Oleh:Mokhtar Petah
Semua rakyat Malaysia yang jujur - yang beragama Islam dan para penganut agama - agama lain, menyambut baik dan menyokong penuh akan kenyataan Khas Raja-Raja Melayu berhubungan dengan hak Raja Melayu, agama Islam dan orang Melayu.
Mereka mengakui, bahawa ketegasan Raja-Raja Melayu itu, akan dapat menjamin perpaduan rakyat negara ini terus kekal dan negara terhindar dari sesuatu yang tidak diingini.
Sesungguhnya kekuatan dan kedaulatan Raja-Raja selagi ada kekuatan kuasa di tangan Melayu, bergantung sekuat mana mereka berpegang kepada Islam dan mengguna pakai peraturan yang dibawah oleh Agama Allah itu.Kalau mereka membelakani peraturan tersebut, sesungguhnya kekuatan itu tidak ada. Ibrat dahah kayu reput menanti sekah dan jatu atau laksana membina istana dengan pasir atas pantai cuma.
Perpaduan Melayu di negara ini tidak akan tercapai jika UMNO dengan PAS masih bercakaran dan tidak bekerjasama dalam semua bidang kehidupan rakyat, termasuk politik, ekonomi dan kemasyarakatan.
Pada masa ini, jika dilihat secara rambang tidak wajud perpecahan antara orang UMNO dengan orang PAS, kerana di mana-mana mereka sembahyang dalam masjid atau surau yang sama. Sama-sama berhari raya dan sama menunaikan rukun Haji di Tanah Suci Makah, tetapi pada sikap dan perasaan, mreka berpecah dan tidak bekerjasama, kerana satu pihak menjunjung ajaran dan perundangan yang diturunkan oleh Allah dan satu pihak lagi memikul dan mengilit perundangan ciptaan manusia yang diambil dari Rom tua dan Inggeris.
Perpaduan antara dua parti politiki insan Islam itu - UMNO dan PAS itu, menjadi wajib dilaksanakan segera. Wajib di sini, adalah berdasarkan firman Allah dalam Quran, iaitu:
Berpeganglah kamu sekalian (umat Islam) dengan
tali Allah (dengan semua peraturan dan syari'ah)
dan jangan berpecah belah.Ingatlah kurniaan Tuhan
kepada kamu, pada masa dahulu kamu bermusuhan
lalu dipersatukannya hati kamu semua (dalam agama
Islam, dengan kurniaan Tuhan itu kamu jadi bersau-
dara. - Ali Imran:103.
Dan jangan kamu sekalian serupa dengan mereka yang
telah berpecah belah dan berselisih sesudah datang
kepada mereka bukti-bukti yang terang.Mereka akan
mendapat azam yang besar (di dunia dan akhirat).
- Ali Imran: 105.
Hadis Nabi Muhammad s.a.w. yang diriwayatkan oleh
ahli hadis, Abn Mnajah, bermaksud: Sesutu yang
paling cepat mnendatangkan kebaikan - balasan
pahala-, ialah orang yang mengamalkan kebajikan
dan menghubungkan silatur rahim, dan yang
paling cepat mendatangkan kejahatan (atau kebu-
rukan) - balasan siksaan Allah - ,ialah mereka yang
mengamalkan kejahatan dan memutuskan hubung-
an kekeluargaan (sesama orang Islam).
Untuk melaksanakan tanggungjawab tali Allah, maka, UMNO wajib mengubah spirit dan pegangan politiknya, iaitu dari sebuah parti politik asobiah sempit dan kapitalis kepada spirit dan pengangan kepada peraturan dan syari'at Islam.
UMNO dan PAS wajib mewujud dan membentuk 'umat kebajikan' di negara ini:
Adakan di antara kamu umat yang mengajak kepada
kebaikan, menyuruh mengamalkan yang benar dan
melarang mengamalkan yang salah. Mereka itu orang-
orang yang beruntung (menang).
Jika UMNO dan PAS tidak bekerjasama. Dua parti politik orang Melayu dan Islam itu masih bercakaran, tentulah harapan Raja-Raja Melayu supaya rakyat negara ini aman dan harmoni sukar dicapai.Lebih-lebih lagi ada orang-orang tertentu menggunakan dari kelemahan ummah atau mereka menanti masa yang akan berkeadaan 'kapal pecah yu kenyang' atau antran sama anta bertingkah ayah bertemolok besar'.
Raja-Raja Melayu amat Arif. Semua orang politik amat Arif. Semua rakyat negara ini telah faham, bahawa di mana-mana dalam dunia ini, dalam masyarakat manusia yang wujud haiwan, tidak akan dapat dielak dari berlaku perbuatan merebutg peluang, tindas menindas dan merampas hak orang lain.
Hasrat Raja-Raja Melayu melindungi agama Islam, bahasa Melayu (kebangsaan) tidak akan berjaya, kerana dari perpecahan itu, kaum lain akan mencapai kemenangan atau akan dapat membentuk kerajaan di negara ini, maka harapan suci itu akan gagal dan akan berlakulah ' pupus Raja kerana Melayu hilang dan hilang Melayu kerana kuasa Raja dan mahkota telah dihantar kemuzium budaya'.(seperti pendapat Sultan Azlan Shah).
Kita mesti insaf, bahawa setelah UMNO dan Barisan Nasional di bawah pimpinan Tun Dr. Mahathir Mohamad menghapuskan kekebalan Raja Melayu pada tahun 1992, taring yang ada pada Raja Melayu tidak kukuh seperti pada masa sebelum itulagi.
