Monday, November 11, 2013

PENGETAHUAN MEMBANGUN KEMANUSIAAN SEJAGAT


PENGETAHUAN UNTUK MEMBINA KEMANUSIAAN SEJAGAT





  1. PANTUN

    Selasih muda kembang secawan,
    Ditelan anak ketua seldadu;
    Kasih ada bimbang rawan,
    Badan gemuk jadi berudu.

    Titi meniti jambatan berbata,
    Besi kharsani dengan cendana,
    Kapak besi berhulu nangka;
    Hati hati jika bercinta,
    Jadi isteri badan merana,
    Tapak kaki selalu ke muka.
    Like ·  · Promote · 
  2. ARTIKEL


    DR MAHATHIR MOHAMAD DAN LEE KUAN YEW

    PIHAK MANA YANG UNTUNG?

    Dato; Seri Mohd. Najib Tun Abdul Razak Menteri Pertahanan dan Abdullah Ahmad Badawi Menteri Dalam Negeri mempunyai tanggungjawab besar menghalang provokasi Dr. Mahathir Mohamad dan provokasi dari Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yew bagi menjaga sesuatu yang tidak di ingini berlaku.
    Dr. Mahathir Mohamad dan Lee Kuan Yew seolah-olah menari dengan ‘rentak yang sama’ pada satu masa. Mereka seperti ‘sepasang rakan’ mahu mencarik atau mengoyakkan daun yang subur. Dr Mahathir Mohamad secara dalam dengan semangat orang dalam dan Lee Kuan Yew secara orang luar dengan semangat orang luar pula.
    Dr. Mahathir Mohamad melakukan provokasi terhadap Abdullah Badawi, ‘mungkin’ supaya perpaduan Abdullah Ahmad Badawi dengan Najib Tun Razak menjadi retak dan perpaduan UMNO khasnya dan orang Melayu amnya menjadi agak tidak kemas.
    Manakala Lee Kuan Yew, ‘mungkin’ supaya perpaduan orang Cina dengan orang Cina dan perpaduan orang Cina dengan orang Melayu menjadi sepohon pokok yang daun-daunnya di makan ulat.
    BERFAHAMAN SOSIALISME
    Lee Kuan Yew yang seolah-olah tidak mengambil kira perpaduan ASEAN telah mengambil sikap bersuara mengecam Indonesia dan Malaysia yang kononnya dua negara itu meminggirkan orang-orang Cina secara sistematik.
    Lee Kuan Yew seorang ahli politik keturunan Cina dan menjunjung ideologi sosialis demokratik. Pada 27 Mac 1965, pada ketika ditemu ramah oleh wartawan dari Radio Australia di Melbourne telah berkata, “...sebagai seorang yang berfahaman sosialisme, saya mahu satu masyarakat yang lebih adil dan lebih sama rata”, seolah-olah hendak menerapkan fahaman sosialis (amat mohair dengan fahaman komunis-mp) ke dalam masyarakat Malaysia amnya dan masyarakat orang Cina di Malaysia khasnya.
    Seorang pemerhati politik yang tidak mahu dinyatakan namanya berkata, “gerak tari dan lagu Lee Kuan Yew sama dengan gerak tari dan lagu Dr. Mahathir Mohamad yang boleh menggugat perpaduan dan keharmonian rakyat Malaysia.”
    Lee Kuan Yew amat sedar, mungkin sampai pada akhir hayatnya masih wujud dalam mindanya, ‘ Parti politiknya, Peaples’ Action Parti – PAP (Parti Tindakan Rakyat –PETIR)- , telah ditubuhkan oleh orang-orang Melayu,Cina, India dan Shik, di antaranya Abdul Samad Ismail (Singapura) dan Jamik Singh (Padang Rengas, Perak) kemudiannya menjadi parti yang dimonopoli oleh orang-orang China bertujuan menyatu padukan semua kaum di Singapura dan Semenanjung Tanah Melayu.
    Apabila terbentuk Malaysia pada tahun 1965 dan masalah kerakyatan, maka PAP yang mempunyai ramai ahli di Semanjung Tanah Melayu terpaksa berpecah. Orang-orang Cina, India dan Shikh di Semenanjung Tanah Melayu yang menjadi ahli PAP terpaksa meninggalkan parti itu dan menubuhkan Democrat Action Parti –DAP-, yang mempunyai dasar yang sama dengan PAP.

