Monday, October 13, 2008

ANWAR IBRAHIM DENGAN RAJA MELAYU

SULTAN KELANTAN JADI MANGSA
Oleh: Mokhtar Petah

Pada ketika saya berada dalam Masjid, Putra, Putrajaya, pada Jumaat lalu, seorang pelancong Arab telah bertanya kepada saya; kalau Datuk Seri Anwar Ibrahim memimpin kerajaan Malaysia, mungkinkah Raja-Raja Melayu dipaksa turun dari takhta dan menjadi rakyat jelata atau dibuang negara.
"Saya tahu parti Keadilan Rakyat bukan berideologikan Islam, parti itu berideologikan al istirakiah wad demoqrasiah, la salatin walad daulatuhum (tidak ada sultan dan kedaulatan mereka) ,"kata pelancong yang menyebut nama dirinya, Hussein Yamani.
Saya menjawab pertanyaan Hussein Yamani itu dengan berkata:"Arab Saudi yang kamu tahu dan Iraq pada zaman pemerintahan SaddamHussein yang kamu faham, berbeza, Malaysia hari ini dengan Malaysia dalam pemerintahan Anwar Ibrhaim nanti tentulah berbeza juga."
Pada ketika itu saya lantas teringatkan Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra ibni Al marhum Sultan Yahya Petra telah dikecam oleh Anwar Ibrahim pada tahun 1992.
Teringatkan perisitwa itu, menjadikan saya teringatkan pula akan buku karangan saya,
Kerajaan Mansuh Kekebalan Raja Melayu yang terbit pada Januari 1993.
Buku setebal 260 halaman itu telah merakamnya pewristiwa Perdana Menteri, Dr. Mahathir Mohamad dan Anwar Ibrahim yang mempelopori para ahli UMNO menghapuskan kekebalan Raja- raja Melayu pada 18,19 dan 20 Januari 1993.
Artikel 181 (2) Perlembagaan:
'TIADA APA-APA PERBICARAAN BOLEH DIBAWA
DALAM MANA-MANA MAHKAMAH TERHADAP RAJA
BAGI SATU-SATU NEGERI ATAS SIFATNYA SENDIRI.'
Pinda artikel 38 (4):
'TIADA APA-APA UNDANG-UNDANG YANG MENYENTUH
SECARA LANGSUNG KEISTIMEWAAN, KEDUDUKAN, KE-
DAULATAN ATAU KEBESARAN RAJA BOLEH DILULUSKAN
DENGAN TIADA PERSETUJUAN MAJLIS RAJA-RAJA.'
Pada masa itu, sama ada pada waktu berucap kepda khalayak mahupun bercakap dengan para wartawan dalam dan luar negeri, Anwar Ibrahim berkeadaan seperti seorang pemimpin sebuah negara republik, iaitu negara tidak bersultan atau beraja.
Anwar Ibrahim sebagai Menteri Kewangan pada masa itu, telah mengluarkan kata-kata kesat, ditujukan kepada Sultan Ismail kerana Baginda telah membawa keluar sebuah kereta mewah - Lamborghini - buatan Itali, berharga RM650,000 - , tidak membayar cukai import, sebanyak RM2.1 juta dan RM15,000 bayaran kargo dari Pusast Kastam Lapangan Terbang Antarabangsa, subang, pada minggu ketiga. bulan Februari 1992.
Baginda telah membawa keluar kereta milik Baginda itu mengikut hak yang ada pada Sultan, iaitu Akta Kastam tahun 1967 dan Perintah duti Kastan (pengecualian) 1988.
'Majlis Mesyuarat Kerajan Negeri Kelantan dalam sidangnya pada
bulan November 1991 membuat keputusan setlah mengkaji secara
terperinci akan Perintah duti Kastam (Pengecualian) (Pindaan)
(No.9) 1991 bahawa Kerajaan Negeri tidaki sehrunya mengena se-
barang sekatan terhadap pe,mbelian kereta yang dihasratkan oleh
KDYMM Tuanku Al Sultran sama ada untuk kegunaan peribdi
atau rasmi azn apa jua jenis kereta dibeli oleh Tuanku adalah dike-
cualikan dari bayaran cukai import mengikut semangat Perintah
Duti Kastam (Pengecualian) (Pindaan) (No.9) 1991 yang beerkuat-
kuasa pada 21hb. November 1991 melalui WARTA P.U. (A) 430/91
yang berbunyi:
(i) that it is proved to the satisfacation of the Director General
that the goods are imported of releaased from caustoms
control for the personal and official use of the ruler, ruling
Chief or Yang Dipertua Negeri;
(ii) that in respect of motocar, the quantiry does not exceed
in number from those decided by the Ruler-in- Council.
Dalam buku Kerajaan Mansuh Kekebalan Raja Melayu, tercatat: Datuk Seri ?anwar Ibrahim memberitahu, bahawa pada tahun 1972, Majlis Raja-Raja telah membuat keputusan dan disahkan, setiap Raja Melayu dibenarkan memiliki tujuh buah kereta mewah yang tidak dikenakan cukai.
Di samping menerangkan berapa banyak kereta milik Sultan dijual dengan harga murah.
... dalam keterangan di atas yang telah dibuat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dan dibandingkan dengan kenyataan oleh Timbalan Menteri Besar Kelantan, Encik Abdul Rahim Abdul Rahman dan penjelasan Sultan Kelantan sendiri, maka kita nampak Datuk Seri Anwar Ibrahim terburu-buru dalam bertindak dan mengeluarkan percakapan.
Orang-orang yang bertindak terburu-buru dan mengeluarkan kata-kata yang boleh menyakitkan hati orang lain dan boleh menimbulkan tidak tepat dan berlawanan dengan apa yang sebenar, maka dalam 'Kod Etika' tidak bertulis orang-orang Melayu, orang itu kurang bijaksana.
Ada beberapa perkara yang menunjukkan seseorang itu tidak bijaksana, di antaranya:
* Apabila bertindak terburu-buru ataua menjadikan orang
yang bertindak itu terhatuk baru tengadah.
* Bercakap tidak berfikir lebih dahulu atau bercakap berla-
wanan dengan apayang sebenar.
* Kalau berkuasa, dia menunjukkann dirinya terlalu berkuasa.
* Kalau dalama masa 'tidak ada helang di padang, maka belalang
berlagak menjadi helang'.
* Bercakap dengan orang tua-tua (ibu bapa, raja pemerintah,
khalifah atau presiden dan pendeknya orang di atas) tidak
mengikut akhlak atau 'etika moral'.
Baginda telah bertitah dengan menggunakan teks ucapan (sepanjang tujuh muka) menggunakan bahasa yang lembut tetapi tajam dan berlawanan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menggunakan kata-kata kesat terhadap Sultan menampakkan ketikbijaksanaan beliau sebagai seorang menteri kabinet.
Saya telah mula kenal dengan Anwar Ibrahim pada masa beliau menuntut di Malay College Kuala Kangsar(MCKK) . Semenjak di kolej itu lagi saya mendapati beliau seorang yang agresif dan 'bertindak sebelum berfikir'.
Pada masa itu dalam ucapan-ucapannya, beliau telah mengecam Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak dan beberapa orang ahli Dewan Rakyat, termasuki toh Muda Haji Abdullah bin Abdul Rauf ahli Dewan Rakyat kawasan Kuala Kangsar.
Secara terus terang, saya mendapati anwar Ibrahim mempunyai keperibadian seperti berikut:
* Suka menunjulkan dirinya sendiri.
* Tidak menerima pendaoat orang lain walaupun pendapat itu
lebih baik dripada pendpatnya.
* Kuat dengan sikap suka menjatuhkan se seorang dalam persatuan
dan dia mengambil tempat itu.
* Takbur atua bangga diri tidak dapat lari dari dirinya.
* Dia boleh melakukanb apa sahaja asalkan dia boleh mendapat sesuatu
yang dihajagtinya.
Mualim terkenal di Negeri Perak, Allah yarham Ustaz Haji Mat Saman Kati telah berkata kepada saya, bahawa orang-orang yang peribadianya ada perangai atau sikap seperti Anwar Ibrahim tidak sesuai menjadi pemimpin.
"Oghang Islam jadi pemimpin mesgti ikut perangai atau akhlak Nabi Muhammad,"katanya.
Sekarang, Anwar Ibrahim adalah orang politik terkenal (cita-cita atau angan-angan) beliau akan menjadi Perdana Menteri Malaysia setelah Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berundur, tetapi saya khuatir dengan pegangan barunya dalam politik, iaitu sosio- demokrasi, apabila beliau memerintah nanti, tidak sahaja Raja Melayu terasa gelisah, bahkan (mungkin) beliau akan menjadikan Malaysia sebuah negara republik.
(habis)

