Friday, January 3, 2014

TEREKENANG

  1. TERKENANG
    (Ukangan)

    SULTAN DAN HUKUM ISLAM

    ”Ghaja lain bolehle ampun..., tapi aku tak, hee, tak sior ngampun dosa oghang weh ..., dosa aku sendighi pun tak tertanggung ..., Aku ni, macam kate hikmat oghang Melayu, bior mati anak jangan mati adat (undang - undang)* , Allah aje yang mengetahui ...,” titah Sultan Perak, Al marhum Sultan Idris Shah.
    * Pada masa Persekutuan Tanah Melayu belum menc...
    See More
    Like ·  · Promote · 
  2. BERITA

    Kos naik: Nak 'ubah gaya hidup' macam mana lagi?

    SALMIYAH HARUN


    Ubah cara hidup! Jika ayam naik harga jangan makan ayam. Jika tidak mahu bayar tol yang mahal jangan guna tol.

    Itulah saranan mudah pak menteri apabila rakyat merungut tentang kenaikan harga barang dan perkhidmatan. Malahan tahun 2014 yang baru membuka tirai hari ini bakal menjadi tahun rakyat mengikat perut. ...
    See More
    2Like ·  · Promote · 
  3. TITIK - TITIK SEJARAH BANGSA MELAYU

    SERAHKAN KEDAULATAN NEGARA

    “Ingatlah, apa akan jadi ketika negeri ini di Malayankan, nescaya kota – kota ( istana dan takhta) Raja tetap dirobohkan.”

    ( Sultan Perak, Sultan Azlan Shah: “ Sejarah telah menunjukkan bahawa di setengah – setengah negara, Takhta telah dialihkan dari istana dan ditempatkan di muzium untk dijadikan bahan sejarah budaya. Pada aw...
    See More
  4. RENUNGAN JUMAAT

    KEINSAFAN DAN DOA
    SEORANG EGAWAI WANITA

    ‘Berikan aku kekuatan menghadapi segala dugaan.’

    Negara kita – Malaysia – khasnya dan dunia amnya, sedang berada dalam keadaan ‘maju da modan’. Maju, ada orang yang mandi dengan air wangi, minum pagi di Singapura dan makan tengahari di Jakarta atau Bangkok dan ramai pula yang mabuk dan deperuh gila.
    Para pemimpin negara dan negeri pula ada yang ‘gila – gila’ dan tidak teringatkan Allah dan ada yang tidak mahu mengikut hukum Allah lalu dengan nafsu menentang orang – orang Islam yang berjuang di jalan Allah.
    Kemajuan dunia menjadikan manusia bijaksana berkeandaan ‘jahil’ atau ‘bodoh’, dan seperti lembu yang dicucuk hidung, di tarik ke mana – mana oleh yang berkuasa.
    Ekonomi dunia termasuk Malaysia adalah berjalan lancar dan mengembang di bawah payung kapitalisme yang menjadi amalan orang – orang Yahudi, Kristian, Jumakjut dan lain.
    Jika kita merayat ke dalam Bandar – Bandar besar di Negara ini, sama ada pada waktu siang mahpun waktu malam, kita mendapati orang – orang yang makan minum dalam restoran – restoran eksekutif atau cafe mewah, adalah mereka yang banyak wang atau orang berada. Begiktulah, menunjukkan Negara kita maju bersama Negara – Negara lain yang maju.
    Kita orang Melayu yan beragama Islam telah terapung – apung atas permukaan tasik ‘kapitalisme’ yang kadang – kandang tidak sedar akan harta dan wang yang mana halal dan yang mana haram.
    Pada awal tahun Masihi 2014 ini, saya telah mencari – cari dan meneliti tulisan – tulisan yang manfaat kepada saya dan umat manusia, yang ditulis para rakan dalam laman Face book, kerana pengguna laman ini terdiri dari mereka yang berpelajaran tinggi,luas pengalaman dan ada yang sedang dibelai oleh keinsafan.
    Saya telah meneliti, satu tulisan dalam laman fb seorang wanita – gadis Melayu , pegawai tinggi, dalam Kerajaa Malaysia. Tulisan menarik hati saya dan saya mendapati ada falsafa yang ada hubunga kait dengan Allah, iman, akhlak atau budi pekerti.
    Tulisan beliau adalah sebagai tulisan kebanyakan pegawai kerajaan, iaitu tidak seperti tulisan para wartawan dan penulis. Saya salinkan ke laman saya ini untuk perhatian kita bersama.
    Kita juga perlu ada ‘keinsafan’ dari tulisannya itu.
    ‘Malam Jumaat pertama di tahun 2014..Ya Allah, jauhi diriku daripada segala sifat mazmumah..hindari daripada sifat tercela..riak, takabbur, bermegah2, menunjuk2, sombong, hasad dengki, mencintai hal dunia berlebih-lebihan sehingga melalaikan..berikan aku kekuatan menghadapi segala dugaan dan cabaran pada masa akan datang, jadikan aku manusia yg bertambah baik setiap hari..beriltizam dan istiqamah serta bersegera dalam melakukan kebaikan..amin...’
    Tulisan beliau itu, saya agih – agihkan menjadi ada bilangan, agar mudah dimengerti oleh orang – orang yang belum mengerti, itu:
    Malam Jumaat pertama di tahun 2014..Ya Allah, jauhi diriku daripada:
    1 - segala sifat mazmumah...
    2 - hindari daripada sifat tercela..riak, takabbur
    sombong -, bermegah2 dan menunjuk – nunjuk.
    3- Hindarkan aku dari hasad dengki, mencintai
    hal dunia berlebih-lebihan sehingga
    melalaikan...
    4 -Berikan aku kekuatan menghadapi segala
    dugaan dan cabaran pada masa akan datang,
    5 - Jadikan aku manusia yg bertambah baik
    setiap hari..
    6 - Beriltizam dan istiqamah,
    7- Bersegera dalam melakukan
    kebaikan..amin...’
    Meneliti tulisan doa kepda Allah oleh pegawai wanita tersebut, ’Berikan aku kekuatan menghadapi segala dugaan dan cabaran pada masa akan dating.’, meyakinkan saya, bahawa beliau seorang pegawai yang insaf dan kuat iman dan telah menempuh dan mengalami pahir getir dari ujian atau dugaan dari Allah Subhanahu wa Taala.
    Sesungguhnya, orang – orang yang kuagt iman kepada Allah, sering diuji Allah, tetapi Allah menakui ‘setelah kesukaran ada kelepasan (keselasaan atu kesenangan).
    Maka, pada Jumaat ini, saya kita tulisan ini menjadikan satu bahan ‘kuliyyah’ pada diri kita, agar kita mnerruskan kehidupan dalam keredaan Allah Rabul alamin. - mp
    Like ·  · Promote · 
  5. FALSAFAH AL QURAN

