Tuesday, September 17, 2013

PANTUN


  1. PANTUN

    Pelita getah warna merah,
    Bunga padi dimakan cenangau;
    Kita marah pelaku sejarah,
    Kita sendiri sisa tungau.

    Pelita kaca suluh larah,
    Birah sejenis dengan keladi;
    Kita baca kisah sejarah,
    Sejarah ditulsi manusia ’pengabdi’+.
    + Orang Inggeris
    Like ·  · Promote · 

  2. Mokhtar Petah commented on a link.

    saya harap, semua ahli PAS dan mereka yang berjuang pada jalan Allah, bantu wanita ini, agar rumahnya tidak terpaksa dijual.
    Like ·  · Unfollow Post
    • Puad Nor and 8 others like this.
    • This comment will also be posted to bm.harakahdaily.net.

  3. Mokhtar Petah commented on a link.
    Tun Abdullah Ahmad Badawi, pada masa Perdana Menteri Malaysia, dalam hati dan jiwanya, ada kenal dan yakin diri, kenal Allah dan beriman, ada ihsan, amanah dan berakhlak mulis. Beliau memerintah ada macam mengikut Islam - Quran dan Hadis. Beliau memperjuangkan keadilan sejagat dan mewujudkan falsafah modal Insan yang dipakai hingga pada hari ini.Tetapi ramai rakan seperjuangannya dalam organisasinya tidak suka kepadanya; mereka takut tidak dsapat kuasa, takut rugi, takut hampa, lalu mreka merjahnya dengan buluh tajam dari belakangnya.
    Orang - orang tidak buta politik, memang mumuji beliau, kerana telah mematikan 'Badan Pencegah Rasuah' dan menggnatikannya dengan 'Suruhanjaya Pencegahan Rasuah', semenjak suruhanjaya itu wujud, banyak jerung politik yang rasuah ditangkap dan dapat diliaht orang ramai.
    Allah meredakan Abdullah Badawi 'musafir dalam udara penghinaan rakan seperjuangan dan bossnya, Dr Mahathir Mohamad.'
    Like ·  · Unfollow Post
    • Shida Shahril likes this.
    • This comment will also be posted to www.sinarharian.com.my.

  4. Mokhtar Petah commented on a link.
    Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib sepatutnya tidak perlu bercakap mengenai strategi parti kepada umum kerana boleh memberikan mesej yang salah berdasarkan persepsi rakyat.

    Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkata, tahaaluf siyaasi adalah strategi dalam perjuangan dan perlu dibincangkan secara dalaman, bukannya dihebohkan kepada umum.

    ---------------------------------
    Manusia, di mana - mana pun manusia juga. Sejak PAS ditubuhkan hingga pada hari ini, kebanyakan ahli PAS sama dengan sebilang ahli UMNO, 'pandai ada' tetapi 'bijaksana tiada''.
    Saya mendapati kebanayakan ahli PAS macam tidak faham 'hala tuju. perjuangan parti tersebut. Mereka macam daun kelapa di pokoknya, angin liuk ke barat, ke baratlah, liuk ke selatan, selatanlah.
    Adapula, di sebaloim perjuangan mereka, ada tujuan peribadi, macam golionga Khalifah MU'awiyah.
    Like ·  · Unfollow Post
    • Anis Fazila and 2 others like this.
    • This comment will also be posted to www.sinarharian.com.my.
  5. TERKENANG