QURAN
ORANG FASIK

Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepada kamu
seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah
(untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak
menimpakan ke atas sesuatu kaum dengan perkara yang
tidak diingini - disebabkan kejahilan kamu (mengenainya)
sehingga menjdikan kamu menyesal (atas) apa yang kamu
telah meloakukannya. Al Hujurat: 6.

HADIS

SENYUMAN

Tidak seorang muda yangmenghormati orang yang
tua usianya, melainkan Allah akan mentakdirkan
baginya; nanti orang-orang menghormatinya apa-
bila dia telah tua.
Perawai: At Turmuzi.

PETUA

UBAT KENCING MANIS

Setiap penyakitg ada ubat. Untuk menelak atau menyembuh penyakit kencing
manis, amalkan minum secamca besar air rebusan akar patawalu atau seruntun,
pada tiga pagi, dalam seminggu.Insya Allah akan akan tidak diserang penakit itu
atau aakan sembuh.










1 comment:

  1. Tuan saya meminati tulisan tuan.

    Namun kadangkala saya rasanya aianya tidak berimbang dan kurang adil. mengapa tuan tidak membuat kritikan yang sama terhadap Tun Mahathir yang menjadi PM ketika itu dan semasa Allayharham Tunku Abrul Rahman masih hidup, Tun Mahathir antara yang paling lantang mengecam Tunku.

    Hakikatnya jika kita mengkritik Anwar Ibrahim dalam apa segi pun kita sewajarnya tidak dapat lari dari memperkatakan Tun Mahathir yang lebih berperanan ketika itu.

    Saya percaya dalam Islam, konsistensi dan ketekalan adalah penting. Mengkritikan seseorang dalam masa yang sama tidak mengkritrik orang lain dalam hal yang sama seakan kita tidak adil dalam menilai sesuatu perkara.

    Harap maaf sekadar berpendapat.

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.