    ORANG JAHIL

    Belumkah datang waktu bagi orang – orang yang beriman (kepada Allah), supaya hati mereka tunduk mengingati Allah (patuh dan mengikut) kebenaran (dari Allah) yang telah turun (kepada mereka melalui para rasul dan kitab - kitab). Janganlah mereka itu serupa dengan orang – orang yang telah diberikan kepda mereka kitab (kitab – kita sebelum al Quran) pada masa dahulu, tetapi mereka telah melaluji msa yangh panjang dan keras (kasar) hati merka). Dan kebanyakan dari mereka orang – orang yang jahat.
    – Surah al Hadid (besi):16

    Perhatian
    Allah memberitahu mengenai manusia – manusia pada zaman sebelum kedatangan agama Islam yang dibawa rasulNya, Muhammad s.a.w., iaitu pada zaman para rasul terdahulu.
    Pada masa ini, al Quran telah ada dan di dalamnya terdapat hukum hakam Allah untuk keselamatan manusia, tetapi kebanyuakan manusia dan orang Melayu tidak mahu mengikut hukum hakam Allah. Mereka mengikut hukum hakam yang dibawa oleh orang - orang jahil pada zaman lalu, iaitu orang – orang Yahudi, Kristian dan orang - orang kafir menyembah berhala dan sebagainya.
    Kebanyakan orang Melayu yang tidak patuth kepada hukum hakam Allah, menentang orang – orang berjuang di jalan Allah dan menentang perjuangan menegakkan Negara Islam, sebenarnya, mrekas itu orang – orang jahil, di segi pandangan Islam.
    Sesungguhnya, orang – orang yang demikian tertipu, iaitu ditipu fikiran mereka sendiri.
    Like ·  · Promote · 
  6. MADAH PENGANTAR

    As salamu alaikum.
    Kita mestilah percaya, bahawa orng - orang yang tidak beriman kepda Allah dan tidak mengikut hukum hakam Allah, akan ditimpa Allah dengan azab 'menangis banyak dan sedikit ketawa' pada sepanjang hidup mereka.
    Allah dilupa jangan.
    mokhtar petah - google.
    Like ·  · Promote · 
  7. PANTUN

    Tanjung Pelepas di tepi selat,
    Tidak tumbuh pohon gelam;
    Renung Pas membuktikan hajat,
    Hendak tubuh Negara Islam,

    Biji anau di tengah padang,
    Tidak dimakan anak ular;
    Parti UMNO teguh menentang,
    Hendak pertahankan negara sekuler.