    SULTAN, MUFTI DAN POLITIKUS
    Makan ayam goreng bersama Sultan Puteri Perak

    Sebagai Penasihat Hal Ehwal Politik (peribadi) Sultan, aku telah melakukan penyelidikan di kalangan orang ramai dalam bandar, pinggit bandar dan luar bandar. Aku telah mengumpulkan semua sungutan mereka mengenai pentadbiran kerajaan negeri, sikap pilih kasih sebilangan wakil rakyat terhadap mereka, sukar mendapattanah kerajaan untuk bercucuk tanam dan sebagainya.
    Kemudian aku telah melaporkan kepada Sultan Idris Shah. Semua laporan itu telah menjadi bahan atau isu bagi Baginda untuk mengambil tindakan yang sewajarnya sebagai seorang raja yang memerintah.
    Aku telah mengalami keadaan yang sukar, kerana orang yang aku memberi nasihat itu seorang Sultan yang berpelajaran tinggi, intelektual yang sarat dengan pengalaman.
    SEAJARAH PERJUANGAN
    Sesuatu isu mengenai politik yang aku telah sembahkan kepada Baginda, tidak diterima oleh Baginda secara ’bulat-bulat’, tetapi diteliti, dikaji dan dicari dalam buku-buku sains politik, sejarah perjuangan bangsa Melayu termasuk Perlembagaan Negeri Perak dan Perlembagaan Malaysia.

    ’Pada masa itu terdapat mufti, sheikhul Islam, Kadi dan alim ulama yang menerima sara hidup dari kerajaan, hidup dalam keadaan mewah dan mereka tidak bersuara disebabkan kekenyangan.
    Maka Raja-Raja Melayu, kebanyakannya berlagak sepertri orang-orang Inggeris atau Lord British dan mereka mengisi ruang kehidupan mereka, mereka bermain judi, berdansa, minum arak, memburu wanita-wanita cantik dan melakukan berbagai-bagai maksiat lagi termasuk lumba kuda.
    Pada masa Almarhum Sultan Idris Shah ibnu Almarhum Sultan Iskandar Shah memerintah negeri Perak, saya telah menasihatkan Baginda supaya membatalkan jadual Baginda merasmikan kuil Hindu di Teluk Anson(Teluk Intan) dan Tokong Buddha (Cina) di Ipoh. Baginda telah menerimanya.
    Baginda bertitah, ”Di Perak ni ada mufti, kadi, alim ulama dan guru agama, tapi deme itu tak memberi nasihat kepada I macam you ni..., inilah baru I tahu perbuatan merasmi kuil dan tokong itu boleh jadi syirik dan kafir.”
    Saya telah meneliti akan titah Sultan itu dan kemudian saya mengajukan pandangan saya kepada Yang Dipertua Jabatan Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perak, Dato’ Haji Mohd.Hisham bin Mat Piah supaya jabatan itu mengadakan peraturan ke atas alim ulama yang bekerja dibawah jabatan itu secara bergilir-gilir mengajar dan memberi nasihat kepada Sultan dan Raja-Raja di bawah Baginda.
    Beberapa minggu kemudian, beliau memberitahu saya, bahawa perkara yang saya telah kemukakan kepadanya itu tidak dapat dibuat kerana alim ulama tidak berani menasihati Sultan dan mereka juga tidak mahu menjalankan kerja-kerja tambahan.’

