Wednesday, October 23, 2013

PANTUN


  1. PANTUN

    Dari Johor menyeberang ke Temasik,
    Pokok teberau disangka tebu;
    Hati gugur terkena usik,
    Duduk di pulau laksana babu.
    Like ·  · Promote · 
  2. POLITIK
    (Ulangan)
    ULAMA DAN PEMERINTAH

    Negara Islam - negara yang mengikut dasar negara pimpinan Nabi Muhammad s.a.w. , iaitu al Quran menjadi petunjuk dan pembimbing, para ulama dengan pemerintah adalah laksanan aur dengan tebing- roboh tebing aur tumbang, tumbang aur tebing runtuh, tetapi dalam negara kapitalis dan sosialis ulama dan pemerintah laksana renggang dan bermusuhan.
    Negara kita, Malaysia, belum boleh dinamakan atau dimertabatkan negara Islam. Ia hanya sebuah negara orang Islam. Kebanyakan dari Perlembagaan dan undang - undangnya masih mengikut acuan British yang berasal dari Rom tua.
    Maka, jika ulama yang mengikut atau menyokong parti yang memperjuangankan Islam sebagai addin dan menegakkan negara Islam, maka, mereka tidak boleh disifat atau dianggap fanatik atau taksub. Anggapan demikian adalah salah.
    MUNGKIN ORANG JAHIL
    DAN ORANG BUKAN ISLAM
    MENDENGAR UCAPAN PEMIMPIN DEMIKIAN,
    BERTEPUK TANGAN
    Seseorang yang beragama Islam, sama ada menyokong atau menyertai parti politik yang berjuang menegakkan negara Islam dan menpetahankan keyakinan untuk mengikut hukum - hukum dalam Quran, seperti hukum - hukum yang termasuk dalam simpulan hudud, dia bukan panatik dan bukan taksub.
    Para ulama di negara ini, terutama para mufti, eloklah menasihati para pemimpin di negara ini, supaya tidak menyifatkan seseorang dengan perkataan yang berlawanan dengan Islam. Mungkin orang jahil dan orang bukan Islam mendengar ucapan pemimpin demikian, bertepuk tangan, gembira dan menyanjung pemimpin tersebut, tetapi bagi mereka yang arif tentang Islam dan kukuh iman kepada Quran, menyifatkan kata - kata demikian salah dan tidak sepatutnya dikeluarkan.
    Maka, saya harap, negara kita, negara umat Islam yang berkongsi dengan orang - orang bukan Islam ini, para ulama eloklah bekerjasama dengan pemerintah selagi pemerintah itu tidak menentang umat Islam yang mahu atau berjuang untuk menegakkan Negara Islam.

    Semenjak Tanah Melayu dijajah hingga pada hari ini, terdapat, sekurang - kurangnya lima jenis ulama:
    1 - Taatkan Allah dan menyebarkan ilmu pengetahuan.
    2 - Menyebar ilmu pengetahu di samping mencari tempat menumpang.
    3 - Mengajar ilmu Islam cari peluang jadi hamba di istana.
    4 - Alim sealim - alim yang ada, tetapi tidak bijaksana.
    5 - Nampak alim orang Islam tetapi amalan dari orang Yahudi.
    6 - Ulama tembolok -macam ayam, keran amencari makan untuk mengisi
    tembolok.
    7 - Nampak alim, tetapi imam tak kuat,macamkerak nasi kenaair.
    8 - Alim pak turut, macam lembu Kedah.
    9 - Alim memang alim, tetapi perangai Qarun.
    10 - Alim fanatik, hingga pakaian seperti buruh ladang kuda.
    - Mokhtar Petah
    Like ·  · Promote · 
  3. FALSAFAH AL QURAN DAN AL HADIS

    JALAN YANG BENAR

    '(Ya Allah) hanya Engkau yan gkasmi sembah, dan hanya kepada Engkkau kami memohon pertolongan. Tunjukkanlah kami (Melayu dan umat Islam) jalan yang benar. Iitu jalan orang - orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, dan bukan (jalan) orang - orang yang Engkau telah murka, dan bukan juga jalan mereka yang sesat (orang - orang Yahudi dan Keritian).
    - Al Fatihah:5,6,7.

    ZIARAH RASUL ALLAH

    Ssiapa menziarah aku setelah aku wafat (makam Rasul Allah di Madinah), maka dia (afdal berkat) seolah -olah menziarahi aku pada ketika aku masih hidup.
    - Perawi: Tabrani
    Like ·  · Promote · 
  4. UCAPAN IKHLAS

    Dengan nama Allah yang Pemurah dan Pengasihani.
    As salamu alaikum wa alaikunnas salam!
    Demi Allah, pada tahun 1950 - an, angin Selat Teberau 'seharum menisan tebu' baunya, tetapi pada pagi ini, baunya laksana bau dusun pusaka kita terbakar. "Sayang, atuk - atuk kita, ragam lara mereka, dik dipuji puja orang, tanah sekangkang kera diserakan kepada pedagang; anak cucu kita hidup meminggir di bumi orang."
    Allah dilupa jangan.
    Google -Wekipedia: mokhtarpetah

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.