Thursday, November 6, 2008

OBAMA PRESIDEN AMERIKA



ADAKAH DIA AKAN MENAMBAH LUNGGUK
TULANG MANUSIA DI SELURUH DUNIA?
Oleh: Mokhtar Petah

Tahniah Barack Hussein Obama,
Presiden Amerika muda lagi kacak,
pandai dan cendekiawan,
tunjang akarmu mukmim saudara,
kalimat Allah kaumula madah di Indonesia.

Bush telah lama membunuh manusia,
di mana - mana terutama negara umat Muhammad,
adakah kauakan menjadi sahabat semua insan,
atau menambah lungguk tulang manusia,
kuahmu darah mereka, daging mereka steakmu pula?

Kemenangan Barack Hussein Obama,47 tahun, untuk memegang jawatan Presiden Amerika Syarikat ke - 44, menjadi kebangaan semua umat manusia di seluruh dunia.
Joh McCain mengaku akan kekalahannya dan dengan ikhlas pula menyeru para penyokong dan pengundinya supaya memberi kerjasama dengan Presiden Barack Hussein Obama. Sikap dan keperibadiannya adalah nilai moral dan kemanausia yang amat tinggi.
Dalam pilihan raya Presiden, menurut berita pada Rabu, Barack Hussein Obama mendapat 75,3888,144 undi dan pencabarnya, McCain memperolehi 52,013,745 undi.
Dalam sejarah dunia, Amerika Syarikat adalah sebuah negara yang presidennya mengepalai rakyatnya untuk mebunuh umat manusia di negara - negara seluruh dunjia. Yang terbaru dua tiga buah negara umat Ialam, iaitu Afghanistan, Iraq dan Pakistan.
Pada 6 Ogos 1945 Presiden Amerika Syarikat telah bertanggungjawab menggugurkan bom atom ke atas bandara Hiroshima,Jepun dan lebih 130,000 manusia tidk berdosa terkorban.Pada 9 Ogos tahun yang sama, kalai yang kedua Amerika Syarikat telah menggugurkandua bom atomnya, iaitu ke atas bandr pelabuhan Nagasaki. Akibatnya, 75,000 orang rakayat Jepun terkorban dan cedera parah dan menderita sepanjang hidup.
Dalam perang Vietnam dengan alasan kominisme bahaya kepada umat manusia seluruh dunia,pada 1954 - 75 Amreka Syarikat telah melakukan pembunuhan ke atas rakyat vietnam. Kira - kira 900,000 orang Vietcong dan Vietnam Utara, 400,000 orang Vietnam Selatan dan 50,000 orang Amerik terkorban.
Setiap Presiden Amerika Syarikat hingga kepada Bush dianggap oleh pemuda pemudia Arab sebagai ' penyembelih manusia tidak berperikemanusiaan'.
Presiden baru Amerika Syarikat, Barack Hussein Obama,adalah diharapkan akan menjadi umat manusia diseluruh dunia sebagai rakan dan tidak menjadi lawan.
Mungkin Barack Hussein Obama masih ingat akan pada masa dia di Indonesaia; dia membaca Quran dan dalam kitab suci itu, dalam surah Ali Imran: 112, Allah berfirman: Ditimpa ke atas mereka kehinaan di mana sahaja mereka berada, kecuali mereka yang mnenjaga hubungan dengan Allah dan hubungan dengan manusia.
Oh, Obama,
jangan kautumpahkan darah manusia,
kautimbunkan tulang temulang mereka,
kerana bukan tanggungjawab kamu,
kamu ditentukan untuk ke amanan.

Kenangkanlah asal usulmu,
hitam kilitmu sawo matang kulitku,
mereka berkulit warna perak, mungkin,
tapi pada Allah, kita sama.

mulia bagi-Nya, kiranya;
kita bertaqa,
kasih hani sesama insan,
menyanjung perikemanusiaan.

usah diwujudkan hari Presiden;
dalam masyarkat haiwan tanpa manusia;
dalam masyarakat manusia wujud haiwan,
kauwujudkan jua,
Perikemanusiaan bukan milikmu.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.