    Kalau berlepas ke Tanjung Sepat,
    Bawa bersama pendekar baru;
    UMNO PAS bermusuhan ketat,
    Kerana agama mereka berseteru
    1Like ·  · Promote · 
  8. TERKENANG
    TANAH SIMPANAN MELAYU
    BERTUKAR KE BANGSA LAIN
    [”...you wartawan, bukan ahli exco, kami ada kuasa hendak
    beri Hak milik tanah kepada siapa saja,
    ini hak kerajaan ...,
    kerajaan demokrasi.”
    – Menteri Besar Perak, Ghazali Jawi]
    ELOK aku rakamkan di sini, apabila Pesuruhjaya British, Sir Gerald Templer melihat kehebatan pemuda UMNO di bawah pimpinan Saadon Haji Zubir dan Haji Ahmad Badawi, maka untuk melemahkan semangat juang mereka, dia telah bertindak untuk mengharamkan Pemuda UMNO.
    ’Oleh kerana Pemuda UMNO telah bergerak terlalu cergas dan penuh semangat, kerajaan telah menggertak hendak mengharamkan dan membubarkannya. Tetapi gertak itu telah dicabar oleh Tunku dengan beraninya. Akhirnya gertak itu tinggal gertak sahaja.
    Bagaimanapun seperti kata pepetah Melayu, ”Tidak dapat tanduk telinga dipulas” kerajaan telah menggunakan kuasanya untuk menyekat dan melemahkan pergerakan Pemuda UMNO dan dengan demikian melemahkan UMNO dengan mengharamkan pakaian seragam (uniform) Pemuda UMNO.
    Kebetulan pada permulaan tahun 1953 tatkala Pemuda UMNO mengadakan Persidangan Agungnya di Melaka, Pemuda UMNO Melaka telah menghadiahkan kepada Tunku Abdul Rahman sepasang uniform Pemuda UMNO. Tunku telah memakai uniform itu tatkala memeriksa barisan kehormat Pemuda-Pemuda UMNO sebelum membuka Persidangan Agung Pemuda UMNO itu. Tunku kelihatan bergaya dan hebat dengan uniform itu. Pemandangan seluruh istiadat pemeriksaan barisan kehormatan itu sungguh menaikkan semangat.
    Tetapi hal inilah yang menjolok mata kerajaan. Dengan serta merta Sir Gerald Templer, Pesuruhjaya Tinggi Persekutuan, pada masa itu, telah bertindak, satu perintah mengharamkan uniform Pemuda UMNO telah dikeluarkan.’ (Ibrahim Mahmood, 1981, Sejarah Perjuangan Bangsa Melayu, Kuala Lumpur, Penerbitan Pustaka Antara, hlm.355).
    Di sekitar Kuala Kangsar termasuk Sungai Siput dan Hulu Perak, terdapat kampung-kampung baru, yang dipagar dengan kawat berduri dan dikawal oleh anggota-anggota polis khas. Penduduk-pendudukan semua kampung baru itu, sebilangan besar dari orang-orang orang-orang China, diikuti orang India dan Melayu.
    DIPAGAR DENGAN
    KAWAT BERDURI
    Kampung-kampung baru dalam daerah Kuala Kangsar dan Sungai Siput, di antaranya, Kampung –kampung baru Sauk, Liman, Padang Rengas, Jerlun, Manong, Karay, Salah, Lasah, Jalong dan Rimba Panjang.
    Dalam daerah Grik, Hulu Perak, di antaranya, Kelian Intan, Padang Gros, Grik, Air Kala, Lenggong dan Kota Tempan.
    Kampung Baru Sauk juga telah dipagar dengan kawat berduri yang meliputi rumah-rumah kedai dari tepi jalan raya hingga meliputi dusun buah-buahan dan ladang getah orang Melayu yang bertaraf ’Malay reserve’ (simpanan Melayu).
    (Dalam daerah Kuala Kangsar dan Hulu Perak sahaja beribu ekar tanah berrtaraf ’Malay reserve’ (simpanan Melayu) telah menjadi milik orang-orang bukan Melayu.Seluruh Tanah dalam daerah Hulu Perak, dari sempadan Kuala Kangsar – Hulu Perak di Jenalik hingga ke sempadan negeri Perak –Selatan Thailand adalah bertaraf Malay reserve(simpanan Melayu).
    Pada zaman Tan Sri Ghazali Jawi memegang jawatan Menteri Besar kali yang ke dua (1974 – 1977), kerajaan Negeri Perak telah mengemukakan cadangan kepada Sultan Perak, Sultan Idris Shah agar semua tanah bertaraf Malay reserve (simpanan Melayu), dalam semua kampung baru, di seluruh Perak dan yang telah dijadikan ladang getah oleh orang-orang bukan Melayu di Hulu Perak di tukar taraf kepada free hold (milik bebas). Pada masa itu aku sebagai Panasihat Hal Ehwal Politiki (peribadi) kepada Sultan, maka aku telah menasihatkan Sultan agar cadangan itu ditolak. Sultan telah menolaknya.Hingga kini banyak tanah Malay reserve menjadi milik bukan Melayu).
    Aku memaklumkan lebih awal di sini, bahawa dalam pertemuan aku dengan Menteri Besar Perak, Ghazali Jawi, di pejabatnya, di Ipoh pada tahun 1976, aku telah bertanya kepadanya mengenai tanah Malay reserve (simpanan Melayu) di seluruh daerah Hulu Perak dan dalam daerah-daerah lain, termasuk kampung-kampung baru telah diduduki oleh orang-orang bukan Melayu dan Negeri Perak telah memberi hak milik kepada mereka.
