakan daging - daging umat manusia dan mencela kehormatan orang (mengumpat).
Perawi: Abu Daud
Perawi: Abu Daud
PETUA
Jika mahu selamat, elakkkan diri mendekat orang - orang yang cerdik tidak boleh diikut dan bodoh tidak boleh diajar
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.