AZAM SEORANG PEJUANG
Oleh: Petah Shahrir Aidid
Datuk Seri Abdullah Badawi yang bersikap terbuka dan jujur sebagai pejuang nasionalis Melayu menyifatkan peralihan kuasa beliau pada tahun 2010 adalah tahun penamat Rancangan Malaysia yang kesembilan.
“Banyak yang perlu dikerjakan dan pembangunan perlu diteruskan dan kerja-kerja yang hendak saya laksanakan itu adalah kerja-kerja yang ada hubung kait dengan yang dijanjikan dalam manifesto, yang perlu saya laksanakan. Tambahan pula ada pembangunan koridor (pembangunan wilayah) masih lagi belum dilaksanakan.
Abdullah Ahmad Badawi telah menjelaskan panjang lebar akan sebab-sebab beliau akan meninggalkan jawatannya pada tahun 2010 dan gantinya ialah, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak, dalam wawancara bersama BERNAMA di kediaman beliau, di Putrajaya, Sabtu lalu.
“Saya masih ada tanggungjawab pada waktu ini dan sebab dua tahun lamanya itu, memang saya akui memegang tanggungjawab Perdana Menteri itu adalah tanggungjawab saya.
Kuasa ada pada saya dan saya perlu gunakan dengan sebaik-baiknya untuk menjayakan pembangunan dan lain-lain lagi.
Abdullah Badawi
Seperti biasa, yang nak pergi pergilah, patahlah tetapi yang ganti mesti ada, inilah proses yang berlaku dalam UMNO yang dah lama, jadi bila dah sebut yang lama itu, apa jadi pada kita? Ada yang kata you olso dan berumur, dah lama, dah lama terlibat dalam parti pun, dah mula menajdi anggota parti pada tahun 1965, mula aktif dalam pentadbiran pada 1978.
Satu hari saya akan pergi juga dan saya juga mahukan proses peralihan itu berjalan dengan baik, daripada saya kepada pengganti saya. That was the one the makes the people talk (itulah yang membuatkan orang bercakap).
Abdullah Badawi pimpin Nik Aziz
Orang yang bergaduh (bertanding) ni, bila lihat orang atas berkelahi, semua habis terlibat daripada cawangan hingga ke bahagian. Ini menyusahkan, dengan orang bawah macam-macam teori, pandangan.
Menjawab pertanyaan, adakah Abdullah badawi akan melanjutkan tempoh sebagai Perdana Menteri (selepas 2010) jika sesuatu berlaku seperti krisis ekonomi atau perkara lain, beliau menegaskan:
Saya sama sekali tidak akan berbuat demikian. Saya tidak akan pergi kepada Najib dan berkata kepadanya “Mereka sukakan saya sekarang, bolehkah anda benarkan saya teruskan untuk setahun lagi? Kalau ada apa-apa yang berlaku (seperti krisis ekonomi), dia yang selesaikan. Kalau (ada apa yang) berlaku (pada ketika itu) dan bila tiba masa untuk saya akan pergi. Paling buruk, beliau perlu menanganinya. Dan dengan siapa sahaja yang beliau pilih untuk menjadi gantinya.”
Sementara itu Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun abdul Razak berkata dalam wawancara dengan para wartawan Utusan Malaysia:
“Walaupun saya sudah berunding dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebelum ini dan tarikh itu dimaklumkan kepada saya lebih awal, namun apabila ia diistiharkan, wujud perasaan terharu dan sangat insaf bahawa dengan keizinan Allah dalam jangka waktu yang disebutkan, saya terpaksa menggalas amanah dan tanggungjawab yang sangat berat.
... saya cukup sedar bahawa suatu hari nanti saya juga terpaksa turun dari tampuk pemerintahan dan bila saya turun nanti, saya juga ingin turun dalam keadaan yang baik.”
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.