    Ghazali Jawi telah menjawab, ”...you wartawan, bukan ahli exco, kami ada kuasa hendak beri hak milik tanah kepada siapa saja, ini hak kerajaan ..., kerajaan demokrasi.”
    ”Tapi Sultan Perak telah bersungut perkara Malay Reserve itu, bagaimana?” Aku telah bertanya kepadanya.
    ”...Encik Mokhtar, ...walaupun Tuanku ada kuasa, tapi kalau semua anak dapat setuju Tuanku, susahlah, ...satu apa pun rancangan kerajaan tak jadi,” jawab Mohd.Ghazali Jawi..
    PARTI KEBANGSAAN
    MELAYU MALAYA
    Pada masa bekerja pemberita sambilan, aku telah bergaul rapat dengan beberapa Orang Besar-Besar Negeri Perak, orang-orang kenamaan, di antaranya Datuk Panglima Bukit Gantang, Haji Abdul Wahab bin Toh Muda Abdul Aziz(setiausaha UMNO pada zaman Onn Jaafar dan Menteri Besar Perak), Raja Hanif Shah, Raja Musa bin Raja Mahadi (Yang Dipertua Majlis Agama dan Adat Istiadat Melayu Perak), Dato. Haji Meor Aris kemudian menjadi ahli Dewan Parlimen kawasan Sitiawan, Dato’ C.M. Yusof (kemudian menjadi Speker Dewan Parlimen), Datok Haji Ismail Hamzah (Mufti Kerajaan Negeri Perak), Dato’ Tan Dewa Ramli bin Abdullah (Orang Besar Istana) dan Raja Razman Shah(ahli sejarah).
    Selain daripada mereka itu, aku telah bergaul dengan beberapa orang bekas ahli Parti Islam Hizbul Muslimin dan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang telah tidak ditahan dalam khemah tahanan oleh kerajaan Inggeris.
    Pada masa itu hampir semua pemberita, wartawan dan penulis Melayu bersemangat menyertai perjuangan orang Melayu menuntut memerdekaan tanahair dari penjajah Inggeris. Tetapi mereka memiliki idea atau fahaman politik yang berbeda antara satu dengan lain. Mereka itu telah masak dengan sejarah tanahair dan penindasan Inggeris terhadap orang Melayu dan memberi muka kepada golongan pendatang, terutama dalam bidang perusahaan dan perdagangan.
    Sebilangan wartawan dan pengarang Melayu telah menyebelahi perjuangan dan cita-cita politik Dr Burhanuddin Helmi, Ishak Haji Muhammad, Ahmad Boestamam dan sebilangan lagi menyebelahi perjuangan Onn Jaafar Onn Tunku Abdul Rahman.
    MENYANJUNGI PEJUANGAN
    PRESIDEN SOEKARNO
    Mereka yang menyebelahi perjuangan dan cita-cita politik Dr Burhanuddin Helmi dan rakan-rakannya telah menyanjungi perjuangan Presiden Soekarno dan naibnya, Dr Mohd.Hatta, kerana perjuangan mereka memberi kedaulatan kepada bangsa dan negara Indonesia secara hakiki.
    Sekitar tahun 1955, kira-kira dua bulan aku dan seorang guru agama Islam dan penulis, Ustaz Abu Bakar Hamzah, bekas pegawai polis Cawangan Khas, telah berpolemik dalam surat khabar Warta Negara, mengenai isu politik dan agama Islam. Pada masa itu dia berdampingan rapat dengan Tunku Abdul Rahman.
    Ustaz Abu Bakar Hamzah telah meminta Tunku Abdul Rahman membantunya mengembangkan sekolah agama dan istitusi pondok di seluruh Tanah Melayu. Pada mulanya Tunku Abdul Rahman telah keberatan menerima permintaannya, kerana pandangan Tunku sama dengan pandangan rakan-rakannya yang berpendidikan Barat, iaitu sekolah agama dan intitusi pondok akan memundurkan rakyat dan akan melahirkan ramai ’mu’allim dan muslimin dan muslimat yang extreme dan tidak memihak kepada UMNO.
    Kemudian fikiran Tunku Abdul Rahman telah berubah. Mungkin telah mendapat hidayat dari Allah setelah dia merenung ke belakang; UMNO telah ditubuhkan pada tahun 1946 telah mendapat sokongan dari alim ulama dan mereka yang berpendidikan agama Islam. Dalam UMNO ramai individu yang berpendidikan agama Islam lepasan sekolah-sekolah agama Islam atau isntitusi-institusi pondok.
    Tunku Abdul Rahman telah memanggil Ustaz Abu Bakar Hamzah dan memberitahu kepadanya, iaitu dalam menghadapi kemerdekaan Tanah Melayu, Tunku akan memajukan semua sekolah agama rakyat dan institusi pondok di seluruh Tanah Melayu . ( Cerita Ustaz Abu Bakar Hamzah kepada penulis).*
    *Dari manuskrip buku, Memoir Penulis, oleh: Mokhtar Petah
    1Like ·  · Promote · 
  9. FALSAFAH AL QURAN

