FALSAFAH ALQURAN DAN AL HADIS
SEMBAH ALLAH DENGAN IKHLAS
Katakan (Muhammad s.a.w.): Sesungguhnya,
saya diperintahkan menyembah
Allah, ikhlas beragama keranaNya semata - mata.
Dan saya (Muhammad s.a.w.) diperintahkan
menjadi orang awal yang menyerahkan diri kepada Allah (orang pertama memeluk
agama Islam pada mula Islam, setelah wafat para rasul Allah).
Katakan (Muhammad s.a.w.): Jika saya
mendurhaka kepada Allah, sesungguhnya saya takut ditimpa siksaan pada hari yang
hebat (hari pembalasan di akhirat).
Katakan (Muhammad s.a.w.): Saya menyembah Allah
dengan tulus ikhlas. Beragama kepadanya semata - mata. *
- Az Zumar:11,12,13,14
* Setiap orang Islam yang sembahyang ,mempunyai
hati dan perasaan ikhlas. Tetapi, kebanyakan orang Islam yang sembahyang dalam
masjid, sama ada pada hari Jumaat, mahupun hari lain, nampak mereka tidak
ikhlas. Kerana mereka sembahyang dengan memakai pakaian ‘ambil ada’ sahaja.
Pada satu hari Jumaat, terdapat seorang remaja sembahyang dalam masjid Ibu Kota
Kuala Lumpur, bada belakang baju ‘T’nya, ada iklan arak.
Terdapat di beberapa masjid orang - orang sembahyang memakai baju ada
iklan syarikat perniagaan dan sebagainya.
Pada bulan puasa ini ada ucapan menerusi
radio dan televisyen yang menasihat - menyeru orang Islam berpuasa untuk
mengukuhkan perpaduan semua rakyat di negara ini.
Saya
anggap nasihat dan seruan itu salah dalam ilmu tauhid dan tasawwuf, kerana kita
beribadat kerana Allah, ikhlas kepada Allah dan tidka untuk kepentingan lain.
Saya
berarap, sesiapa yang hendak bucap perkara yang ada hubung - kait dengan ibadat kepada Allah, eloklah
berhati - hati, agar tidak berlakudengan ucapan itu menampakkan diri ‘jahil’.
Lebih dahsyat lagi mementingkan perpaduan dari Allah.
SEDEKAH
PADA JALAN ALLAH
Sahabat
Rasul Allah,Muahammad al amin, Ibnu Abbas radiallahu ‘an memberitahu, bahawa
Rasul Allah, Muhammad s.a.w. telah melakukan sembayang ‘Indidul fitri’ (raya
puasa) dua rekaat. Junjungan tidak solat sebelum dan selepasnya.
Kemudian
Junjungan telah pergi bersama juruazan, Bilal radiallahu ‘an, ke tempat para
wanita dalam bahagia masjid An Nabawi. Junjungan menyeru mereka agar bersedekah (pada jalan Allah). Mereka
bersedekah. Ada yang bersedekah subang atau anting - anting dan ada yang
bersedekah rantai lehir masing - masing.
(Dari buku ‘Sahih Bukhari’, 1988,
halaman:281
--------------------------------------------------------
SAJAK
PEJUANG KEMERDEKAAN NEGARA MELAYU
Rashid Maidin putera Kinta,
Berjuang bersama para pahlawan bangsa,
Dr Burhanuddin, Ishak Muhammad pujangga,
Membela bangsa memerdekakan negara.
Abdullah CD putera kasteria,
Menentang Inggeris sedaya upaya,
Menuntut merdeka negara bangsa,
Kini Melayu ’bangsa Malaysia’.
Mat Indera guru agama,
Berjuang menentang penjajah bangsanya,
Di dibunuh penjajah manusia
Melayu juga tuduhnya derhaka,
Shamsiah Fakeh Puteri Negeri Sembilan,
Wanita Melayu menentang penjajahan,
Bergerak berjuang dalam hutan,
Menentang Inggeris penjajah ber’syaitan’.
Baik budi pm Mahathir,
Bersama dua timbalan keseolamatan,
Bantu Rashid Maidin, Abdullah CD, Abu Samah,
Tunai fardu Haji di Makkah.
Mezium Negeri Kedah, Alor Setar ....... Mokhtar PetahAJAK
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.