Thursday, June 27, 2013



FALSAFAH AL QURAN DAN AL HADIS

Dhuribat ’alaihimuz zillatu aina ma thuqifuu illa bi hablilin minal Lah wa hablin minan naas.
Maksud:
Ditimpakan ke atas mereka kehinaan (dari segala jurusan), dari mana sahaja mereka berada, kecuali dengan adanya sebab dari Allah dan adanya sebab dari manusia.
 - Ali Imran:112

ISLAM SERTA DENGAN IMAN 

Rasul Allah, Muhammad s.a.w. telah menjawab pertanya seorang tetamunya:
”Amalan - amalan Islam (orang yang beragama Islam) yang disertakan dengan iman, adalah lebih afdah (utama).” *
- Perawi: Imam Ahmad.
*   Semua manusia yang beragama Islam, tidak dalam golongan orang kafir, tetapi mereka itu ada yang sama dan syubhat dengan orang kafir dalam amalan - amalan mereka, seperti segala hukum Allah mengharamkan sesuatu, seperti ’araka’ dan ’judi’, mereka menghalalkan dan mengadakan undang - undang penghalalan atas dua jenis yang Allah telah haramkan itu.
Orang Islam yang utama, ialah yang beriman kepada Allah. Mereka mematuhi hukum Allah; segala yang Allah haramkan mereka tidak lakukan dan segala yang Allah perintah mereka laksanakan,


 ----------------------------------------


PANTUN

Lada seguni bawa ke Cheni,
Lada Cheni ada seguni ;
Tiada bini hendak  berbini,
Ada bini dihamba bini.



No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.