    ARAK DAN JUDI TETAPP HARAM

    Lotri Kebajikan Masyarakat dan apa jua lotri, dalam agama Islam, hukumnya haram dilakukan, doperniagakan, wang hasilnya haram, maka hasil daripadanya ham di makan, segala amal kebajikan dan amal ibadat menggunakan hasil dari judi ditolah Allah, iaitu Allah tidak menerimannya.
    ------
    Hai orang - orang yang beriman, (Sesungguhnya (muktamad), minuman keras (arak dan segala yang memabukkan dan membahayakan diri), judi (termasuk lotri kebajikan masyarakan yang menjadi bubu kewangan kerajaan dan kasino di Genting, yang dibenarkan oleh kerajaan dengan berlesen mengikut peraturan Yahudi dan hokum zaman sebelum Islam), berhala, mengundi nasib dengan panah itu, sesungguhnya, amalan kotor, termasuk pekerjaan syaitan, sebab itu hendaklah kalian tinggal (t5idak melakuklan) kannya, aga kalian menjadi orang - orang beruntung.
    Syaitan benar - benr hendak menjatuhkan kalian (umat Islam) dalam permuduhan dan berbenci - bencian di sesame kalian, diseababkan manusia meminum meminum arak,melakukan judi, dan ia (syaitan) hensak menghalang kalian dari mengingati Allah dan mengerajakan sembahyang. Mehukah kjalian berhenti?
    Dan taatlah kepada Allah dan taatlah kepada Rasul (Muhammad s.a.w.), dan berhati - hatilah (guna pengetahuan, otak atau fikiran dan tidak lupakan Allah). Tetapi kalau kalian tidak menurt, ketahuilah, abahawa kewajipan Rasul Kami, hanya menyampaikah undang - undang dengan terang.
    -Al Maaeedah:90,91,92.

    DOA.
    Saya meminta semua umat Islam di negara ini, sama - sama berdoa kepada Allah Zaubhanhu wa Taala agar mengampunkan doa pemimpin bangsa Melayu dan kerajaan kita yang pertama - Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman Putra yang telah tiga kali mengeluarkan kata - katanya (dalam sidang agung UMNO, dalam rapat umum dan di hadapan para wartawan), ”Keghajaan mahu lotghi kebajikan masyarakat diteruskan, kerana logteghi itu membeghi banyak kebaikan dankebajikan kepada negagha ..., tak apa, doa saya tanggung...”

