Sunday, September 8, 2013

KISAH DARI NOVEL

KISAH DARI NOVEL

ZAINAOL RASHID SISWAZAH UNIVERSITI AL AZHAR

Dengkur  dua gadis itu sama bunyinya.Bagai irama duka lara. Dengkur dua manusia  kecundang dalam cinta dapat diterjemahkan kepada madah:
Jika ’dah bercinta,
Berkurban apa saja,
Tubuh dan jiwa.
Yang kecewa kita,
beranak haram kita.
Dua gadis itu lena hingga dikejutkan bunyi azan dari masjid di kampung itu.
***
Pada hari yang ketiga Zainal Rashid  di perantauan - di bumi Melayu, Selatan Thailand, nekatnya kukuh amat. Kepada Allah dipohon keampunan. Dosanya yang dilakukannya sendiri akan dibersihkan, jika Allah mengizinkan.Penyakit yang membaham tubnuhnya akan diubatnya dengan segala ikhtiar yang terdaya.
Zainal Rashid membulatkan nekatnya; gaya dirinya dan corak hidupnya mesti diubah.Indentitinya akan dibentuk menjadi seorang lelaki yang warak. Zuhud. Menolak nikmat kemewahan hidup di dunia.Sementara menanti mati menarik dirinya ke liang kubur dia akan beribadat macam orang bertapa.
Di bandar kecil, Songkhla, Zainal Rashid telah membeli beberapa pakaian yang biasa di pakai oleh ahli-ahli sufi, lebai dan para ulama di  bumi Melayu; ketayap putih, serban putih, baju kurung ’al falah’ – , peladang warna putih, seluar panjang dan sepasang  selipar bertutup tumit.
Zainal telah menyewa sebuah bilik hotel dalam bandar yang terkenal dengan pasar pelacuran itu.Bilik-bilik di sebelah menyebelah biliknya menjadi sarang perepuan-perempuan lacur yang masih remaja. Ada yang masih perinkat anak dara sunti.
Pada hari yang kedua Zainal Rashid menumpang di hotel itu, dia telah duduk-duduk atas sofa dalam ruang tamu, sambil membaca surat khabar berbahasa Inggeris. Perempuan muda kerani hotel itu telah datang kepadanya dengan senyum manis. Dia telah menyherahkan sebuah albam kecil kepada Zainal Rashid. Albam itu berisi gambar-gambar perempuan cantik yang berdagang tubuh masing-masing dalam hotel tersebut. Zainal Rashid merenung wajah-wajah dalam albam itu. Pandangannya tertumpu kepada seorang perempuan cantik – berlesung pipit pada kedua belah  pipinya yang licin gebu.
            “...maaf Tuan, adakah Tuan perlukan teman wanita malam ini?” kerani itu bertanya kepadanya dengan  bahasa Inggeris.
“...ada, saya mahu buat teman saja...,”jawab Zainal Rashid.
            “...ia, ada..., tak kiralah, untuk teman saja atau ..., bayarannya seratus bath,”kata perempuan itu.
“Seratus, ...berapa lama...?”Tanya Zainal Rashid.
           Perempuan itu senyum. Dahinya berkerut. ”...dari sekarang sampai pagi esok,”jawabnya.
      “...ada penyakit?”Zainal bertanya.
      “Tidak ada, terjamin, ...tiap-tiap hari doktor periksa...,”jawab kerani itu.
      “Saya mau yang ini, ada?” Zainal Rashid bertanya.
      “Ada,”jawab perempuan itu.
      Zainala Rashid merenung wajah perempuan itu.
           “Baik, Encik tunggu dalam bilik, sebentar lagi, dia akan datang,”kerani itu memberitahu Zainal Rsahid.
      “Baik,”sahut Zainal Rashid sambil bangun dari sofa.
      “Tuan boleh bercakap Thai?”kerani itu bertanya.
      “Boleh,”jawan Zainal Rashid.
Sambil berjalan ke biliknya, Zainal rashid mengaku kepada Allah; dia tidak akan berzina dengan perempuan lacur itu. Perempuan itu akan digunakan untuk mengetahui tempat yang baik untuk dia menghabiskan  baki usianya sebagai pengidap AIDS.
           Kira-kira lima minit Zainal Rashid menunggu dalam biliknya, perempuan berlesung pipit, cantik manis, berusia kira-kira tujuh belas tahun, masuk ke biliknya.
     “Selamat petang,”ucap perempuan itu dengan bahasa Siam.
