Ketua - ketua yang sombong - takbur - dari kaum Nabi Syu'ib telah berkata: "Sesungguhnya kami akan mengusir (halau) kamu hai Syu'ib dan mereka yang
beriman yang mengikut kamu dari negeri kami ini, atau kamu berpaling (murtad) kepada agama kami". Nabi Syu'ib menjawab: "Adakah (kamu hendak melakukan demikian) walaupun kami tidak menyukai-nya?"
beriman yang mengikut kamu dari negeri kami ini, atau kamu berpaling (murtad) kepada agama kami". Nabi Syu'ib menjawab: "Adakah (kamu hendak melakukan demikian) walaupun kami tidak menyukai-nya?"
"Sesungguhnya (bermakna) kami berdusta terhadapAllah jika kami berpindah (murtad) kepada agama kamu setelah Allah menyelamatkan kami daripadanya. Dan tidak kami mungkin berpindah kepadanya sama sekali, kecuali jika Allah, Tuhan kami, menghendakinya. Pengetahuan Tuhan kami meliputi tiap - tiap sesuatu. Kepada Allah juga kamaai berta- wakkal. Wahai Tuhan kami, hukumlah (ke atas) antara kami dan kamu kami kebenaran (keadilan), kerana Kamulah sebaik - baik Pemutus perkara.
Dan berkata pula ketua - ketua yang kafir dari kaum Nabi Syu'ib(kepada massa): "Sesungguhnya jika kamu sekalian mengikut Syu'ib, nescaya dengan perbutan itu kamu semua menjadi orang - orang yang rugi."
Maka mereka dibinasakan oleh gempa, lalu mereka menjadi mayat - mayat yang tersungkur bergelimpangan di tempat masing - masing (merata - rata).
Mereka yang mendustakan Syu'ib (punah - ranah) seolah - olah mereka tidak pernah tinggal di negeri itu. Mereka yang mendusta Nabi Syu'ib, adalah
orang - orang yang rugi.
Mereka yang mendustakan Syu'ib (punah - ranah) seolah - olah mereka tidak pernah tinggal di negeri itu. Mereka yang mendusta Nabi Syu'ib, adalah
orang - orang yang rugi.
Kemudian Nabi Syu'ib meninggalkan mereka sambil berkata: "Hai kaumku, sesungguhnya aku telah menyampaikan kepada kamu semua perintah -perintah (dari) Tukhanku, dan aku telah memberinasihat kepada kamu sekalian. Oleh demikan, aku tidak berasa sedih terhadap orang - orang kafir (yang telah binasa itu). - 88 - 93.
HADIS
ADAB MAKAN
Rasul Allah Muhammad s.a.w. telah menasihat: Adalah 'berkat' itu berada pada tengah makanan, maka makanlah dari kedua tepinya dan jangan (memulakan) makan di tengahnya.
Perawi: Imam Ahmad, Imam Ibnu Majah dan Imam Tarmizi. PETUA
ANAK CANTIK
Jika ibu berkehendakkan anaknya cantik dan bijak, pada masa hamil, bawa bersiar - siar dalam taman yang banyak bunga - bungan.
Tetapi jangan bersiar - siar dalam taman haiwan atau zoo atau pun tempat - tempat maksiat, akan mengakibat anak menjadi tidka baik.
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.