Sunday, August 4, 2013

sajak, ayah,emak

SAJAK

AYAH, EMAK


"MUNGKIN BELUM HARI RAYA ATAU LEPAS HARI RAYA ANAKDA KE SANA JUA."

“ As salamu alakum, ayah! As salamu alaikunna, emak!
“Dalam dada anak ayah dan emak, ada rindu memanjang, ada doa kepada Allah, mudah - mudahan sebagai janjiNya, ayah dan emak aman bahagia dalam syurga.
“Pada tiga tahun lalu, anak ayah, emak ini, telah diujid Allah dengan kematian sementara; anak ayah dan emak didera sakit jantung, kerana urat - urat dalam gaung dada anaka ayah dan emak, tersumbah kerana darah beku. Aanak ayah, emak telah tidak sedar - koma - selama kira - kira 36 jan di Hospital Putrajaya.
“Menantu ayah, emak, Sitti Haishah dengan segala setianya menjaga anak ayah, emak. Sampai anak ayah, emak berhijrah ke liang lahad, tidakdapat memabalas budinya. Dia isteri anak ayah,emak akan masuk syurga.
“Cucu - cucu ayah, emak: Kahiril Anuar, Noor Iskandar, Saiful Alimin, Akhdiat Miharja (anak - anak saya dengan menantu ayah, Che Su binit Haji Zahari), Petah Wazzan Iskandar Jauhari, Petah Shahrir Aidid dan Petah Ibnu Khaldoon ada di sisi anak aya, emak, hinggalah anak ayah,emak di rawat di Insdtitut Jantung Negara Kuala Lumpur.
“Ayah, emak,Mungkin pada hari Rabu, anak ayah, emak akan menyambut hari Raha Puasa. Pada hari ini, anak ayah, emak menangis, menangis, menangis, menumpahkan air mata tua kerana sedih, terkenangkan pada masa anak ahyah, emak masih kecil, di rumah kita berdinding buluh pelupuh, lantai buluk dan atas daun rumbia, ayah, emak menyuapkan kepada mulut anak ayah, ibu dan adik Ghazali dengan lemang pulut huma yang ayah ,emak tanam di ladang, tepi rimba. Lauknya daging ikan tengalan, temaileh dan loma dari Sungai Perak.
“Ayah, emak, pada hari ini usia anak ayah, emak 79 tahun. Mungkin belum hari raya atau lepas hari raya atau bila - bila Allah akan memerintahkan malaikat maut mengambil nyawa anak ayah,emak. Kalau berlaku, ke sana - ke sisi ayah , emak anak tua ini akan datang menghadap taat, di bawa kuasa Allah.
“Seperti yang anak ayah, emak ini katakan lebih 60 tahun lalu, bahawa anak ayah dan emak, akan terus menulis hingga ada orang yang menulis atas kapan anak ayah dan emak.
“Dari jauh, anak ayah, emak memohon ampun dan mengirim salam. Sebagai mengenangkan ayah, emak, dua buah sajak ini, anak ayah, emak siarkan ke seluruh maya agar dibaca oleh ramai manusia, terutama mereka yang beragama Islam - mukmin dan mukminah:”

AYAHKU
Anakmu masih ingat, ayah,
Enam peluru api singgah pada dadamu,
Kebalmu bukti seorang pejuang,
Pada zaman ‘parang panjang’,
Senjata orang Melayu yang malang.

Tulang empat keratmu, ayah,
Bagai besi waja,
Ayah memerah keringat,
Tengah panas membakar,
Memungut rezeki Allah dari bumi pusaka.

Pisang bakar,
Daging unggas dan napuh liar,
Dari belukar di belakang rumah kita,
Ikan dari tasik tanpa sangkar,
Mengisi ususku untuk membesar.

Ilmu duniawi dan akhirawi,
Dari ayah kekal dalam diri ini,
Dari kenal diri sendiri,
Hingga Tuhan Maha tinggi,
Dalam diriku ada kemanusia sejati.

