Friday, June 21, 2013


  1. SPEAKER PARLIMEN
    Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaafar berikrar akan memastikan perjalanan persidangan Dewan Rakyat ke-13, jika pencalonannya diterima, akan berlaku adil dan telus.
    Menurutnya, kepercayaan yang diberikan PR dalam usaha mendokong amalan demokrasi sebenar tidak akan dipersia-siakan di samping memastikan Perlembagaan Persekutuan terus dimartabatkan.
    "Saya rasa amat terharu atas pemilihan saya menjadi calon timbalan Speaker.
    ---------------------------------------------
    Saya setuju dari luar dan yakin, jika Datuk Kamaruddin Jaafar dipilih untuk memegang jawatan Timbalan Speaker Dewan Rakyat.
    Walaupun negara kita mengamalkan maruah dan dasar demokrasi, tetapi, saya mendapat pada peringkat sebelum PIRU - ke 13 lalu, keadaan Speaker Dewan Rakyat, kadang - kadang, macam hakim,macam pelawan, macam ketua tentera dan sebagainya.
    Sepatutnya Speaker brperanan sebagai hakil, iaitu sentiasa adil. Tidak berat sebel. Tidak macam panas baran.
    Like ·  · Unfollow Post
    • 2 people like this.
    • This comment will also be posted to www.sinarharian.com.my.
  2. MANUSIA

    * Pada ketika lapar hendak makan, hendak kenyang.
    * (Bila) pada ketika kenyang, hendak senang.
    * (setelah) kenyang, hendak menang.
    * Apabila ada perasaan hendak menang, nafsu syaitan bersarang.
    Kadang - kadang kutuk orang, makan orang, ada yang bunuh orang.
    Like ·  · Promote · 
  3. PANTUN

    Hari ini jumaat namanya,
    Dalam masjid ramai pemuda;
    Cari nikmat dengan reda,
    Islam didik kita berpada.
  4. FIKIR - FIKIR

    BERJUANG DALAM ARENA POLITIK

    [11 Syaaban 1434
    Selepas kalah pilihan raya pergi London kenudian pergi Makkah. Bersumpah tidak mahu berpolitik atas alasan duit habis orang benci kawan pun lari. Askara kata kata ini telah pun keluar dari mulutnya sebelum ini. Belum habis kata kata bila berlaku kekosongan kerusi dia yang awal ambil borang menamakan calon. Sudah banyak bukti bahawa sumpah dan janji orang politik bohong. Munafik adalah roti pagi buat mereka. Wassalam Mso (Mohd SayutiOmar).]
    Seorang di antara ulama tersuhur di Negeri Perak, Ustaz Haji Mat Saman Kati (lihat buku ’Tasawwuf’, oleh: Mokhtar Petah) telah berkata dalam satu pertemuan dengan Sultan Perak, Al marhum Sultan Idris Shah dan saya, di Istana Tambon, Ipoh:
    ” ...ogang - oghang yang nak jadi wakil ghakyat, sama ada ahli Parlimen mahupn ahli Dewan Undangan Negeri, ada lima jenis manusia, iaitu:
    1 - Mahu berjuang dengan ikhlas di jalan Allah untuk membela rakyat dan menjaga negara atau negeri,
    2 - Mahu berjuang di tengah orang ramai dengan tujuan mahukan nama dan dipuji orang ramai,
    3 - Mahu berjuang kerana untuk mencari makan, iaitu dari asalnya berpendapatan kecil dan miskin, dapat hidup senang atau cukup makan,
    4 - Mahu berjuang kerana mengejar kekayaan, seolah - orang dia tidak akan mati,
    5 - Mahu berjuang untuk menempa nama dan menjatukan kawan - kawan seperjuangannya. Orang begini sanggup membunuh kawannya sendiri.”
    Apakah dalam UMNO - BN, PAS, PKR, DAP dan lain, individu yang berjuang dalam pangsa (1) atau pangsa - pangsa lain, hingga pangsa (5).
    Saya telah berpenalaman bersama sebilangan para wakil rakyat di negeri - negeri seluruh Malaysia, semenjak negara Persekutuan Tanah Melayu (sekarang Malaysia) mencapai kemerdekaan, maka saya telah mendapat di kalangan semua wakil rakyat, sama ada ahli Parlimen, ahli Dewan Undangan Negeri; ada juga ahli Dewan Negara -sanator, telah berada dalam lima cara hidup, iaitu:
    1 - Pada masa belum berjawatan wakil rakyat, bekerja guru pelatih dan menggunakan basik, setelah lima bulan bergelar wakil rakyat, makan minum dalam coffee house dan berkereta besar dan mewah.
    2 - Walaupun seri tidur dalam Dewan, tetapi dia menjadi orang kaya raya dan dihormati oleh para ahli ekonomi.Tempat tinggalnya banglo dan serba mewah.
    3 - Siang hari dia di pejabat atau bersama orang - orang kampungnya, tetapi pada waktu malam, dia bersama taukeh taukehlombong bijih timah, kayu balak dan pemborong yang terdiri orang Cina dan India.
    4 - Pada masa beluam menjadi wakil rakyat hingga selama beberapa tahun wakil rakyat, dia sentiasa ke surau, bersama orang - orang kampung, menggunakan basikal atau motosikal.
    5 - Pada masa belum menjadi wakil rakyat ’pijak semut tak mati’, tetapi setelah bergelar wakil rakyat, mahir minum ’air gila’, ramai ’girl friend’, dan isterinya dihadiankan ’madu’ , seorang atau tiga.
    - mokhtar petah
    Like ·  · Promote · 
  5. PENGEAHUAN AM

