Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda: Mintalah fatwa kepada hati kamu. Kebaikan itu menenangkan jiwa dan menenangkan hati. Sedangkan perbuatan dosa itu meresahkan jiwa dan menimbulkan keraguan dalam hati.
Perawi: Wabishan bin Ma’abad, ImamAhmad dan Ad Dairami.
Huraian: Makna kebaikan dalam hadis ini , ialah, lemah lembut, sopan santun, baik percakapan, tidak mengata orang, tidak menghasut orang, tidak merendahkan orang, tidak menghina orang.
Kebaikan demikian adalah dinamakan dalam bahasa Arab Hasnul khuluq. Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda kepada para sahabatnya: Kebaikan itu keluhuran budi pekerti dan dosa itu menggoncangkan hati kamu dan kamu tidak senang hal itu dilihat dan diketahui oleh manusia.
Perawi: Imam Muslim.
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.