Friday, July 4, 2008

LIWAT DAN RASUAH

BERSUMPAH DENGAN QURAN

Oleh: Mokhtar Petah


Patutkah kamu datangi (melakukan hubungan jenis) dengan lelaki dari kalangan manusia. Dan kamu tinggalkan apa yang diciptakan Tuhan kamu untuk kamu (perempuan), (kamu adalah orang-orang yang bersalah) bahkan kamu adalah kaum yang melampaui batasan

(Quran, Asysyu’ra: 165,166)


Maka Kami selamatkan dia (Nabi Luth) dan keluarganya serta para pengikutnya. Kecuali perempuan tua (isteri Nabi Luth suka melakukan lesbian dan tidak beriman kepada Allah).tertinggal dalam golongan yang kena azab. Dan Kami hujani mereka dengan hujan (hujan batu yang amat panas dan membinasakan mereka), maka amat buruknya hujan azab yang menimpa kaum yang telah diberi amaran

(Asysyu’ra: 170 – 173)


Firman Allah di atas ini adalah mengenai umat nabi Luth yang tidak beriman kepada Allah dan melakukan hubungan jenis lelaki dengan lelaki dan perempuan dengan perempuan.

Perdana Menteri kedua Malaysia, Allahyarham Tun Abdul Razak – bekas penuntut Malay College Kuala Kangsar (MCKK) telah memberitahu saya pada masa kami di Taiping, Perak, pada tahun 1974, bahawa sebilangan dari penuntut maktab itu gemar melakukan liwat.

Cerita yang sama telah saya terima dari Al marhum Sultan Idris Ahah, ADC Sultan Perak, Raja (Dato’) Amir bin Raja Razman dan Dr. Haji Megat Khas bin Megat Omar.

Oleh kerana Datuk Seri Anwar Ibrahim bekas penuntut MCKK, maka orang-orang yang memusuhinya rasa munasabah beliau disangka dan dituduh melakukan perbuatan meliwat.

Kerana tuduhan itu, maka nama beliau dan keluarga beliau mendapat malu. Orang-orang yang memalukan manusia dengan cara itu, dia akan dibalas oleh Allah di dunia hingga ke akhirat. Di dunia, dia akan mengalami:

* Walau pun hidup senang, dia rasa susah, gelisah, tidak suka melihat orang lain lebih daripadanya.

* Bercakap lepas mulut, barai atau seperti orang nyanyuk dan menyalahkan orang lain.

* Perasaan takut sentiasa menghantui diri.

* Berperasaan jemu atau jelak sembahyang lima waktu.

* Pendeknya dia menjadi orang sakit jiwa.


Sesiapa yang menyangka dan menuduh seseorang (lelaki atau perempuan melakukan liwat atau zina) tidak sanggup mendatang empat orang saksi (yang tidak fasik, iaitu tidak rasuah, tidak meninggalkan sembahyang dan sebagainya), maka mengikut hukum dalam agama Islam berdasarkan Quran, orang itu dikenakan hukuman dera (sebatan) 20% kurang dari orang yang melakukan zina.


Dan orang-orang yang menuduh perempuan-perempuan yang bersih (termasuk menuduh lelaki meliwat) kemudian mereka tidak sanggup mengemukakan empat orang saksi, maka dera (sebatlah) mereka (yang menuduh) itu lapan puluh kali dera (sebatan), dan jangan diterima kesaksian (tidak boleh menjadi saksi) mereka selama-lamanya. Mereka itu adalah orang-orang yang fasik (jahat).

(An Nur:4).


Anwar Ibrahim telah menderita dari perbuatan zalim manusia-manusia pada masa itu. Beliau telah didapati oleh mahkamah, bahawa tuduhan itu tidak benar.

Baru-baru ini Anwar Ibrahim sekali lagi ditimpakan dengan perkara keji itu. Bekas pekerjanya, Mohd.Saiful Bukhari Azlan, 23, telah melaporkan kepada polis yang Anwar Ibrahim telah meliwatnya.

Pada zaman pemerintahan Dr. Mahathir Mohamad negara kita telah mendapat malu di seluruh dunia; beberapa orang anggota polis mengusung tilam untuk membuktikan Anwar meliwat.

Kali ini, tidak siapa yang mengetahui dan tidak dapat mengakui ‘benar atau tidak’ Anwar meliwat pemuda lembut itu (kalau gadis boleh diperiksa daranya). Kita tertanya-tanya.

Oleh kerana dosa orang yang melakukan itu besar. Dan dosa orang yang menuduh (kalau tidak dapat mengadakan empat saksi) berdosa besar, dan biasanya dosa besar melibatkan orang ramai jua.

Seorang pemimpin melakukan dosa besar, Allah turunkan bala kepada sebuah negara dan rakyatnya menderita.

Saya fikir Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan para mufti dan semua ulama bersetuju dengan syor saya ini. Kalau syor ini tidak dapat dilakukan, maka tuduhan liwat yang tidak benar akan mendatangkan bala kepada kita.

Mungkin cara ini amat berat. Iaitu setiap orang yang menuduh – yang membuat laporan kerana dia diliwat, yang dituduh meliwat dan para penyiasat, iaitu polis, pihak hospital dan pendakwa melakukan sumpah menjunjung Quran.

Begitu juga orang yang dituduh melakukan rasuah atau yang tidak mengaku melakukan rasuah, diadakan perbiacaraan dengan menjunjung Quran.

Dalam negara kita yang ramai orang yang mengejar kemewahan hidup, tidak ambil kira halal atau haram, maka bersumpah cara mengangkat Quran adalah sebaik-baik cara menghapuskan kejahatan atau fasik yang akan mengakibatkan negara dan rakyat itu.

Dalam negara yang mengamalkan dasar kapitalis dan berpandukan kepada undang-undang ciptaan manusia, memang amat sukar menghapuskan kejahatan atau kemungkaran. Siapa sahaja berani bersumpah dalam mahkamah, kerana bersumpah seperti itu tidak besar akibatnya.

Saya mengharapkan, kalau perbicaraan ke atas Anwar Ibrahim diadakan, maka bersumpah menjunjung Quran diadakan. Kerana tuduhan dan perbuatan itu amat besar dosanya.

Demikian juga perkara-perkara lain, termasuk mereka yang terlibat dengan ‘mati hancur’ perempuan Mongol, Altantuya

1 comment:

  1. Salam,

    Anjuran tuan, sama seperti anjuran mufti perlis dalam utusan hari ini.

    Memang benar, saya dan tentunya ramai bersetuju bahawa jika Anwar menjunjung Al-Quran pasti semua mulut-mulut penyebar fitnah terkunci.

    Begitu juga bagi yang menuduh dan yang terlibat. Junjung Al-Quran, bersumpah atas nama Allh. Demi membuktikan kebenaran masing-masing.

    -Rie-

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.