    JANGAN HINA YANG DI - PERTUAN AGONG

    (1) Yang di Pertuan Agong adalah berkuasa mengampun dan
    menangguhkan hukuman - hukuman mengenai segala kesalahan yang telah dibicarakan oleh Mahkamah tentera dan segala kesalahan yang dilakukan dalam Wilayah - Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya; dan Raja atau Gabenor Sesutu Negeri adalah berkuasa mengampun dan menangguhkan hukuman - hukuman mengenai segala kesalahan lain yang dilakukan di Negerinya.[Pind. Akta A1095]
    (2) Tertakluk kepda Fasal (10), dan tanpa menyentuh mana - mana peruntukan Undang - undang persekutuan berhubung dengan remitan hukuman kerana berkelakuan baik atau khidmat khas, apa - apa kuasa yang diberi oleh undang - undang Persekutuan atau undang - undang Negeri bagi meremit , menggantung atau menguangkan hukuman bagi sesuatu kesalahan boleh dijalankan oleh Yang di Pertuan Agong jika hukuman itu telah dijatuhkan oleh mahkamah tentera atau oleh sesuatu mahkamah sivil yang menjalankan bidang kuasa dalam Wilayah - Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya dan, dalam apa - apa hal lain, kuasa itu boleh dijalankan di mana kesalahan itu telah dilakukan.[Pind. Akta A1095]
    (3) Jika sesuat kesalahan telah diaku kesemuanya atau sebahagiannya di luar Persekutuan atau di beberapa buah Negeri atau dalam hal keadaan yang boleh menimbulkan waham di mana kesalahan itu dilakukan, maka bagi maksud - maksud perkara ini lesalahan itu hendaklah disifatkan sebagai telah dilakukan di Negeri di mana keslahan itu telah dibiacarakan. [Pnd.Akta A1095]
    Demikian satu pengenalan ringkas mengenai kedaulatan dan kekuasaan Yang di Pertuan Agong yang menjadi ’payung negara dan rakyat’ yang terdiri dari semua keturunan, terutama Melayu, Cina dan India, di Malaysia dan kawasan takluknya.
    Semua rakyat dari semua keturunan dan tidak ada perbezaan kedudukan mesti taat seita kepada Yang di Pertuan Agong yang menjadi simbul perpaduan negara dan rakyat.

    Termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan,
    Raja, mesti dipatuhi dan dihormat,
    Orang yang mencerca Raja,
    Ada dua hala,
    Satu tidak sukakan Raja,
    Kedua benci atau anti bangsa Melayu.

    Orang begini tidak sedar diri,
    Jadi bodoh perosak negeri,
    Cerdik ada jahil tidak mengaji,
    Tentunya tidak insaf menumpang negeri,
    Kalau dihalau kemana hendak lari?

    Insaflah semua penduduk,
    Di mana bumi dipijak,
    Di situ langit di jujung,
    Jangan kulit lecin jadi pekong,
    Dengan pena hina Yang di - Pertuan Agong.

    Jangan kecundang sebab sombong,
    Jangan biadap sebab tinggi menggunung,
    Jangan jahil tidak beradat langsung,
    Jangan melukut hendak jadi lesung,
    Jangan hidup lakasana 'katak bawah tempurung'.*
    - Mokhtar Petah
    * Dipindahkan dari manuskrip, buku ’YANG DI - PERTUAN AGONG KE - 14,
    oleh: Mokhtar Petah

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.