    Kecaman Lee Kuan Yew kepada Indonesia dan Malaysia kononnya untuk meminggirkan orang-orang Cina secara sistematik itu tentulah mendapat perhatian yang baik di kalangan DAP yang berfiikiran berbeza dari fikiran orang-orang Malaysia yang setia.
    ‘Hak Melayu telah dituliskan dalam
    Perlembagaan, tujuannya ialah untuk
    menolong menaikkan orang - orang
    Melayu ke taraf ekonomi dan sosial
    Yang lebih diingini. Perlebihan-
    perlebihan ini disamabut baik oleh
    Kerajaan Singapura yang bertugas
    untuk mewujudkan satu masyarakat
    sama rata.
    Walau bagaimanapun, Perdana Menteri Singapura telah menunjukkan kepada umum disalahgunakan yang telah dilakukan atas nama hak-hak Melayu, dan tekah juga dihujahkan dengan bersungguh-sungguh bahawa langkah mengadakan quata bagi lesen-lesen dan sebgainya hendaklah digantikan dengan ikhtiar-ikhtiar yang lebih praktik seperti memberi pelajaran percuma, perumahan yang lebih baik dan sebgainya. Dengan jalan begini, fadah-faedahnya tersebar sampai ke golongan bawahan, dan jauh memberi kesan, kerana dengan yang demikian orang-orang Melayu mendapat pertolongan ke jalan mencapai hormat-diri dan persamaan kebolehan. Pihak yang Ultra dengan sengaja memberi pengertian yang salah terhadap langkah yang praktik ini untuk kelemahan-kelemahan dasar mereka sendiri.’
    ( Lee Kuan Yew, Malaysia Dalam zaman Revolusi, Singapura,
    hln. 64)
    CAMPUR TANGAN
    Dalam soal jawab di majlis penuntut-penuntut Malaysia di Adelaide pada 29 Mac 1965, Lee Kuan Yew menjelaskan, “Bantahan saya bukan terhadap adanya hak-hak istimewa (orang Melayu) ini tetapi hak-hak istimewa ini tidak akan menyelesaikan masalahnya.
    Bagaimana langkah memberi kesen-lesen bas atau lesen-lesen untuk menjalankan syarikat-syarikat bas kepada satu dua ratus keluarga Melayu dapat menyelesiakan maslah kemiskminan orang Melayu? ...di Australia dan New Zealand, semua peladang orang-orang yang mewah. Mengapa pula di Malaysia, semua peladang orang-orang miskin?”
    Parti-parti politik orang Cina di Malaysia, MCA dan Gerakan telah mengecam bekas Perdana Menteri Singapura itu kerana campur tangannya dalam hal ehwal dalam negeri Malaysia.
    Najib Tun Razak telah menangkis kenyataan Lee Kuan Yew itu dan menyelarnya serta menganggap kenyataan itu sebagai ‘ nakal’, tidak wajar dikeluarkan dan tidak perlu diterima oleh sesiapa pun.
    CAMPUR TANGAN
    Presiden Gerakan, Datuk Seri Lim Keng Yaik sambil mengingatkan Lee Kuan Yew supaya tidak campur tangan dalam hak ehwal negara ini berkata, “Mengapa orang asing mahu campur tangan (dalam hal ehwal kita). Kami kesal dengan kenyataan itu dan kami tidak mengalu-alukannya.”
    “Apa yang Singapura tahu tentang Malaysia,”tanya Lim Keng Yaik.
    Menurut Lim Keng Yaik, kenyataan Lee Kuan Yew itu terbabas dari kontek sebenarnya, kerana keadaan di Singapura tidak sama dengan keadaan di Malaysia.
    Presiden MCA,Datuk Seri Ong Ka Ting, berkata, Lee Kuan Yew tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan mendakwa orang-orang di Indonesia dan Malaysia dipinggirkan secara sistematik.
    “Sebagai bekas Perdana Menteri tentulah dia tahu yang kenyataan begitu akan memberi kesan buruk kepada negara jiran, beliau seorang yang ‘over-confident’,”katanya.
    Pada masa gagasan Malaysia baru dibentuk dan Singapura masih dalam Malaysia, Lee Kuan Yew telah menjelajah ke beberapa bandar di Australia dan New Zealand untuk menerangkan kepada pihak kerajaan di sana dan orang ramai menerusi radio akan betapa baiknya gagasan Malaysia.
    Di samping mengecam ‘sikap kebangsaan’ di negara baru Malaysia dan Indonesia, beliau menjajakan ideologi yang dijunjungnya, iaitu sosialisme demokratik.
    Beliau juga telah menjaja ‘ideologi’nya kepada para penuntut Malaysia di negara-negara tersebut, “...kerajaan Singapura dalam usahanya secara beransur-ansur kepada mewujudkan masyarakat yang lebih adil dan sama rata berpegang kepada faham sosialis demokratik sebagai jalan untuk mencapai tujuan yang suci itu”.
    Apabila Singapura keluar dari Malaysia – sama ada dengan kehendak golongan Yahudi dan Inggeris Singapura atau terpaksa atas sebab-sebab lain, maka Lee Kuan Yew telah gagal melaksanakan faham ‘sosialis demokratik’nya di kalangan orang ramai di Semenanjung Tanah Melayu.
    PILIHAN RAYA
    Fahaman ‘sosialis demokratik’ menganggap negara republik sahaja yang paling baik dan negara monarki atau beraja tidak baik, tidak demokrasi dan mesti diubah - suaikan.
    Dalam sidang akhbar di Adelaide, Australia pada 30 Mac 1965, Lee Kuan Yew telah berkata:
    “Politik perkauman dapat dijalankan di Malaya lama kerana sungguhpun orang-orang Melayu hanya 50 peratus daripada jumlah bilangan penduduk, mereka itu ialah 65 peratus daripada jumlah bilangan penduduk-penduduk. Siapa sahaja mendapat kelebihan suara dalam pilihan raya dengan sendirinya memegang kuasa dalam negeri. Tetapi hal yang demikian tidak dapat dijalankan di Malaysia.”
    ( Lee Kuan Yew, Malaysia Dalam zaman Revolusi, Singapura, hln.
    64)
