UMNO PUTRAJAYA
Kalangan ahli UMNO bahagian Putrajaya berharap ahli parlimen (Putrajaya) merangkap Setiausaha Agung UMNO, Tengku (Dato) Adnan bin Tengku Mansor dapat mempertahankan UMNO bahagian Putrajaya dari dikhianati oleh anasir-anasir talam dua muka.
Tengku Adnan dengan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi
Tengku Adnan orang kuat Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak telah mengetuai UMNO bahagian Putrajaya dan kekal dengan kedudukannya sebagai ahli Parlimen bandar moden itu.
Beberapa orang dari cawangan-cawangan UMNO dalam bahagian tersebut memberitahu, bahawa mereka berharap Tengku Adnan dapat membersihkan UMNO Putrajaya dan Barisan Nasional akan kekal mewakili Putrajaya di Parlimen pada pilihan raya akan datang.
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.