Friday, August 16, 2013

abdullah Badawi

KISAH DALAM SEJARAH

ABDULLAH BADAWI
MUSUHNYA DALAM PARTINYA SEMNDIRI
       
Nama kampung saya menjadi terkenal kerana telah berlaku kejadian mencuri banyak senjata perang dalam khemah Askar Wataniah, di Grik, Hulu Perak yang dikatakan dilakukan oleh kumpulan Al Ma’unah, pimpinan Mohd. Amin bin Ghazali  ( Bekas anggota tentera Malaysia. Bapanya bekas anggota polis khas pada zaman Negara belum merdeka.Datuknya, Husin – orang-orang kampung mengelarnya dengan Husin Kurus. Dia adalah warga
 kampung saya. Kerja sambilanya menjadi bomoh berbagia penyakit, istemewa bomoh bagi para isteri   yang mahu suami mereka mengiku telunjuk mereka. Husin, anaknya, Ghazali dan cucunyaMohd. Amin tidak ada asas siasah atau pengetahuan politik)ada asas atau pengetahuan politik. dan telah ditemui  di kampung saya  pada .....
                 Kejadian yang menjadi dugaan atau ‘ancaman awal’ awal kepada Abdullah Badawi sebagai Timbalan Perdana Menteri itu, telah dilaungkan oleh Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad dengan  kata-kata yang diterjemahkan seperti berikut:
                   ‘A radical insurgent Islamist groop consisting of disaffcted middle – class professional in Malaysia who want to overthrow the government by violent means and set up an Islamic state’.
                   Kejadian itu kebetulan dengan julung kali mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO mengadakan mesyuaratnya di luar Kuala Lumpur, iaitu di kediaman Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Tajol Rosli Mohd.Ghazali.
                   Walaupun ada desas desus mengatakan peristiwa itu dilakukan oleh pihak yang menggugat kedudukan Abdullah Badawi, tetapi kita terpaksa mengetepikan- nya kerana tidak nampak asasnya, tetapi yang nyata, peristiwa dari tindakan untuk‘ overthrow the government’ itu menjadi ujian yang besar kepada beliau sebagai Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri.
                    Selain dari peristiwa tersebut, Abdullah Badawi terpaksa berhadapan dengan  kejadian-kejadian yang merumitkan, di antara penahanan ke atas beberapa orang ahli  kepada parti politik yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan tindakan menentang pihak yang menyokong Anwar Ibrahim.
                  Abdullah Badawi juga terpaksa berhadapan dengan berbagai keserabutan politik dunia, penentangan pihak musuh-musuh Islam dan tindak balas pihak Islam terhadap mereka. Dalam kekalutan itu keserabutan itu sebilangan besar dari para pemimpin Negara – negara umat Islam menumpukan pandangan mereka kepada Malaysia, kerana Dr Mahathir Mohamad dan Abdullan Badawi dua tokoh penting yang boleh diharapkan untuk memimpin umat Islam antarabangsa.
                    Renungan saya adalah renungan menerusi kaca mata penulis, saya mendapati, setelah Abdullah Badawi memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri, sebilangan individu yang menyokong Anwar Ibrahim telah berpaling arah dan menyokong Abdullah Badawi. Sekurang-kurangnya dua tokoh penting politik Pulau Pinang yang menyokong Anwar Ibrahim, iaitu bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Datuk Ibrahim Sa’ad dan Datuk Ahmad Sa’ad ahli korporat sering mendatangi Abdullah Badawi.
                    Kebanyakan rakyat Malaysia telah mengetahui, bahawa Abdullah Badawi, adalah bekas pegawai tinggi bidang pentadbiran kerajaan yang berpengalaman dan ahli politik yang mahir dan bijaksana, maka apa yang dilihat dalam jabatan-jabatan kerajaan di bawa kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri.
                   Jabatan Polis Diraja; Abdullah Badawi memandang serius akan keadaan yang dialami oleh anggota-anggota polis. Beliau memperbaiki skim perkhidmatan polis, tempat kediaman mereka dan sebagainya.
                    Manakala Jabatan Imigresen; beliau menumpukan perhatian kepada sistem perkhidmatan anggota-anggotanya kehidupan mereka sebagai pegawai-pegawai penting dalam kerajaan.
                    Abdullah Badawi juga telah mendapati beberapa kelemahan telah menjadi sebagai amalan biasa dalam Jabatan Polis dan Imigresen. Beliau telah menjalankan langkah mendisiplinkan, mengemas kini, membentuk budaya kerja yang cekap, amanah dan bersih dari amalan ‘rasuah’ dalam dan sebagainya.
                    Walaupun Abdullah Badawi sedar, bahawa langkah yang belia laksanakan itu menjadikan sebilangan orang ‘memberontak’ dalam hati, menutup ‘pintu habuan’ tidak halal atau seperti membubuh pasir dalam periuk mereka yang tidak jujur, nama kerana kepentingan negara dan rakyat – mahukan sebuah negara yang mendapat keredaan Allah -, maka beliau terpaksa melaksanakannya juga. Langkah yang murni itu yang dilakukan oleh Abdullah Badawi itu, kerana beliau berpegang kepada ajaran Islam yang berdasarkan hadis-hadis berikut:
 Kamu sekalian pemimpin (penanggungjawab) dan kamu akan diminta (oleh Allah) bertanggungjawab tentang apa yang kamu pimpin. Imam adalah penanggungjawab, akan  diminta bertanggungjawab tentang apa yang dipimpinnya, Lelaki (suami) adalah pemimpin dalam lingkungan keluarganya dan akan ditanya tentang apa yang dipimpinnya.  Perempuan (isteri) juga penanggungjawab dalam mengendalikan rumah tangga suami-nya, akan ditanya akan tanggungjawabnya.Khadamjuga penanggungjawab dan akan ditanya akan tanggungjawabnya .(  Riwayat: Bukhari)

