Saturday, October 18, 2008

KISAH BENAR

KSU MINTA SATU JUTA RINGGIT
kONTRAKTOR MUNGKIN GULUNG TIKAR

Kisah Sabtu ini, kisah benar - ada dokumen dan saksi-saksi ada, menteri telah tahu - , bolehkah pihak Badan Pencegah Rasuah (BPR) bertindak supaya kontraktor Melayu ini tidak gulung tikar atau muflis?.
Kisah ini adalah seorang dari berpuluhkontraktor Melayu yang menjadi mangsa pegawai kerajaan melakukan rasuah.
Pada pagi Jumaat (semalam) empat orang lelaki - seorang berkas wakil rakyat, seorang ahli perniagaan dan perusahaan dan seorang lagi orang kuat sebuah bahagian UMNO, di Negeri Pahang, telah datang menemui saya dan membawa kisah sedih ini.
Sang ahli perniagaan dan perusahaan itu telah melaksanakan sebuah projek dalam sebuah sebuah kementerian kira-kira empat tahun lalu, tetapi hingga semalam dia belum menerima bayaran dari kementerian tersebut, walau pun menteri telah memberi arahan kepada KSUnya supaya menjelaskan bayaran itu.
Bedasarkan semua dokumen, konrator Melayu itu telah berjaya melaksanakan
prejek tersebut, tidak ada sebarang rejek atau tidak puas hati di pihak kementerian berkenaan,
tetapi pembayaran itu tidak diluluskan kerana kontraktor itu tidak dapat menunaikan kehendak KSU itu yang kontraktor itu mesti membayar RM1 juta kepadanya.
KSU itu memberitahu kepada kontraktor dan dua ahli lembaga syarikatnya, pembayaran tidakakan dikekeluarkan, sekiranya kehendaknya tidak ditunaikan.
Menurut ahli-ahli lembaga pengarah syarikat, KSU itu telah mengadu kepada mereka, bahawa dia perlukan wang RM1juta itu kerana dia kini sedang berhutan kerana ubah suai rumahnya, di Damansara dan terpaksa membayar ansuran RM6,000 sebulan.
KSU itu juga membritahu mereka, gajinya RM12,000 sebulan. Dia kesempitan wang kerana gajinya telah tinggal RM6,000 sebulan.
Kontraktor itu memberitahu KSU tersebut, bahawa dia tidak sanggup memberi wang sebanyak yang dikehenhdakinya itu kerana dia terpaksa membayar hutasng kepada pembekal-pembekal barangan keperluan projek itu sedangkan keuntungan dari projek itu tidak banyak.
Kontrektor dan ahli lembaga pengarah bercerita, bahahwa sebelum mendapat projek itu dan dalam masa menjalankan kerja, mereka telah memberi banyak wang kepada pegawai di kementerian berkenaan kerana terpaksa berbuat demikian.
Diberitahu lagi, setiap kali kontraktor itu datang ke kementerian tersebut, pegawai-pegawai berkenaan dengan projek telah memberi berbagai alasan kepadanya. Pada kali yang akhir kontraktor itu dan ahli lembaga pengarah syarikat datang ke kementerian berkenaan, KSU telah mengarahkan pengawal menghalau mereka dari pejabatnya.
Dengan wajah muram, kontraktor itu memberitahu, disebabkan tindakan KSU tidak mahu meluluskan pemnbayaran kepadanya, dia kini menjadi orang buruan orang-orang pihak syarikat yang memberi hutang barangan kepdanya.
Dalam perbiancangan dengan saya ahli-ahli lembaga pengarah syarikat itu memuutskan akan merayu kepada Petdana Mengteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Menteria Kewangan, Datuk Seri Najib Tun Razak dan mengadu kepada Badan Pencegah Rasuah. (Mokhtar Petah)


No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.