Thursday, November 6, 2008

QURAN

LELAKI DAN PEREMPUAN

Hai semua manusia, bertaqwalah kepada Tuhan kamu sekalian yang telah menjdikan kamu semua dari diri (individu) yang satu (Adam a.s.) , dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangan nya (isterinya - Hawa) ,dan juga yang membiakkan dari keduanya - keturunan - lelaki dan perempuan yang ramai.Dan
bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu memohon dengan menyebut nama - Nya, serta peliharalah hubungan (silatur rahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa mengawasi kamu semua.

ANAK YATIM

Dan berilah kepada anak yatim (yang telah baligh) itu harta mereka, dan jangan kamu tukar - gantikan yang baik dengan yang buruk, dan jangan kamu makan harta mereka (dengan menghimpunkannya) dengan harta kamu; kerana sesungguhnya (yang demikian) itu adalah dosa yang besar.

BERKAHWIN

Dan jika kamu takut tidak dapat berlaku adil terhadap perempuan - prempuan yatim (jika kamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah dengan sesiapa (perempuan) yang kamu berkenan dari perempuan - perempuan (lain) ; dua, tiga atau empat.Maka jika kamu khuatir tidak dapat berlaku adil (di antara isteri - isteri kamu), maka berkahwinlah dengan seorang hamba sahaya atau (gunkanlah) hamba - hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) agar kamu tidak berlaku zalim. - An Nisa: 1 - 3.

HADIS

HAKIM

Rasul Allah Muhammad s.a.w. telah menasihat dan memberi amaran:Janganlah seorang hakim memutuskan sesuatu perkara perbalahan atau senketa antara dua orang, pada hal dia dalam keadaan marah.
Perawi: Jama'ah.

PETUA

KULIT BERPANAU

Untuk mengubati kulit berpanau (secara tradisional) , ambil daun gelenggang, tumbuk lumat dan sapu pada kulit berpanau itu. Insya Allah sembuh.


No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.