    Apabila kita meneliti pendapat Timbalan Perdana Menteri, Allahyarham Tun Dr. Ismail bin Dato’ Abdul Rahman berbeza dengan fikiran ‘sosialis dimokratik’ Lee Kuan Yew mengenai kedudukan orang Melayu.
    Dr. Ismail ketika berucap merasmikan Seminar Kepimpinan Pelajar-Pelajar Kebangsaan, di Kolej Pertanian Malaysia (kini Universiti Putara Malaysia-UPM), serdang pada 11 September 1972, berkata, bahawa Malaya merdeka akan membawa harapan bahawa orang-orang Melayu mendapat kedudukan istimewa dan taraf ekonomi mereka disamakan dengan kaum-kaum lain.
    Berikut ini di antara kandungan ucapan Dr. Ismail tersebut:
    “Dalam menilai atau mengkritik sesuatu yang timbul waktu itu, saudara patut juga menimbang- kan bagaimananya tokoh-tokoh politik generasi saya berjuang mencapai kemerdekaan negara serta kesulitan yang kami hadapi pada zaman penjajah.
    Dalam hubungan ini, saya ingin menggambarkan dan menjadi panduan kepada pelajar yang akan muncul sebagai pemimpin negara di masa depan. Kesulitan pejuang-pejuang kemerdekaan hendak mencapai kemerdekaan negara sangatlah besar terutama sekali mengingatkan bahawa ada golongan nasionalis (orang Cina Perak dan Selangor yang diketuai oleh Law Pak Kuan mendesak kerajaan British supaya tidak memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu-mp)di negeri ini yang bekerjasama dengan penjajah atau boleh mengkompromi prinsip perjuangan dengan kuasa penjajah pada masa itu. Oleh yang demikian, sebagai usaha mendapatkan kemerdekaan dan demi mengadakan satu front bersatu dengan kaum-kaum lain sebagai memperkuatkan tenaga perjuangan telah diadakan beberapa persetujuan dengan kaum lain terutama sekali orang-orang Cina dan India.
    Pada hakikatnya kompromi yang telah dicapai itu berasaskan dua faktor. Pertama, Malaya merdeka akan membawa harapan bahawa orang-orang Melayu mendapat kedudukan istimewa dan taraf ekonomi mereka disamakan dengan kaum-kaum yang lain.Kedua, bagi orang bukan Melayu pula, mereka patutlah diberi kerakyatan oleh sebab ketika menghadapi satu realiti di mana ramai penduduk-penduduk Tanah Melayu pada waktu itu bukan rakyat. Soal kerakyatan tersebut telah dipersetujukan dengan harapan supaya mereka ini menumpukan taat-setia yang tidak berbelah bagi kepada negara Malaya waktu itu.
    Dengan tercapainya kemerdekaan, sungguhpun ‘kekuasaan politik’ berada di tangan pemimpin Melayu, pada hakikat yang sebenar Persekutuan Tanah Melayu ini adalah bercorak Malayan dan bukan hanya dipunyai oleh orang Melayu sahaja. Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka merupakan hasil daripada perjuangan rakyat semua bangsa seluruhnya.
    Satu perkara yang penting yang telah dapat diperjuangkan sebagai hasil kemerdekaan ialah soal bahasa. Pada satu ketika terdapat manifestasi di mana sebahagian besar rakyat negara ini meragu-ragukan kemampuan bahasa Melayu menjadi bahasa rasmi ataupun keazaman pihak yang memerintah untuk mendaulatkan bahasa ini.
    Sebagai pemimpin kerajaan kami tidak bercita-cita untuk menyerahkan sesuatu kepada bakal pemimpin yang tidak bertanggungjawab yang kai anggap menuju kepada keruntuhan sahaja.
    Goverment Power atau kuasa kerajaan akan digunakan untuk melaksanakan, memelihara serta mencapai objektif ini. Kami akan gunakan kuasa terhadap apa yang boleh mengancam kestabilan negara dan keharmonian masyarakat dengan tegas, tetapi adil tanpa mengira apakah kami menghadapi satu golongan anak-anak pelajar atau kepada golongan yang antinasional.”
    Tunku Abdul Rahman telah memberitahu saya setelah Singapura keluar dari Malaysia, “ ...biar kita rugi kerana hilang sebuah pulau, daripada rugi kerana hilang raja Melayu dan bangsa Melayu sebagai ketuanan negara ini....”
    “ kalau kita biarkan Singapura dalam Malaysia, parti itu (PAP) akan mendorongkan rakyat negara kita kepada cara tidak beraja, ...hilang ketuanan Melayu, hilang harga diri orang Melayu- Islam, ...negara kita akan jadi negara sosialis Cina macam Lee Kuan Yew duk nak,” kata Tunku Abdul Rahman lagi.
    “Lee Kuan Yew dengan beberapa orang pemimpin politik Cina di Semenanjung ini ada niat hendak menghapuskan raja Melayu dan bangsa Melayu,”tambah Tunku Abdul Rahman.
    Walaupun pada masa Singapura akan keluar dari Singapura saya adalah seorang wartawan, tetapi atas permintaan Tunku Abdul Rahman supaya percakapan itu dianggap ‘of the record’, maka percakapan Tunku Abdul Rahman dengan saya itu tidak menjadi bahan berita dan artikel.
    Kalangan pemerhati politik percaya, langkah Dr. Mahathir Mohamad seperti’ membelasah’ Abdullah Badawi kerana Perdana Menteri kelima itu tidak menerima beliau sebagai menteri mentor, iaitu seperti yang diperolehi oleh Lee Kuan Yew. Setiap peranan atau politik yang hendak dilaksanakan oleh Perdana Menteri mestilah mendapat persetujuan menteri mentor.
    ‘Pada 22 September 1970, Tun Razak menjadi Perdana Menteri selepas Tunku Abdul Rahman bersara. Tun Razak menjadi Perdana Menteri yang kedua pada bulan Februari 1959 apabila Tunku Abdul Rahman meninggalkan jawatan itu untuk berkempen pada pilihan raya umum tahun itu. Tunku Abdul Rahman men tinggalkan jawatan dan