      “Selamat petang,”sahut Zainal Rashid.
      “...saya Nai,”katanya.
      “Saya Jefri,”Zainal Rashid membohongi Nai.
Mereka berjabat tangan. Perempuan itu senyum manja dan memegang lengan Zainal Rashid. Seperti kebanyakan perepuan-perempuan lacur dengan  jantan-jantan pelacaur. Nai menyangka, setiap lelaki yang memanggilnya memerlukan khidmat seksnya. Nai merenung Zainal Rashid dengan senyuman berbaur nafsu berahi.
          “Saya minta maaf, saya ambil kamu kerana saya hendak bercakap-cakap dengan kamu saja, tidak untuk itu...,”kata Zainal Rashid.
          “Mengapa, ...saya tahu semua lelaki panggil saya, hendakkan tubuh saya..., tetapi kamu...?”Tanya perempuan itu.
          “Tak, saya tidak, ...saya hendak berkawan dengan kamu..., hendak bercakap-cakap dengan kamu saja,”jawab Zainal Rashid.
“Ooo, begitu..., bolehlah...,”sahut Nai sambil senyum.
“Takkan tidak mahu, ...tidur saja sampai pagi?”Nai bertanya.
“Ia, ...kita bercakap-cakap, tidur cukup...,”jawab Zainal Rashid.
            “... abang kena bayar juga..., rugilah...,”kata Nai.
            “Tak apa, ...dengan Nai tak apa...,”kata Zainal Rashid. 
Nai senyum.
Nai  dari sebuah kampung di Nakhon Sri Thammarat, dalam kawasan Selatan  Thailand juga.Ibu daana bapasanya berasa dari satu kawasan, Tak Kek, dekat sempadan Thailan dengan Laos.
“...bapa, emak saya orang Siam, kerja kampung,...orang susah,”kata  perempuan.
“Macam mana Nai sampai ke sini, buat kerja ini?”Zainal Rashid bertanya.
            “...bapa hendak beli tanah, tak ada duit, taukeh beri duit 5000 bath kepada bapa,”kata Nai.
Zainal Rashid merenung wajah Nai dalam cahaya lampu yang suram. Nai memegang lengan kanan Zainal Rashid. Manja.
”Taukeh ambil Nai buat kerja ni, pada masa tu umor Nai 15 tahun, sekarang umur Nai 18 tahun lima bulan, dua tahun lagi Nai boleh balik ke kampung Nai...,”jelas Nai.
Nai bercerita, gadis-gadis yang menjadi pelacur di bandar-bandar di Thailand adalah anak-anak kepada keluarga-keluarga petani di kampung-kampung pendalaman, di sempadan Thailand -Kambodia, Thailand-Laos dan Thailand-Mnyanmar atau Burma. Mereka itu telah disewa atau dipajak dari ibu bapa mereka, untuk diperdagangkan dalam industri seks di negara itu.
Tiap-tiap seorang gadis disewa atau dipajak kepada ibu bapa mereka dengan bayaran antara 5000  dengan 7000 bath. Mereka terpaksa menjadi pekerja dalam industri seks dari empat belas tahun hingga pada masa yang ditentukan. Ramai di antara perempuan-perempuan hampas idustriseks itu tidak pulang kepangkuan ibu bapa mereka. Ada yang mati kerana penyakit perempuan seperti Vietnam ross, ghonoria dan busung. Dibunuh oleh kumpulan-kumpulan tertentu.Dan ada yang menjadi janda-janda tanpa suami yang sah dalam masyarakat.
Setelah Nai mendengar cerita dari Zainal Rashid yang dia hendak mencari tempat tinggal, Nai telah memberi nama bapa bapanya  dan alamat mereka kepadanya. Nai berharap Zainal Rashid akan pergi ke sana. Di sana dia akan tinggal orang tuanya. Di kampung itu ramai orang Islam.
Kira-kira jam 7.00 Nai telah meninggalkan Zainal Rashid di bilik hotel itu. Terasa sedih dalam hati Nai pada waktu akan berpisah dengan lelaki yang baik hati itu. Zainal Rashid rasa kasihan kepada gadis secantik itu menjadi hamba seks. Itulah kali pertama Nai mendapat pengalaman; seorang lelaki tidak mahukan tubuhnya untuk memuaskan hawa nafsunya. *  
* Dari manuskrip novel, Bunga Padma di Lembah Nil, oleh : Mokhtar Petah. 
                                    

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.