    Pada satu hari, di Istana Tambun, Ipoh, Baginda telah bertanya kepadaku mengenai tokoh di antara ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Perak yang paling layak menduduki kerusi Menteri Besar Perak selepas Wan Mohamed.
    MENTERI BESAR
    Aku lantas teringat akan seorang peguam bekas penasihat undang-undang Tenaga Nasional dan pensyarah undang-undang undang, iaitu Ramli bin Ngah Talib ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Kampung Gajah.
    ’Mokhtar, ...you journalist politik, I nak minta fikiran you,”titah Sultan Perak, Sultan Idris Shah.
    ”Ada apa Tuanku” Mokhtar Petah bertanya.
    ”Moh makan ayam goreng dulu, dah sejuk...,”titah Sultan Perak.
    ”I nak fikiran you, you tentu tau tokoh-tokoh politik di negeri ni, I nak tau siapa yang paling layak menjadi Menteri Besar Perak menggantikan Dato’ Seri Wan Mohamed, Dr Mahathir nak tau, I nak lantik, tentu I nak orang yang sesuai,” titah Sultan Perak lagi.
    ”Kalau Datuk Seri Dr Mahathir tak setuju...,” Mokhtar Petah bertanya.
    ”Tu tahulah aku, aku dengan dia tu boleh berunding,”Sultan Perak bertitah.
    ”Kalau sebut nama orang tu (tokoh politik), Tuanku setuju?”Mokhtar Petah bertanya.
    ”He, Mokhtar, I dah baca dua buku yang you tulis mengenai negeri Perak, kalau you beritahu nama orang tu, aku setuju,”titah Sultan Perak.
    ”Bagai pandangan I, sesuai dengan Tuanku sendiri nakkan orang yang berpelajaran tinggi, I fikir Encik Ramli bin Ngah Talib dari Kampung Gajah paling sesuai,” Mokhtar Petah berkata.
    ”Ia, aku setuju, orang tua (bapa saudara Ramli)nya juga dah lama aku kenal,”Sultan Perak bertitah.
    Pada masa itu Sultan Idris Shah sering bercakap dengan Timbalan Perdana Menteri, Musa Hitam melalui telefon. Baginda telah mendapat jaminan dari Musa Hitam, bahawa Wan Mohamed akan dipendekkan tempoh menduduki kerusi Menteri Besar Perak.
    Sultan Idris Shah telah menitahkan Ramli Ngah Talib supaya datang mengadapnya di Istana Firuz, Ipoh. Baginda telah bertitah kepadanya, yang Baginda akan berkenan melantik beliau untuk memegang jawatan Menteri Besar Perak.*

    * Dari manuskrip buku, Memoir Penulis. oleh: Mokhtar Petah
    1Like ·  · Promote · 
  6. TANYA DAN JAWAB

    PRAk
    Ustaz: Beghapa oghang bini mike?
    Kulop: Empat, ustaz.
    Ustaz: Bagus.

    KEDAH

    Ustaz: Hang ada beghapa oghang janda?
    Mail: Tujuh, baguih.

    PULAU PINANG

    Ustas: Mana isteri hang Maidin?
    Maidin: Di rumah
    Ustas: Awat tak pernah nampak dia keluar.
    Maidin: Ia, pintu saya kuncin, cemburu, ustaz.

    SELANGOR

    Ustaz: Mana suami awak, Milah, tak datang ke masjid?
    Milah:Kelab malam, ustaz.
    Ustaz: Allahu Akbar.

    KELANTAN

    Ustaz: Mu ni bila nak kawin lagi?
    Mek: Naaak, Mek dah peghenah ada laki tujuh oghe ustaz.
    Ustaz: Wallah wan nabi.

    TERENGGANU

    Ustaz: Yah, ada oghe cakap mu nak minta ceghe, iake?
    Yah: Ia, ustaz,
    Ustaz: Buat apa nye?
    Yah: Macam oghang makan ulam ustaz.
    Ustaz: Astaghafirul Lahal Azim.

    PERLIS

    Ustaz: Man, mengapa hang tak nak kahwin?
    Man: Nak tu nak, ustaz.
    Ustaz: Dah tu apa pasai?
    Man: Takut bimni mazhabSyi'ah, ustaz.
    Ustaz: La haula wala quwwata illal Lah.

    N.SEMBILAN

    Ustaz: Buyong, mengapa tak kahwin?
    Buyong: Tak nak, ustaz.
    Ustaz: Ngapa,Buyong.
    Buyong: Takut dapat isteri tak dengan kata laki, duk dengar kata ibu bapa
    dia aje.
    Ustaz: Sabarlah, puasalah.

