Monday, May 5, 2008

Agama

QURAN

Dan jangan kamu jadikan tangan kamu terbelenggu di leher kamu, dan jangan pula kamu membahagikannya (kepada orang lain) dengan sehabis-habisnya, kerana akibatnya akan tinggallah kamu dengan keadaan yang tercela serta kering keputusan.

Al Isra: 29.

Menurut riwayat oleh Ibnu Marduwaih dan Ibnu Mas’ud, Ayat tersebut telah di wahyu - turunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. setelah berlaku kejadian, iaitu

Junjungan telah didatangi oleh seorang kanak-kanak yang disuruh oleh ibunya, supaya meminta sesuatu kepada Junjungan.

Junjungan memberitahu kanak-kanak itu, “Aku tidak ada apa-apa hendak aku beri hari ini.”

Kanak-kanak itu berkata, “ Ibuku mengharapkan agar saya diberikan pakaian oleh Junjungan.” Kemudian Junjungan membuka baju (gamisnya) lalu menyerahkan kepada kanak-kanak itu. Baginda tidak ada baju lagi. Allah mewahyukan kepada Junjungan ayat Quran di atas untuk memberi petunjuk kepada Junjungan agar tidak terlalu terbuka tangan.

Manakala Said bin Mansur dan Yassar Abi Hakam meriwayatkan, ayat itu diturunkan, kerana pada satu hari Junjungan telah menerima kirim bungkusan pakaian dari orang yang murah hati, lalu Junjungan membahagi-bahagikan kepada orang ramai sehingga pakaian itu habis.

Kemudian datang satu kumpulan orang meminta pakaian kepada Junjungan, tetapi Junjungan tidak dapat memberikan pakaian kepada mereka kerana telah kehabisan.

Pengajaran atau hikmat dari Allah, adalah supaya kita berjaga-jaga dari menghabiskan milik kita untuk orang lain, akhirnya kita yang akan susah.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.