    Penjelasan.
    Saitan ada dua jenis, iaitu:
    1 - Syuaitan dari kturunan syaitan dan iblis yang halaukan Allah dari syurga setelah ia memperdaya, isteri Nabi Adam, Hawa dan Nabi Adam sendiri,
    2 - Manuisia jahat yang menolak semua atau sebahagian hukum (undang
    - undang Allah).

    Iikhlas.

    Saya,atas nama manusia beragama Islam,dengan tulus ikhlas menhyeur kepadaPerdana Menteri, para menteri dan kerajaan Malaysia, supaya bertindak menghapuskan ; hukum halal kerajaan' ke atas arak, judi dan beradu nasib, agar kerajaan kita dan umat Islam tidak dikutuk Allah. Kita memerlukan keredaanNya. *

    * Ulangan
    1Like ·  · Promote · 
  10. MADAH PENGANTAR

    As salamu alaikum.
    Kita manusia taatkan Allah, maka, carilah rezeki yang halal, kerana rezeki yang halal disukai oleh Allah,diberi keberkatan; hidup kita aman, anak - anak kita pandai, bijak dan sentiasa di bawah lindungan yang Maha Kuasa itu.
    Allah dilupa jangan.
    mokhtar petah - google.
    1Like ·  · Promote · 
  11. FALSAFAH AL QURAN

    DUA MANUSIA ANAK ALLAH?

    Orang – orang Yahudi mengatakan (yakin dan berima) Uzair, adalah anak Allah dan orang Kristian mengatakan (yakin dan beriman), Al Masih – Nabi Isa anak Allah. Itgulah perkataan dari mulut mereka (sahaja),menyerupai orang – orang kafir pada zaman dahulu kala (kepercayaan orang – orang Yahudi dan orang – orang Kristian itu dipengaruhi oleh kejahilan orang – orang kafiryanbg menyebah berhala, pada zaman purba. Jika Allah membinsakan mereka, kemanakan mereka akan pergi.
    – Surah at Taubah / al Bara’ah:30.
    Untuk berfikir:
    Orang – orang Kristian dan Yahudi yang menjajak atau menguasai negara – negara di dunia ini, telah berjaya memasukkan keyakinan – sebagai iman - kepada beberapa perkara dalam agama mereka. Di antara perkara – perkara itu:
    1 - Yakin agama Islam tidak boleh ada politik kerana agama Islam sama dengan agama mereka.
    2 – Tarikh yang kita pakai 1914 – iaitu 19 abad atau kurun 14 tahun, dikaakan, para paderi Kristian mengambil permulaan dari hari Nabi Isa alaihis salam yang kononnya dibunuh oreang – orang Kristian (tetapi sebenarnya mereka membunuh oranbg lain, Nabi Isa diselamatkan Allah dan diangkat ke langit).
    Ada pula mengatakan tarikh 1914 diambil dari hari Nabi Isa alaihis salam dilairkan.
    Maka, orang Islam tidak boleh memuliakan tarikhitu sebagai taruikh agama Islam dan tarikh tersebut serta akhir tahun atau thaun baru tidak ada apa – apa keberkatan.
    Tarikh Islam yang kini1435 – empat belas abad atau kurun dan 35 tahun, diambil hari Rasul Allah, Muhammad s.a.w. berhijrah dari Makkah al mukarramah ke Yathrib – Madian al munawwarah.
    1Like ·  · Promote · 
  12. MADAH PENGANTAR

    As salamu alaikum.
    Kita adalah manusia. Dan kita orang Melayu beragama Islam, jika kita kuat iman kepada Allah dan benar - benar orang Islam, mengapa kita tidak yakin Negara Islam dan tidak amalkan hukum - hukum Allah secara benar dan ikhlas?
    Allah dilupa jangan.
    mokhtar petah - google.
    1Like ·  · Promote · 
  13. MINTA ULASAN IKHLAS

    Semua orang Melayu - berajakan para Sultan Melayu - beragama Islam dan taatkan Allah.

    * Selagi oang Melayu bnerjuang mengendalikan kerajaan dan ek0nomii, tidak akan ke mana, macam tukang palu gendang dengan gendang osong sahaja, bunyi kuat, teta[i kosong, SELAGI tidak berjuang di jalan Allah,menegakkan Negara Islam dan melaksanakan hukum - hukum Allah.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.