PENGALAMAN DI PADANG GOLF
Sambutan Jubli Emas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah Darul Aman, Tuanku Abdul Halim ibni Al marhum Sultan Badli Shah yang akan disambut pada 15 Julai ini telah mengembalikan ingatan saya kepada masa Baginda menjadi Yang Dipertuan Agong ke – 5, pada 21 September 1970–20 September 1975.
Pada tahun 1974 kira-kira jam 6.00 pagi, dalam kedinginan, kerana untuk mendapatkan sedikit bahan berita, saya telah mengikuti Yang Dipertuan Agung, Tuanku Abdul Halim di padang golf Cameron Highland.
Saya bersama jurugambar telah mengikuti baginda berjalan di padang golf hingga jam 9.00 pagi.
Baginda Tuanku Abdul Halim memegang tongkat golf dan saya memegang tape recorder kecil, pena dan buku kecil. Kami bercakap sambil berjalan kira-kira dua kilometer.
Tuanku Abdul Halim amat berhati-hati bertitah dengan saya. Saya pula berjaga-jaga untuk memancing titah Baginda.
Itulah pengalaman saya sebagai wartawan mengikuti Ketua Negara dalam padang golf pada waktu pagi.
Tuanku Abdul Halim diputerakan pada 28 November 1927. Setelah tamat Sekolah Melayu Alor Merah dan Sekolah Melayu Titi Gajah, Baginda telah melanjutkan pelajaran ke Kolej Sultan Abdul Hamid pada tahun 1946–1948.
Pada Februari 1949, Baginda telah melanjutkan pelajaran di Wadham College, Oxford, London dalam bidang sains kemasyarakatan dan pentadbiran awam.
Baginda telah menaiki takhta kerajaan Negeri Kedah Darul Aman, pada 15 Julai 1958. Baginda telah menjadi Yang Dipertuan Agong yang ke – 5 pada 21 September 1970 hingga 20 September 1975.
Pada 15 Julai ini, maka genaplah baginda 50 tahun baginda memerintah Negeri Kedah Darul Aman.
(Mokhtar Petah).
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.