MENANTU LEBIH BAIK DARI ANAK
Oleh: Mokhtar Petah
Dan tatkala Luqman berkata kepada anaknya, pada waktu dia
memberi nasihat kepada anaknya: "Hai anakku, jangan kamu
sekutukkan Allah (dengan makhluk), sesungguhnya perbuatan
menyengutukan Allah (syirik) itu adalah satu kezaliman yang
besar."
Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada dua ibu
bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung
kelamahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga pada
akhir menyusu), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam
masa dua tahun, (dengan demikian) bersyukurlah kepada Aku
dan berterima kasih (balas jasa) kepada dua ibu bapa kamu,
dan (ingatlah) kepada Akulah jua tempat kembali (untuk me-
nerima balasan). - Quran; Luqman:13, 14.
Orang bijak pandai Melayu telah berkata, " ibu sanggup membela (memelihara) sepuluh orang anak, tetapi anak tidak dapat membela (memelihara) seorang ibu."
Pada hari Jumaat ini saya ceritakan satu kejadian tidak baik - anak-anak tidak berterima kasih kepada ibubapa. Ibubapa mereka yang telah tua, main tahi, dijaga dengan baik oleh menantu mereka yang baik.
Padam masa saya melawat kota London dulu, di Oxford Street, saya telah bertemu dengan seorang gadis Melayu dari Pulau Pinang, mahasiswa bidang ekonomi, di sebuah universiti dalam bandaraya itu. Namanya Hasanah.
Dari pertemuan itu, kami bersahabat baik selama seminggu. Kerana hati saya, 'hati batu', tak kenal cinta, maka kami tidak jatuh cinta. Sama-sama tak bercinta.
Hasanah anak kepada sepasang suami isteri yang berpendidikan dari sebuah universiti, di Australia. Pada masa itu, kebanyakan orang Melayu yang menuntut di negara - negara orang putih, apabila mereka tamat belajar dan kembali ke tanah air, perangai dan ragam peribadi mereka macam orang putih atau lebih dari orang putih.
Suami isteri ini ada empat orang anak, dua lelaki dan dua perempuan. Hasanah anak yang akhir sekali. Pada masa dia menuntut di London, dia belajar ilmu agama Islam di masjid yang berhampiran dengan asramanya. Dia menjadi seorang mukminah yang taqwa.
Kuasa Allah; sekembalinya Hasanah ke negara ini, dia bekerja di Kuala Lumpur. Kami sering bertemu. Pada satu hari, tidak dijadualkan, saya telah perkenalkan Hasanah kepada rakan saya. Dia lepasan Universiti Al Azhar dan mengambil ijazah MA dan Ph.D di London juga. Namanya, Zaki. Dr. Aki.
Sebenarnya, saya tidak suka memperkenalkan gadis rakan saya kepada mana-mana lelaki. Tidak suka saya itu kerana saya menelan pesanan seorang orang tua yang saya kenal pada tahun 1954 dulu. Pesanannya, "Hang jangan duk kenaikan anak dagha oghang kepada lelaki, kalau hang buat, macam hang bagi bunga kepada beghokla..."
Allah Maha Menentukan segala. Tidak lama kemudian, Hasanah dan Zaki mendirikan rumah tangga. Kira-kira setahun kemudian, mereka berpindah ke Johor Bharu. Zaki menjalankan perniagaannya sendiri.Hasanah menjadi pembantunya dalam perniagaan kontrak dan membekal bahan binaan.
Kira-kira sepuluh tahun saya tidak pernah bertemu dengan Zaki. Pada satu hari, dalam satu kongres Melayu, kami bertemu. Zaki meminta kepada saya, jika saya ke Singapura atau ke Johor Bharu, supaya saya singgah di rumahnya, di Larkin.
Lima bulan kemudian. Saya bersama seorang kawan telah pergi ke Singapura kerana berjumpa dengan seorang Yahudi. Dia rakan dan guru saya dalam bidang kewartawanan.
Pada hari kami akan balik ke Kuala Lumpur, kebetulan hari Ahad, saya telah mengajak kawan saya singgah di rumah Zaki, di Larkin. Sebelum ke rumah Zaki, saya menelefon kepadanya lebih dahulu.
Sebaik - baik kami letak kereta di tepi jalan, saya berjalan ke pintu pagar rumah Zaki. Saya berdiri macam kebanyakan ustaz berdiri dan memberi salam.Pada waktu itu dua lubang hidung saya diterpa bau najis manusia. Kalau tidak kerana hidung saya ada batang macam pelepah kelapa, tentulah hidung saya terkelopak dik bau busuk itu.
Zaki menyambut salam saya lalu keluar dari rumahnya. Pada ketika kami berjabat tangan, Zaki mengajak saya pergi ke sebuah warong makanan tidak jauh dari kawasan prumahan tersebut.
Hasanah keluar ke pintu. Dia senyum sambil bertanya khabar.
"Tak apa, abang, abang pergi ke warong sana tu ..., di sini ...," kata Hasanah.
"Ana sampaikan salam Hasanah kepada enta ..., dia malu nak jumpa enta ...," kata Zaki sebaik - baik sahaja tiba di keretanya.
"Malu, ngapa?" saya bertanya.
"Dia malu ..., rumah kami berbau busuk najis manusia ..., tahi emak dan bapa mertua saya ...," jawab Zaki. Wajahnya muram. Sedih.