    menyerahkannya kepada Tun Razak. Sungguhpun demikian, Tun Razak sentiasa berhubung dengan Tunku Abdul Rahman dalam beberapa perkara yang penting.
    Keadaan ini berlainan dengan Lee Kuan Yew di Singapura Chok Tong menjadi Perdana Menteri dengan Senior Minister Lee Kuan Yew yang mempengaruhi tugasnya. Jawatan Goh Chok Tong terhimpit oleh pengaruh Senior Minister . Dari segi politiknya, Goh Chok Tong tidak dapat bergerak sendiri sebagai Perdana Menteri. Goh Chok Tong tidak dapat membuat keputusan melainkan selepas mendapat persetujuan daripada Lee Kuan Yew.’
    (Shariff Ahmad, Tun Razak Putera Titiwangsa,1999, Kuala Lumpur,
    Utusan Publications & Distributors Sdn.Bhd. hln. 128.)

    Meneliti ucapan-ucapan Dr.Mahathir Mohamad mengecam Abdullah Badawi dan kerajaan, dan kenyataan Lee Kuan Yew mengenai Malaysia ‘meminggirkan’ kaum Cina, nyatalah mereka itu ada kekecewaan kerana gagal melaksanakan hasrat hati.
    Kegagalan Dr.Mahathir Mohamad kerana tidak dapat menyatukan orang Melayu (katanya Melayu cepat lupa) dan umat Islam di negara ini. Tidak berjaya melihat jambatan bengkok di Selat Teberau, - Johor – Singapura.
    Lee Kuan Yew, seperti bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawarta, keturunan Cina Hakka, gagal menjadikan Semenanjung Tanah Melayu seperti Singapura, iaitu ‘ negara sosialis dimokratik’, kerana kesedaran Tungku Abdul Rahman dan Tun Razak akan ‘buruk baik’nya kalau Singapura berada dalam Malaysia. Lee Kuan Yew tidak berjaya untuk menggunakan ruang udara Malaysia bagi jet-jet pejuang dan kepentingan pertahanannya.
    Allah menentukan segala-galanya. Jika Dr. Mahthir Mohamad masih Perdana Menteri dan Abdullah Badawi tidak memegang jawatan Perdana Menteri hingga tahun 2006, tentulah Jambatan Bengkok telah di bina dan Lee Kuan Yew berjaya melihat jet-jet pejuang Singapura mengusai ruang udara Malaysia.
    Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Dato’ Seri Hishamuddin bin Tun Hussein menyifatkan kritikan Lee Kuan Yew menyinggung perasaan Kerajaan dan rakyat Malaysia.
    “Sudah menjadi kebiasaan Lee Kuan Yew membuat kritikan serta mencari keburukan Malaysia untuk mengukuhkan kedudukannya dan parti DAP, “katanya.
    “Pemuda UMNO mahu Lee Kuan Yew berhenti menggunakan kritikan dan memburukkan Malaysia,”tambahnya.(Bersambung)*

