Wednesday, November 26, 2008

MAJLIS FATWA

RAJA MELAYU BOLEH TERIMA ATAU TOLAK

Oleh: Mokhtar Petah

Majlis Fatwa Kebangsaan yang bersidang pada Sabtu lalu, telah memutuskan, bahawa senaman Yoga haram hukumnya, kerana senaman itu ada unsur agama Hindu dan boleh merosakkan akidan mereka yang mengamalkannya,
Keptusan Majlis Fatwa Kebangsaan tersebut, jika diteliti, memanglah menesabah dan boleh dipatuhi oleh umat Islam, kerana Yoga itu ada amalan menyatukan diri mnausia dengan Tuhan . Perbuatan menyatukan diri dengan Tuhan adalah syirik atau menjadi kafir.
Oleh kerana negara kita bukan sebuah Negra Islam yang total sifatnya, maka sesiapa pun boloeh menganggap Majlis Fatua Kebangsaan bukan Parlimen yang membuat dan menguatkuasakan sesuatu undang undang, maka keputusan itu tidak boleh dipakasa umat Islam mematuhinya sebelum diperkenan oleh semua Raja Melayu di tiap - tiap negeri.
KETUA AGAMA iSLAM
Mungkin umat Islam dalam Wilayah Persekutuan – Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan – Melaka dan Pulau Pinang, Sarawak dan Sabah boleh dipaksa mematuhi keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan, kerana negeri- negeri itu tidak beraja dan hanya duduk di bawah Yang Dipertuan Agong.
Kita kembali kepada Perlembagaan Negara dan Perlembagaan negeri – negeri yang ada Raja, bahawa sesungguhnya, Raja - Raja Melayu adala ketua agama Islam di negeri masing- masaing. Segala keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan tidak boleh diguna pakai di negeri-negeri tersebut sebelum mendapat kelulusan dari Raja pemerintah negeri – negeri tersebut.
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah, bahawa keptusan Majlis Fatwa Kebangsaan itu belum tiba ke Majlis Hal Ehal Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Selangor dan Majlis Fartwa negeri tersebut.
Sultan Selangor akan memperkenankan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan itu boleh diterima pakai dan diapatuhi atau tidak bergantung pada Majlis Fatwa negeri tersebut.

BERKUAT KUASA

Raja Muda Perak, Raja Dr.Nazrin Shah berpendapat sama dengan Sultan Selangor.
Begitulah keadaannya jika hal ehwal agama Islam masih kekal di bawah Raja tiap – tiap negeri. Siapapun tidak boleh mempertikaikannya kerana telah menjadi artikel wajib Perlembagaan dan berkuat kuasa.
Mungkin sebilangan umat Islam tertanya – Tanya,iaitu mengapa Majlis Fatwa Kebangsaan kelihatan seperti ‘berjalan siput’ atas pasir; sekali sekala sahaja memutuskan fatwa, sedang banyak perkara yang patut di beri fatwa, iaitu sesuatu perkara yang tidak ada hukumnya dalam Quran dan Hadis dan memerlukan pendapat dari ijmak ulama.

MNCARI JALAN

Sampai pada hari ini (kecuali Mufti Perak, Datuk Seri Harun Thani Zakasria yang berfatwa), bahawa orang Islam yang turut serta dalam perayaan atau kerana agama lain dari Islam adalah tasyabbuh (syubhat), iaitu bersyubhat dengan mereka yang beragama- agama tersebut.
Kita sebagai kempunan hendak mengetahui fatwa itu yang
jamuan pada umum berpendapat, perbuatan menyertai perayaan jamuan kerana agama, tidak bolehdihdiri oleh orang Islam kerana ia tasyabbuh (syubhat) sifatnya.

Amat diharapkan agar Majlis Fatwan Kebangsaan mencari jalan kerjasamadengan semua Majlis Fatwa di setiap negeri, agar sesuatu keputusan yang dilaksanakan tidak berlaku seperti fatwa haram yoga.

(mp)

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.