                                    Sesiapa yang melihat kemungkaran, hendak- lah dia mengubahnya dengan tangannya, apabila tidak mampu, (tegah) dengan lisannya, dan jika tidak mampu juga, maka tegah dengan hatinya (mendiamkan sahaja).Dan demikian itu selemah-lemah iman .  Riwayat: Muslim.

                             
                        Apabila amanah itu disia-siakan, maka tunggulah saat kehancuran (oleh Tuhan) .   Riwayat: Muntafaq alaih.


                             Sebagai seorang pemimpin yang beriman kepada Allah dan taqwa, Abdullah Badawi amat takut kepada Laknat Allah atas dirinya, para penanggungjawab kepada kementerian, semua jabatan, semua kaki tangan kerajaan, semua rakyat dan seluruh negaranya. Beliau melihat kalimat-kalimat di bawah amat menakutkannya,iaitu:
      Pemberi dan menerima rasuah dilaknat oleh Allah .   (Hadis
          Nabi Muhammad s.a.w.)

                              Sesungguhnya Mereka yang dilaknat Allah di dunia ini, iaitu laknat Allah ke atas orang-orang yang memberi dan menerima rasuah amat dahsyat dan lebih perit dan derita. Tidak sahaja Allah akan membelaskan perbuatan mereka di akhirat, iaitu setelah mereka mati, tetapi Allah akan membalas ke atas mereka secara tunai di dunia ini. Di antaranya:
*    Ditangkap oleh penguasa dan dihukum penjara
      dan    mungkin disebat beberapa kali.
*    Mendapat malu.
*    Kemalangan atau kecelakaan.                                                            
*    Rumah terbakar dan sebaginya.
                             *    Anak-anak menjadi penagih dadah atau gemar
                                    Kepada perbuatan maksiat, seperti zina, judi dan                
                                    seumpamanya.                                                                                            
                              *    Isteri berlaku curang atau melacurkan diri secara                  
                                             terhormat.
                                                    *    Setelah bersara atau tua, dihinggapi penyakit-
                                                           penyakit, di antaranya: Kencing manis, darah
                                                           tinggi,  jantung, kanser dan lain-lain lagi .
                    Abdullah Badawi sebagai ahli Dewan Rakyat dan anggota Kabinet, iaitu Menteri Pelajaran  Menteri Pertahanan dan Menteri Hal Ehwal Luar menjadikan beliau berkemampuan memikul tanggungjawab Timbalan Perdana Menteri. Atas kemampuan itu dan kepercayaan Perdana Menteri, Dr. Mahathir Mohamad, maka beliau telah dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN), iaitu sebuah badan yang bertanggungjawab membincang dan membuat keputusan ekonomi  dan kewangan negara.
                                               Kerana keyakinan Dr. Mahathir Mohamad, apabila beliau bercuti dan melawat ke luar negara, Abdullah Badawi diberi amanah memikul tugas Pemangku Perdana Menteri. Tugas demikian boleh disifatkan sebagai latihan atau memantapkan daya juang memikul tanggungjawab sebagai Perdana Menteri pada masa mendatang.
                                        Pada masa Abdullah Badawi memegang jawatan Menteri Hal Ehwal Luar, saya telah meminta restu dari beliau untuk menubuhkan sebuah persatuan kebajikan bercorak Islam, iaitu  Yayasan Amal Maaruf. Beliau telah memberi restunya. Yayasan itu telah didaftarkan oleh Pendaftar Pertubuhan Malaysia pada September 1999 dengan nombor pendaftaran 1127, iaitu setelah beliau memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri. Yayasan itu telah dinaikkan tarafnya Pendaftar Pertubuhan sebagai pertubuhan bergerak di seluruh Negara pada 9 Jun 2003.
                                               Saya telah memegang jawatan Pengerusi atau Presiden yayasan itu semenjak ditubuhkan hingga kini.
                                               Sebagai Presiden badan kebajikan tersebut dan sesuai dengan perlembagaannya, maka saya telah menolong peniaga-peniaga Bumiputera, terutama kontraktor untuk mendapat sokongan bertulis dari beliau bagi mendapatkan satu-satu projek dari kerajaan yang mereka pohon mengikut kemampuan mereka.
                                                Semua surat peniaga-peniaga  yang saya kemukakan kepada Abdullah Badawi telah diberi sokongan bertulis secara ikhlas.
                                    Perhatian:Ada menteri dan menteri besar memberi sokongan tidak ikhlas, iaitu mengikut warna dakwat atau bentuk hujung tanda  tangan pena mereka menandatangani surat sokongan itu. Para pegawai kerajaan mengetahui perkara itu. Supaya orang-orang yang meminta sokongan itu tidak marahkan mereka atau mereka tidak mahu dikatakan tidak mahu menolong, maka surat sokongan itu ditandatangani juga, tetapi dengan dakwat atau hujung tandatangan yang diketahui oleh pegawai  akan warna dakwat atau hujung tandatangan itu tidak menyokong atau tidak boleh diluluskan.    (Perkara ini telah dimaklumkan oleh beberapa orang Pegawai Daerah dan Penolong Pegawai Daerah  kepada saya).
                                                 Pada masa membantu peniaga-peniaga itu, saya telah mendapat pengetahuan dan pengalaman mengenai mana-mana menteri dan pegawai kerajaan yang memandang rendah kepada Abdullah Badawi dan tidak menghargainya.                                            
                                               Seorang menteri memberitahu seorang peniaga yang membawa surat sokongan Abdullah Badawi, bahawa tanda tangan dan sokong beliau tidak laku kerana beliau tidak ada kuasa. Di kementerian kewangan pegawai (wanita) mengeluarkan perkataan, “...surat ni tak lalu, kami tak layan”, kepada seorang peniaga Bumiputera yang mengemukakan surat sokongan Abdullah Badawi kepadanya.
                                                Di pejabat Ketua Setiausaha Negara, sebaik-baik sahaja peniaga dan saya menyerahkan surat sokongan Abdullah Badawi kepada seorang pegawai rendah (wanita) untuk disampaikan  kepada Ketua Setiausaha Negara, dia telah mengeluarkan kata-kata, “...tak laku surat ni, ...dia tak ada kuasa...”.
                                                Surat sokongan Abdullah Badawi atas permohonan seorang kontraktor Bumiputera untuk membina sebuah balai polis di Negeri Terengganu (cara runding terus), telah dihantar dengan memo rasmi oleh Setiausaha Sulit, Datuk  Tajudeen Abdul Wahab kepada Ketua Setiausaha Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri telah tidak dilayan. Projek itu telah diberi kepada kontraktor lain.
                                               Demikianlah hakikat kewujudan segelintir dari kalangan ahli politik,  pegawai dan kaki tangan kerajaan  dan swasta yang tidak jujur kepada Abdullah Badawi pada masa beliau berjawatan Timbalan Perdana Menteri. Hal ini timbul kerana mereka tidak nampak garangnya, angkuhnya atau tidak berlagak ‘Firaun Power’. Ertinya mereka tidak menghormati orang yang lemah lembut dan berakhlak mulia! Mungkin mereka tidak menemui ajaran, ‘paling sempurna iman orang mukmin ialah yang baik budi pekertinya’,
(  Hadis – riwayat: Turmuzi.)