" ... ngapa?" saya bertanya lagi.
"Emak, bapa Hasanah dah tua, dah nyanyuk ..., tiap-tiap hari main tahi ...," Zaki memberitahu.
"Allahu akbar ..., sampai begitu," saya berkata.
"Ia, dia orang tu baling najis kepada dinding ..., semua tempat dalam rumah ..., sampai ke dapur ...,kami dengan anak- anak, makan, minum, tidur, sembayang ..., dalam bau najis ..., busuk ...," jelas Zaki. Wajahnya moyok.
Zaki bercerita, anak-anak ibu dan bapa mertuanya tinggal di Kuala Lumpur, Melaka dan di Terangganu. Semua anak-anak mereka bekerja sebagai jurutera. Berpendapatan lebih dari lumaian.Tetapi mereka tidak pernah datang menjenguk ibu dan bapa mereka.
"Dia orang tu tau, tapi jangankan nak datang, nak telefon pun tak ...,"kata Zaki.
Saya dan Zaki telah bercakap dekat keretanya kira-kira setengah jam. Sambil berjalan ke warong, kami sama-sama membaca ayat Quran amanat Lukman kepada anaknya.
"Kamu menntu yang baik ..., sangat baik ...,"kata saya kepada Zaki dalam bahasa Quran.
"Alahamdulillah ...," sahut Zaki.
(Habis)

Bau najis manusia di bawa oleh pakaian yang membungkus tubuh Zaki. Dia menaiki keretanya menuju ke warong makanan. Kami mengekut dengan kereta ke arah yang ditujunya.
Pada ketika itu hati saya tertanya-tanya mengenai bau najis manusia, Hasanah tidak keluar ke pintu pagar menemui saya, bau najis manusia dari pakaian Zaki.
Saya dan rakan duduk menghadapi meja dalam warong itu. Zaki masih dalam keretanya. Apabila dia tiba ke meja kami, pakaian Zaki tidak berbau seperti pada ketika di pintu pagar tadi.
Baunya harum. Bau air wangi dari pakaiannya, menjadikan saya teringatkan jenama air wangi yang dijual dalam sebuah gadung beli belah, milik orang Arab, di Kota London.
"Ana tak nak ajak enta ..., kawan enta, masuk ke rumah ana ..., bau busuk ..., bau najis manusia ...," katanya.
Saya diam. Hairan. Kawan saya hairan juga.
Setelah kami makan dan minum. Zaki mengajak saya pergi ke keretanya. Rakan saya tinggal di meja dalam warong itu.Pada ketika itu hati saya tertanya-tanya mengenai bau najis manusia, Hasanah tidak keluar ke pintu pagar menemui saya, bau najis manusia dari pakaian Zaki.
Saya dan rakan duduk menghadapi meja dalam warong itu. Zaki masih dalam keretanya. Apabila dia tiba ke meja kami, pakaian Zaki tidak berbau seperti pada ketika di pintu pagar tadi.
Baunya harum. Bau air wangi dari pakaiannya, menjadikan saya teringatkan jenama air wangi yang dijual dalam sebuah gadung beli belah, milik orang Arab, di Kota London.
"Ana tak nak ajak enta ..., kawan enta, masuk ke rumah ana ..., bau busuk ..., bau najis manusia ...," katanya.
Saya diam. Hairan. Kawan saya hairan juga.
"Ana sampaikan salam Hasanah kepada enta ..., dia malu nak jumpa enta ...," kata Zaki sebaik - baik sahaja tiba di keretanya.
"Malu, ngapa?" saya bertanya.
"Dia malu ..., rumah kami berbau busuk najis manusia ..., tahi emak dan bapa mertua saya ...," jawab Zaki. Wajahnya muram. Sedih.
" ... ngapa?" saya bertanya lagi.
"Emak, bapa Hasanah dah tua, dah nyanyuk ..., tiap-tiap hari main tahi ...," Zaki memberitahu.
"Allahu akbar ..., sampai begitu," saya berkata.
"Ia, dia orang tu baling najis kepada dinding ..., semua tempat dalam rumah ..., sampai ke dapur ...,kami dengan anak- anak, makan, minum, tidur, sembayang ..., dalam bau najis ..., busuk ...," jelas Zaki. Wajahnya moyok.
Zaki bercerita, anak-anak ibu dan bapa mertuanya tinggal di Kuala Lumpur, Melaka dan di Terangganu. Semua anak-anak mereka bekerja sebagai jurutera. Berpendapatan lebih dari lumaian.Tetapi mereka tidak pernah datang menjenguk ibu dan bapa mereka.
"Dia orang tu tau, tapi jangankan nak datang, nak telefon pun tak ...,"kata Zaki.
Saya dan Zaki telah bercakap dekat keretanya kira-kira setengah jam. Sambil berjalan ke warong, kami sama-sama membaca ayat Quran amanat Lukman kepada anaknya.
"Kamu menntu yang baik ..., sangat baik ...,"kata saya kepada Zaki dalam bahasa Quran.
"Alahamdulillah ...," sahut Zaki.
(Habis)
A'kum Tuan,
ReplyDeleteSaya berminat untuk mendapat satu naskah "Abdullah Badawi Penjana Modal Insan" tetapi amat sukar saya mendapatkannya di kedai kedai buku.
Di mana saya boleh membelinya?
Mohon email saya ke jalaree @ hotmail dot com
Terima kasih.