Sunday, May 4, 2008

Berita

GERAI MAKANAN KECIL

Oleh: Petah Shahrir Aidid

Hulu Kelang: Ahli Dewan Undangan Negeri (Hulu Kelang), Hj. Shaari Sungib diminta mengatasi masalah peniga-peniaga kecil di Taman Melawati Fasa 6 yang sedang berdepan dengan sukar berniaga dan gerai-gerai yang dibina oleh Majlis Perbandaran Ampang Jaya, sebelum Pilihan Raya ke – 12, terlalu kecil.

Sebelum gerai-gerai itu didirikan atas kawasan rizab jalan, di hadapan bangunan sederet rumah kedai di situ, peniaga-peniaga makanan telah mendirikan rumah-rumah kedai dan gerai-gerai dari kayu yang selesa.

Apabila Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Khir Toyo mahukan semua rumah setinggan dan gerai-gerai atas tanah kerajaan di robohkan, maka kedai-kedai dan gerai di situ turut dirobohkan.

Peniaga-peniaga sebahagian dari peniaga-peniaga terpaksa menyewa rumah-rumah kedai di situ dan ada yang berhenti berniaga.

Tindakan kerajaan Selangor telah menjadikan para peniaga dan orang ramai di sana tidak menyukai UMNO dan Barisan Nasional.

Dalam Pilihan Raya Umum ke – 12, Calon PAS bagi Dewan Undangan Negeri (Hulu Kelang), Hj.Shaari Sungib mendapat 15,404 undi dan calon BN, Datuk Ahmad Bujang mendapat 13,270 dan dan kawasan Dewan Rakyat (Gombak Setia), calon PAS, Datuk Dr. Hassan ali mendapat 14,390 undi dan calon BN, Yuszahari Mohd. Yusof mendapat 11,594 undi.

Jika gerai yang ada sekarang dibuka, akan menyukarkan peniaga – peniaga meneruskan perniagaan, selain dari gerai-gerai itu sempit, jika hujan lebat menyusahkan mereka kerana atapnya seperti atap dangau.

TANAH RIZAB MELAYU

Ipoh: Ekoran dari Kongres Permuafakatan Melayu yang telah berlangsung di Johor Bharu mulai Jumaat - 2 Mei 2008, kalangan orang Melayu rakyat Negeri Perak telah menggesa kerajaan Perak mengkaji semula berpuluh ribu hektar tanah rizab Melayu dalam kawasan Hulu Perak menjadi milik orang bukan Melayu.

Semenjak zaman penjajah British, semua tanah kerajaan dan telah diberi hak milik kepada orang ramai dalam kawasan Hulu Perak, iaitu dari sempadannya di Jenalik Hulu hingga ke sempadan Gerik dan Pangkalan Hulu adalah tanah rizab Melayu.

Pada zaman darurat, Kerajaan British, di bawah arah Pesuruhjaya Tinggi British, Sir Gerald Templer telah membuka lebih lima kampung baru berpagar kawat berduri, dalam kawasan Hulu Perak untuk menempatkan orang-orang Cina dan India yang tinggal di merata-rata kawasan di Hulu Perak.

Di antara kampung-kampung Baru itu, ialah Air Kala, Padang Gerus, Kuala Roi, Kelian Intan, dan Kota Tempan.

Setelah darurat tamah dan Negara mencapai kemerdekaan, penduduk-penduduk itu tinggal kekal atas tanah rizab Melayu di situ.

Pada zaman Menteri Besar, Ghazali Haji Jawi banyak kawasan rizab Melayu telah diluluskan kepada orang-orang bukan Melayu untuk dijadikan lading getah, tempat tinggal dan sebagainya.

Encik Mustafa Ali dan beberapa orang Melayu yang kembali dari Kongres Permuafakatan Melayu mendesak Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin mengkaji semula perkara tanah rizab yang terlepas kepada tangan bukan Melayu itu.

“Semua tanah dalam Negeri Perak di bawah kuasa Sultan, kami harap Sultan` Perak memberi restu kepada Menteri Besar untuk mengkaji semula tanah rizab Melayu di Hulu Perak.

BUKU PEMBANGUNAN MANUSIA

Kuala Lumpur: Sebuah buku sains dari Quran, Human Development – Pembangunan (perkembangan) Manusia adalah sebuah di antara beratus-ratus tajuk buku pengetahuan Islam yang diberi percuma kepada orang ramai di Negara ini oleh Muslim World League, Mekah.

Selain dari buku-buku diberi percuma, beberapa ukuran Quran dan Quran yang diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu, Inggeris, Cina dan Tamil diberi percuma terutama kepada masjid, universiti, kolej dan sekolah.

Di antara buku-buku, ialah tafsir Quran, Hadis, sejarah Nabi Muhammad dan pengetahuan Islam.

Buku Human Development, 199 halaman dan lengkap dengan gambar-gambar itu, mengandungi ayat-ayat Quran yang menerangkan tentang Allah telah mencipta manusia awal – Adam - dari tanah dan keturunannya dicipta dari seri pati tanah.

Tujuh orang penulis telah menulis buku itu, di antara mereka itu, Abdul Majeed A. Zindari, E. Marshall Johnson, Mustafa Ahmad, Geral C. Goeringer, Leith Simpson dan T.V.N.Persaud.

Buku ini sesuai dibaca oleh mereka yang akan menempuh alam rumah tangga dan penuntut-penuntut sekolah yang belajar ilmu tentang perkembangan manusia.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.