    * Dari fail artikel, oleh: Mokhtar Petah.
    2Like ·  · Promote · 
  3. FAKSAFAH AL QURAN DAN AL HADIS

    YAKIN YANG TIDAK BENAR

    Orang – orang Yahudi mengatakan: ‘Uzair’ itu anak Allah. Dan orang – orang Kristian menatakan Al Masih – Nabi Isa alaihis salam – anak Maryam itu, anak Allah. Perkataan itu dari mulut mereka – sahaja - mnyerupai perkataan orang – orang kafir pada masa dahulu – pengajaran atau kepercayaan tentang anak – anak Allah dalam agama Yahudi dan Kristian adalah diikut atau dipercayai dari agama – agama para penyembah berhala pada zaman purbakala - .Kiranya Allah membinasakan mereka, ke mana mereka berputar – lari -?
    – At Taubah: 30

    REDA SUAMI

    Rasul Allah, Muhammad s.a.w. memaklumkan:
    "Setiap perempuan (isteri) meninggal dunia dan suaminya reda (memaafkan segala perbuatan salahnya kepada suaminya),maka perempuan (isteri) itu akan masuk syurga. - Perawi: Imam Tarmizi.
    Hadis ini sahih.
    Dari kitab SENAN AT TSARMISI (2), hal.500
    Like ·  · Promote · 
  4. UCAPAN IKHLAS

    Dengan nama Allah yang Pemurah dan Pengasihani.
    As salamu alaikum wa alaikunnas salam!
    Jika seseorang becinta dengan seseorang, jika cinta itu menggunungkan perkahwinan, bersykurlah kepada Allah, jika patah di tengah jalan, bersyukur kepada Allah jua. Jika telah menjadi suami isteri, di takdirkan bercerai berai, bersyukur juga kepada yang Maha Asa itu. Kita hanya merancang, Allah yag mentakdirkan.
    Allah dilupa jangan.
    mokhtarpetah -google
    Like ·  · Promote · 

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.