Sunday, July 6, 2008

BUKU BIOGRAFI

BANTUAN KERAJAAN KEPADA PENULIS

Oleh: Mokhtar Petah


Pada 18 dan 19 November 2006 satu persidangan penerbitan biografi Malaysia bertemakan ‘Memperkasa Korpus Warisan Malaysia, telah diadakan di sebuah hotel terkemuka di Putrajaya.

Persidangan yang dianjurkan oleh Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia dengan kerjasama Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Teknologi MARA cawangan Sabah dan Perpustakaan Negara dan telah dihadiri oleh para profesor, ilmuan dan penulis buku biografi dan memoir dan para peminat buku yang terdiri dari orang Melayu, Cina dan India.

Para pembentang kertas kerja terdiri dari: Rosfa Hashim, Arena Wati, Dr. Abdul Latif Abu Bakar, Dr.Nik Anuar, Abdul Munir Yaacob, Nik Sofiah Karim,Said Zahari, Hasron Haron, Zahidi Zainol Rashid, Zurina Hasaan, Kassim Ahmad, Ramon V. Navaratnam dan Yang Quee Yee, Ding Choo Ming dan saya.

Buku Penerbitan Biografi di Malaysia


Saya telah membentangkan kertas kerja ‘Pengalaman Menulis Biografi Sebagai Kegiatan Harian’. Kertas kerja itu menitik beratkan pengalaman saya menulis banyak artikel biografi sebilang pejuang-pejuang tanah air, Sultan Perak, Sultan Idris Shah untuk beberapa surat khabar tanah air.

Selain dari artikel, saya telah menulis buku biografi Peguam Negara, Abdul Kadir Yusuf, Menteri Luar, Abdullah Ahmad Badawi dan seorang ahli perniagaan terkenal, Datuk Rahmat Ismail.

Sejak dari persidangan pada tahun 2006 itu hingga pada masa Datuk Rais Yatim memegang jawatan Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia, terdengar cerita yang pihak kementerian tersebut akan mengeluarkan grant kepada penulis-penulis yang telah menghasilkan buku biografi dan bersifat sejarah.

Kini tahun 2008 terlah sedang merangkak ke hujung, Datuk Shafie Apdal telah memegang jawatan menteri tersebut, tetapi saya belum mendapat pengumuman rasmi mengenai grant itu, sama ada telah berjalan atau terhenti dek tengah jalan.

Saya kira, kementerian tersebut melalui agensinya, Perpustakaan Negara mengadakan perjumpaan dengan penulis-penulis buku biografi untuk merangka agenda yang drastik dan praktik bagi menyelidik dan menulis buku-buku biografi para tokoh dalam berbagai bidang dinegara ini.

Benar atau tidak, ada khabar tidak boleh diakui benar, ada penulis-penulis biografi yang telah menjenguk ke pihak kementerian yang dikuasai oleh Shafie Apdal termasuk Dewan Bahasa dan Pustaka, tercetus cerita, peruntukan memang ada, tetapi sukar mendapatnya, kerana ada pegawai-pegawai yang mahu tumpang sekaki dari wang grant untuk penulis itu.

Kalaulah benar cerita itu, Allah sahajalah menyelamatkan negara ini dari kehancuran kerana amalan rasuah berada di mana-mana.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.