Akibat penghapusan itu; satu-satu keputusan Parlimen tidak diperkenan oleh Yang Dipertuan Agong untuk meululuskannya, setelah tiga bulan keputusan itu dengan sendirinya menjadi lulus.
Demikian juga dengan Raja-Raja di negeri-negeri.Sesuatu keputusan Majlis Kerja Kerajaan (EXCO) atau Dewan Undangan Negeri, setelah tiga bulan luus tanpa prkenan Raja, ia menjadi lulus.
Dalam perpaduan dan kerjasama antara rakyat di negara ini, amat memerlukan rakyat yang setia, jujur kepada negara dan negeri, Raja-Raja Melayu dan umat Islam - Melayu.
Memang orang-orang keturunan Cina dan India yang tertakluk di bawah Perlembagaan Negara menjadi rakyat negara ini yang hak. Umat Islam - Melayu telah meneriman ya dengan relah. Mereka diterima sebagai saudara kandung atau satu kekluarga.
Jika mereka berlaku setia dan jujur seperti yang diperlukan, maka mereka boleh diterima menjadi rakan yang baik dan keadaan mereka seperti orang kafir zimmi (setia, jujur kepada perundangan negasra Islam) dalam Negara Islam.
Tetapi kalau mereka memusuhi umat Islam - Melayu dan Raja Melayu, maka mereka itu adalah seperti kafir harbi (tidak setia, tidak jujur) dalam negara Islam.
Kalau mereka tidak brlaku setia dan tidak jujur, maka mereka ibarat garam yang yang banya tabur dalam anak semaian atau mencampakkan tuba dalam kolam ikan, maka Raja Melayu dan umat Islam - Melayu harus (mesti) memahami firman Allah dalam Quran:
orang-orang kafir dari ahli kitab dan orang-
orang kafir musyrik (menyembah berhala dan
sebagainya) tidak menginginkkan sesuatu keba-
ikan diturunkan dari Allah kepada kamu.
- Al Baqaarah: 105.
Sebenar umat Islam - Melayu di negra ini terhitung dalam massyarkat globel yangihsan - baik hati kepada tetamu, jiaran tetangga, sahabat handai dan sesiapa sahaja yang tinggal di negara ini, tidak kira mereka itu rakyat atau tidak.
Islam mengajar para pemeluknya supaya berbaik-baik sesama manusia dan tidak kira mereka itu beragama lain dari Islam dan apa bangsa jua pun.Perhatikan allah mengajar manusia menerfusi wahyu-Nya menerusi Nabi Muhammad s.a.w. seperti maksudnya di bawah ini:
Ditimpakan kehinaan ke atas mereka, di mana
sahaja mereka berada, kecuali mereka yang men-
jaga hubungan dengan Allah dan hubungan dengan
manusia, dan mereka kembali dengan mendapat
murka dari Allah dan ditimpakan ke atas mereka
kelemahan (kehinaan). -Ali Imran: 112.
Di batasan inilah adanya pengajaran dalam Islam, bahawa Allah tidak membenarkan umat Islam melakukan kezaliman, penentangan dan segala macam angkara terhadap manusi selagi manusia tidak melakukan angkara atau memusuhi umat Islam-Melayu.
Malaysia adalah negara contoh.Tidak ada permusuhan yang besar antara umat Islam dan orang-orang beragama lain di negara ini.Mereka menjadi rakyat yang lebih mengutamakan kebaikan, kedamaian dan keamanan dari melakukan keburukan, pemusuhan dan sebagainya seperti yang telah berlaku di negara-negara lain.
Oleh itu sama ada individu, kumpulan dan parti politik bukan Islam, hendaklah sentiasa berjaga-jaga dari melakukan pengungkitan, penghinaan dan sebarang perbuatan yang buruk terhadap umat Islam dan orang Melayu serta Raja-Raja Melayu.
Di antara perkara yang sensitif yang tidak boleh diungkit, dicerca atau dengan apa xara sahaja dengsn tujuan memburuk-burukkan, necaya menimbulkan kemarahan umat Islam- Melayu dan tidak dapat menjamin keamanan negara, iaitu:
1 - Mencerca agama Islam, Quran, para rasul dan para ulama.
2 - Mempertikai masjid danh surau, azan (bang) dan seumpamanya.
3 - Mencerca, menyanggah atau menghina Raja-Raja Melayu.
4 - Mengungkit dan mempertikaikan hak ketunanan Melayu.
5 - Mempertikai atau bertujuan menghapuskan bahasa Melayu atau
mengambik bahasa lain menggantikan bahasa Melayu di negara ini.
Sama ada tercatat dalam sejarah, mahupun dalam peragaulan dan adat istiada Melayu, umat Islam - Melayu di Malaysia (dulunya Tanah Melayu), adalah terdiri dari manusia yang baik budi, hormat kepada orang lain, lebih-lebih lagi tetapi, pendatang ke negara mereka dan jiran tetanggan.
Paar1ti-parti politik bukan Melayu, seperti DAP, GERAKAN, MCA, MIC, PPP dan parti-parti campuran kaum di negara ini, hendaklah mendisiplin, menrtertib dan memberi pengetahuan kepada ahli-ahli akan perkara-perkara yang telah dinyatakan di atas.
(habis)

No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.