Thursday, October 30, 2008

QURAN

MANUSIA


Hai umat manusia, jika kamu semua ragu-ragu tentang kebangkitan (manusia hidup semula pada hari kiamat), maka (perhatikan pada tingkatan kejadian manusia, iaitu kejadian kamu sendiri nescaya akan hilang keraguan itu) kerana sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu
dari tanah (Adam dari tanah dan keturunannya dari pati makanan berasal dari tanah), kemjudian setitik sfarma(mani), kemudian dari sebuku (kecil) darah, kemudian dari seketul daging yang disempurnakan kemudiannya dan yang tidak disempurnakan; Kami jadikan secara demikian) kerana Kami hendak menerangkan kepada kamu(kekuasaan Kami); dan Kami menetapkan pula dalam rahim - rahim (ibu mengandunhg) apa yang Kami rancangkan hingga kepada suatu masa yang ditentukan lahirnya (yaani cukup bilangan bulan), kemudian Kami mengeluarkan kamu berupa kanak - kanak; kemudian (kamu dipelihara) hingga ke peringkat umur dewasa, dan (dalam pada itu) ada di antara kamu yang dimatikan (pada masa kecil dan dewasa) dan ada pula yang dilanjutkan umurnya ke peringkat tua nyanyuk sehinga tidak mengetahui lagi akan sesuatu yang telah diketahuinya dulu. Dan (satu bukti lagi) kamu melihat bumi itu kering, kemudian apabila Kami menurunkan hujan mencurahnya, bergeraklah tanahnya dan gembur membusutlah ia serta menumbuhkan berjenis - jenis tanaman yang indah permai. - Al Haj:5.

HADIS

RASUAH

Rasul Allah, MUhammad s.a.w. telah bersabda: Laknat Allah akan menimpa orang yang memberi rasuah dan orang yang menerima rasuah dalam hukum (yakni dalam jawatan pemerintah dan sebagainya). - Perawi: Imam Abu Daud dan Imam Tarmizi.

Dan dari Thauban, dia berkata: Rasul Allah, Muhammad s.a.w. melaknat orang yang memberi rasuah dan orang yang menerima rasuah, dan orang perantaraan bagi kedua mereka (perunding atau broker). - Perawi: Imam Ahmad.

PETUA

SAKIT LUTUT

Orang yang sakit lutu, tidak dsapat duduk betul pada waktu sembahyang, makan untuk mengubatnya, cuba minum air rebusan halia merah dengan akar seruntun (patawali) dan campur sedikit madu lebah Arab pada tiap-tiap malam atau pagi. Insya Allah sembuh.



No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.