    PAHANG

    Ustas: Din, mengapa kamu ceraikan isteri kamu?
    Din: Tak sesuai,ustaz.
    Ustaz: Apa yang tak sesuai tu?
    Dia: Isteri saya parti lain , daya pulak parti lain.
    Ustas:(DALAM HATI) 'Jahiliyah moden'

    MELAKA

    Ustaz: Kamu nak kahwin lagi,Nadin?
    Nadin: Ia, ustaz,nak ikut sunnah nabi.
    Ustaz: Ikut sunnah nmabi, tapi saya tak pernah tengok kamu datang ke
    masjid, kamu selalu di kelab karoke aje.
    Nadin: Tak ikut semua sunah tu, pilih mana yang untung ...
    Ustas: Astaghafirullah...

    JOHOR

    Ustas: Bujang,mengapa kamu selalu pukul, tendang oghang rumah kau?
    Bujkang: Oooo, biasalah, dulou saya kaki bola, sekarang tak lagi, saya
    tendang isterilah, bila saya naik baran.
    Ustaz: Inal Laha ma'as sob irin.
    Like ·  · Promote · 
  7. a Adam dan Hawa salin cinta mencintai hingga ke akhir hayat mereka.
    Like ·  · Promote · 
  8. FALSAFAH AL QURAN DAN AL HADIS

    BERSIH JIWA

    Maksud dari firman Allah:
    Sesungguhnya, beruntung orang yang membersihkan jiwanya.
    Dan sesungguhnya, rugi besar (kekadang duka dan mnerana)
    orang yang mengotorkan jiwanya.*
    - Asy Syams: 9,10
    * Bersiha jiwa terangkum dalam: 
    1. Kenal diri sendiri,
    2. Kenal Allah dan beriman serta memperhambakjan diri kepadaNya
    dengan ikhlas,
    3 - Ihsan kepada Allah,di antaranya seperti waktu kiita sembahyang, kita
    yakin Allah melihat kita.Dan ihsan sesama manusia,
    4 - Ada amanah, sama ada kepada Allah, diri sendiri, orang lain dan
    negara,
    5 - Berakhlak mulia - adsa budi bahasa.
    Individu yang tidak 5 perkara di atas atau tidak ada salah satu dari lima perkara itu, walaupun dia berkedudukan tinggi, gagah perkasa dan wanita cantik laksana bulan, namun, sebagai hamba Allah dan manusia, dia tidak ada kemenausiaan dan sentiasa dalam keadaan rugi.

    HAK ALLAH DAN HAK HAMBA

    Maksud Sabda Rasul Allah, Muhammad al amin:

    “Hak Allah, hamba - hambaNya menyembahNya dan tidak menyengutu atau mensyarikatkan Allah dengan sesuatu apa pun. Hak hamba - hamba terhadap Allah, Allah tidak menyiksa mereka.”*
    - Perawi: Dari Mu’az bin Jabal dan Imam Bukhari.

    * Manusia yang hidup dan bernegara menolak huikum - hukum Allah ataun mengamalkan apa - apa yang dilarang melalu hukum - hukumNya tetap tetapi disiksa Allah.
    . Manusia yang berkiblat atau tunduk kepada semua atau satu di bawah ini, tetapi disiksa Allah.
    a. Kumunime,
    b. Sosialisme,
    c. Nasionalisme,
    d. Kapitalsme dan
    e.Orang - orang berfikiran bebas, tidak yakin Alll wujud dan ada.
    Like ·  · Promote · 
  9. UCAPAN IKHLAS

    Dengan nama Allah yang Pemurah dan Pengasihani.
    As salamu alaikum wa alaikunnas salam!
    Kita fikir berasama, Nabi Muhammad s.a.w. dari bangsa Arab. Junjungan mengutamakan bangsa dan bumi Arab,dan agama Islam menjadi pokok, dan batang dan tunjang untuk menyatukan semua bangsa di seluruh dunia, di bawah kuasa Allah Maha Kuasa.
    Allah dilupa jangan.
    Google -Wekipedia: mokhtarpetah
    Like ·  · Promote · 

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.