Wednesday, October 15, 2008

QURAN

JALAN BETUL

Sesungguhnya, Quran ini memimpin (manusia) kepada
(jalan atau urusan kehidupan, termasuk ekonomi dan)
politik) yang lebih betul dan menyampaikan berita gem-
bira kepada orang-orang yang beriman dan mengamalkan
perbuatan baik, bahawa mereka akan memperolehi
balasan jang besar (kejayaan diberkati Allah). - Al Isra: 9.

HADIS
DIDIK ANAK

Didiklah anak-anak kamu dengan tiga perkara, iaitu: 1)
mencintai nabi kamu (Muhammad s.a.w.), 2) Mencintai
keluarganya, 3) Membaca Quran (dengan erti dan kefa-
haman yang betul). Sesungguhnya membawa (mengamal-
kan ajaran Quran) itu memperolehi perlindungan Allah,
pada saat- saat tidak ada perlindungan kecuali perlindung-
an Allah bersama nabi-nabi dan orang-orang yang suci
(para wali dan ulama).
Perawi:Ad Dailami dan Ali.

PETUA
MEMILIH PEMIMPIN

Petua ulama silam; jika memilih memimpin; pilihlah orang yang
tidak mengubah atau meminda ciptaan Allah pada tubuhnya,
seperti membentuk hidung, mengubah suai telinga, bentuk
wajah dengan cara memotong atau dengan cara baru, termasuk
kaedah sains termasuk botok.




No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.