Tuesday, August 12, 2008

SEJARAH KEPALA BATAS


Kepala Batas: Pergerakan Wanita UMNO cawangan Bertam, di sini akan menerbitkan buku ‘Kepala Batas Dalam Sejarah Kemerdekaan Bangsa Melayu’ untuk memungut derma bagi tabung anak yatim, ibu tunggal dan orang kurang upaya.

Jurucakap cawangan Pergerakan Wanita UMNO tersebut memberitahu, bahawa buku yang ditulis oleh Mokhtar Petah akan akan dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, pada akhir Ogos ini.


Kulit buku sejarah Kepala Batas


Buku itu mengandungi catatan sejarah semenjak di bawah Negeri Kedah, zaman orang Melayu menuntut kemerdekaan yang dipelopori oleh Sheikh Abdullah Fahim dan perjuangan di ambang kemerdekaan.

Mokhtar Petah telah mencatatkan dalam buku, kisah suka duka orang Melayu di Kepala Batas pada zaman padi kunca, kisah Tunku Abdul Rahman terpaksa bergadai bergolok kerana memulakan perjuangannya dalam UMNO kerana menuntut kemerdekaan.

Setelah Tunku Abdul Rahman dipilihan memegang jawatan Yang Di Pertua UMNO pada tahun 1951, Allahyarhamn telah disingkir dari Istana Sutan Kedah dan terpaksa tinggal di sebuah rumah usang di Kepala Batas.

Dalam buku itu turut dirakamkan tentang seniman P.Ramlee telah terlibat dalam perjuangan orang Melayu menuntut kemerdekaan, iaitu dengan memungut derma dengan lagunya.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.