Wednesday, October 22, 2008

BERITA

UMNO BAHAGIAN KEPALA BATAS

Kepala Batas - UMNO bahagian Kepala Batas akan mengadakan Mesyuarat Agungnya pada 9 Disember depan dan dijangka Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan mengekalkan kedudukan beliau sebagai ketua bahagian tersebut.
Semenjak Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan akan mengudurkan diri dari jawatan Perana Menteri, iaitu dalam rangka peralihan kuasa pada Mac tahun depan, kalangan veteran UMNO, ahli-ahli UMNO dan Pergerakan Wanita dan Pergerakan Pemuda sedang gelisah, kerana seorang dari Kuala Lumpur sedang mempengaruhi sebilangan ahli Peregerakan Pemuda agar tidak memilih Abdullah Ahmad Badawi untuk mengetuai bahagian tersebut.
Sumber yang rapat dengan UMNO bahagian Kepala Batas dan cawangan Bertam memberitahu, orang Kuala Lumpur itu dari kalangan Pergerakan Pemuda UMNO di sini yang telah diberi kepercayaan oleh Abdullah Ahmad Badawi sejak beliau memegang jawatan Perdana Menteri lagi.
Meneurut sumber itu, bahawa sebelum Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan peralihan kuasa orang Kuala Lumpur itu telah mempengaruhi sebilangan ahli Pergerakan Pemuda UMNO dan Pergerakan Wanita di sini, supaya menyokonh Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan mengenepikan Abdullah Ahmad Badawi.
"Kami sedih, kerana selama ini dia diberi kepercayaan oleh Pak Lak, duk-duk dia tibai(pukul) Pak Lah dsri belakang," kata sumber itu.
"Kami sedar, dia buatkan UMNO, terutama ahli -ahli Pergerakan pemuda di sini kucar kacir kerana dia ada kepentingan sendiri, terutama untuk faedah dirinya,"kata sumbar itu lagi.
"Kami puji Dato Man (bekas Setiasuaha Politik PM, Datuk Othman Desa) kerana dia setia kepada Pak Lah walau pun dia tak bekerja di bawah Pak Lah,"tambah sumber itu.
Abdullah Ahad Badawi sukar ditentang oleh mana-mana tokoh UMNO dalam bahagian tersebut, kerana selain dari jasanya yang banyak, beliauadalah dari keluarga yang berjuang dalam UMNO semenjak negara ini belum mencapai kemerdekaan lagi.
Datuk beloiau,Sheikh Abdullah Fahim prnah memegang jawatan Pengerusi Jawatan Khas Agama Islam dalam UMNO pada masa parti itu di bawah pimpinan Dato Onn Jaafar. Bapanya, DAtuk Haji Ahmad Badawi, adalah Naib Ketua Pemuda UMNO dan ketuanya Tun Sardon Haji Zubir.
Sebeluk meninggal dunia Allahyarham Haji Ahamad Badawi, adalah ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang dan pernah memegang jawatan Pemangku Ketua Menteri negeri tersebut.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.