maka mereka mengagumi dan memuliakan orang yang berlagak angkuh dan menampakkan ‘Fir’aun power’nya.
                                    Sesungguhnya, orang yang membaca dan fahaman akan erti ayat-ayat Quran sahajalah yang mengetahui rahsia yang ujudkan oleh Allah di dalamnya. Lalu dia mengikut dan mengamalkan setiap ajaran dan hikmah yang terkandung dalam kita suci itu. Begitu juga  Abdullah Badawi’ beliau berpegang kepada Quran dan Hadis, maka beliau amat kukuh berpegang kepada firman Allah berikut ini:
                                    Oleh kerana rahmat Allah, kamu bersikap lemah lembut kepada mereka, dan kalau kamu berlaku kasar (tidak berbudi bahasa) dan berhati bengis, tentulah mereka akan lari dari keliling kamu, sebab itu ma’afkanlah kesalahan mereka dan mohonkanlah keampunan (dari Allah) untuk mereka, dan adakahlah mesyuarat dengan mereka dalam beberapa urusan, dan bila kamu telah mempunyai keputusan yang tetap, kamu tawakallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah itu menyukai orang-orang yang tawakal (kepadanya).
                                       Jika Allah menolong kamu, tidak ada orang yang dapat mengalahkan kamu; dan jika Tuhan membiarkan kamu, siapakah yang dapat menolong kamu selain dari Allah? Dan hanya kepada Allah hendaknya orang-orang yang beriman itu bertawakal.   ( Quran- Ali Imran: 159, 160.)
                     Saya melihat, semenjak  Abdullah Badawi memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri, beliau telah bergerak – sama ada dalam ucapan mahupun dalam gerak kerja beliau -, beliau menarik setiap rakyat manusia berbagai-bagai keturunan dan agama agar berbudi bahasa ‘yang baik itu budi yang indah itu bahasa’ dalam apa jua keadaan termasuk dalam perkhidmatan kepada orang ramai dan perpaduan berbilang kaum dan ummah.*
                   *  Dari manuskrip buku ‘Abdullah Badawi di khianat rakan sendiri’.  Mokhtar petah

     

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.