Kini ayah jauh di alam baqa,
Anakda masih ‘bertongkatkan paruh’ jua,
Mewarisi semangat dan wasiatmu,
Tegar imanku sang anak bertaqwa.

Ayah, tiba musim di hadapan,
Ke sana juga anakmu dicampak Tuhan,
Kita bertemu jauh dari kepalsuan,
Alam baqa dan syurga aman,
Ayah dan aku ramai warisan.

( Ayahku; Mohd.Petah bin Yusof telah meninggal dunia pada 15 April 2003 dan dikebumikan, di tanah perkubnuran orang Islam, di Kampung Nami, Sik, Kedah ).

IBUKU

Kita laksana sekawan unggas di angkasa,
Masing-masing menggonggong kasih yang ada,
Seperti melata peria atas batu di huma,
Kemangi dan nilam harum baunya.

Tak kita harap musim berhujung,
Seperti bungan cempaka dan tanjung,
Perpisahan ada penyiksaan berkabung,
Sedih sendiri tidak terdaya anakmu menanggung.

Pada hari pemergianmu terakhir,
Sebak hati ini hilang daya fikir,
Menahan duka lara bermandi air mata mengalir,
Kerana pemergian ibu, aku terpinggir.

Ibuku insan mulia waris Hawa,
Seorang rakan mudah berbicara,
Di bawah tapak kakimu ada syurga,
Didikanmu demi Allah, aku ke syurga.

Kepada Allah anakmu mohon hajat,
Di syurga-Nya tempat ibu berehat,
Dipintunya bonda menungguku dan kerabat,
Kini anakmu perantau jagat.

Maha Iradat dan Qudrat Allah,
Melindungku dan kerabat dari fitnah,
Musuh Allah bernama makhluk pemusnah,
Dengan pena anakda meneruskan jihad,
Selagi darah mengalir dalam jasad,
Tidak nama yang kukasad,
Hanya dengan pena-baca kuberjihad.

( Ibuku; Hajjah Jahara binti Haji Ja’afar meninggal dunia pada
4 Ogos 1997 dan di kebumikan di kampungku, Kampung Ngor, Sauk, Kuala Kangsar ).

--------------------------------------------------------------------------------

SAJAK

MENGENANG TRGEDI MEMALI

MAC 2009

DUA PENANTIAN

Pada bulan orang Nasarani, Mac 2009,
Dua penantian menerjah sejarah bangsa,
Langkah kelana seorang pemimpin,
Setirus ekor tikus harakah nasionalis.

Dalam hujan air mata massa pemimpin pergi,
Langkah terpaksa atau rela sendiri,
Di belakangnya anak - anak sedang menyusu,
Ibu mereka rebah di mamah lara bangsa.

Masih kuatkah harakah nasionalis kita,
Apakah para pendukungnya bersih dari korupsi,
Mungkinkah laksana golongan munafiz zaman nabi,
Langkah berakibat undur terserimbat.

Jika mereka sama mendayung bahtera bangsa,
Lalu Allah melaknat mereka yang korupsi.
Harakah nasionalis kita menerima padah,
Bak orang makan nangka semua kena getah.

Mac 2009 satu penentuan,
Harakah nasionalis kita terus berjuang,
Atau setirus ekor tikus munduk tua.
Menanti rebah, mati tanpa nisan.

Lalu menjulang angin tenmggiri dan jerung,
Ketawa para Abu Lahab moden,
Melihat Melayu merempat di bumi sendiri,
Pasir ditelan dalam hujan air mata.

Akibat salah fikir para mujahid nasionalis,
Berjuang tanpa hati setulus wali,
Laksana kelkatu patah sayap luruh ke bumi,
Sesal si petani nasinya menjadi bubur.

Di bukit bukau lotong kakah bertanya,
Mengapa pribumi ini laksana kodok dirokokkan?
Pacat dan lintah pening tanpa kepala,
Siapakah peminpin Melayu sebenarnya?

Golf Resort, Baling ..........................................................Mokhtar Petah

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.