Monday, November 3, 2008

MASJID GUNA BAHASA TAMIL

MENENTANG BAHASA KEBANGSAAN

Kuala Lumpur - Umat Islam yang sembahyang Jumaat di Masjid India, dalam Bandaraya Kuala Lumpur, menyeru pihak masjid tersebut menghormati bahasa kebangsaan dengan khatib yang menbaca khutbah Jumaat tidak menggunakan bahasa Tamil.
" Masjid India tersebut adalah satu-satunya masjid diuruskan oleh anggota-anggota masyarakat orang India seperti menentang penggunaan bahasa Kebangsaan," Kata Haji Ashaar bin Abdul Razak yang sering sembahyang Jumaat di masjid itu.
"Sejak lama duu khutbah masjid itu mengunakan bahasa Tamil, sepatutnya pihak lembaga masjid itu menghormati negara ini yang menggunakan bahasa Kebangsaan (Melayu) sebagai bahasa rasmi," katanya lagi
"Kalau menggunakan bahasa Kebangsaan, sidang jemaah dari orang-orang India tentu faham bahasa itu, tetapi khutbah mengguanakan bahasa Tamil tak ada seorang pun dari orang Melayu yang sembahyang Jumaat di masjid itu yang faham,"tambahnya.
Beberapa orang dari sidang Jumaah menyifatkan lembaga masjid tersebut seperti menentang bahasa Kebangsaan dan tebal dengan fahaman perkauman mereka.
Mereka kesal kerana ahli-ahli lembaga masjid itu yang terdiri dari rakyat negara ini, tetapi mereka seolah mengenepikan hasrat dan usaha kerajaan mengamalkan bahasa kebangsaan
Menurut mreka, sepatutnya tiap khutbah dibaca dalam bahasa meloayu, Arab dan tamil, iaitu di bahagian yang mungkin ahli p ahli jemaah orang India tidak faham.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.