| Intan Abdullah | Foto Wan Zahari Wan Salleh Thu | Jun 04, 09 | 1:20:51 pm MYT | |
| SHAH ALAM, 4 Jun (Hrkh) - Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Dato' Mohd Daud Iraqi menyarankan agar para ulama perlu meneruskan usaha meningkatkan ilmu agama dan pengurusan sehingga mereka menjadi golongan kedua iaitu mempunyai ilmu yang tinggi dan tahu mentadbir. Beliau turut meminta kepada golongan profesional dan ulama yang kurang ilmunya agar dapat bersama-sama kepimpinan ulamak bagi meneruskan agenda menerapkan Islam dalam kepimpinan parti. Ustaz Mohd Daud turut menegaskan bahawa PAS tiada masa untuk melayan pihak media yang berperanan untuk melemahkan parti. Beliau juga menjawab dakwaan bahawa ulama mahu membolot kepimpinan PAS. "Kita mendengar cakap yang kurang enak mengatakan ulama ingin membolot kepimpinan PAS, tidak mahu berkompromi dengan professional dan macam-macam lagi Oleh yang demikian, beliau menyeru agar para ulama meningkatkan ilmu agama dan pengurusan untuk menjadi golongan yang berkualiti. |
| (Berita ini dari Harakah Daily, 5 Jun 2009) |
No comments:
Post a Comment