DIALOG
KERANA DUIT
Bujang: Awang, dulu kau cakap lain, hari ni kau cakap lain.
Awang: Cakap, siapa pun boleh bercakap.
Bujang: Ia,siapa pun boleh bercakap,tapi kau bercakap macam senjata makan
diri sendiri.
Awang: Aku bercakap dulu tak dapat apa - apa pun, cakap hari dapatlaaa....
Bujang: Dapat apa.
Awang: Dapatlaaa ..., aku cari makan.
PUTUS TUNANG
Ali: Bodin, dulu kamu dengan piah,
bukan main bercinta, mkacam belangkas,
ada Piah ada kamu.
Bodin: Aku bercinta, kami macam belangkas, aku dawah dia...
Ali: Dakwah? Dakwah apa?
Bodin: Kamu tau, dia sentiasa buka aurat, aku dakwah dia suapaya tutup
aura...
Ali: Dah tu. Dia tutup aurat.
Bodin: Dia janji lepsa bertunang, nak tutup aurat, tapi tak tutup juga.
Ali:Tu maknanya, dia tak terima dakwah kamu.
Bodin: Sebab tu aku putuskan pertunangan. Baru bertunang dah tak dengar kata,
bila dah jadi bini, salah - salah langkah, aku jadi unta.
***
PINGGAN PLASTIK
Azizah: Aku menyesal, rasa rugi makan di warong tu.
Mahani: Ngapa, aku tengok macam kau tak ada selera makan.
Azizah: Makanan maham
macam dalam cafe, macam coffee house, tapi pinggan,
piring paklstik.
Mahani:Ooo, itu berniaga nak untung banyak.
Azizah: Apa salahnya guna pinggan, piring seramik ..., aku tak ada selera
nak
makan...
Mahani: Dia orang ambil kursus berniaga
untuk cari untung saja, tak di ambil
kursus hormat pelanggan, adab sopan.
**** ****
PANTUN
Besi kharsani tempa di Tanah Jawa,
Tempa berdua pahlawan pedang geliga;
Habis bini melarat emak mertua,
Bapa mertua jadi kupang tembaga.
**** ****
FALSAFAH AL QURAN DAN AL HADIS
KUFUR DAN TIDAK BERSYUKUR
’Demi sesungguhnya, bagi penduduk Saba’ (satu negeri di Yaman), satu tanda (yang
membuktikan kemurahan Allah menguniakan
rezeki kepada hamba - hambaNya) yang terdapat di tempat tinggal mereka, iaitu,
dua bahagian kebun (yang luas kawasannya
dan subur semua tanamannya), yang terletak di sebelah kanan dan sebelah
kiri ( kawasan mereka tinggal). (Lalu dikatakan kepada mereka): ’Makanlah dari
rezeki kurniaan Tuhan kalian dan bersyukurlah kepadaNya (negeri kalian ini)
adalah negeri yang baik (aman dan makmur) dan
Allah Maha Pengampun.
(Tetapi) maka mereka ingkar (tidak men gikut hukum -
hukum Allah, tidak bershyukur dan takbur), lalu Kami (Allah) hantgarkan ke atas
mereka banjir yang membinasakan, dan Kami (Allah) menggantikan dua bahagian
kawasan kebun mereka itu dengan dua kawasan kebun yang bersisi (tumbuh) pohon -
pohon yang pahit buahnya dan jarang
berbuah, dan sedikit pohon - pohoin bidara (pohon yang dsaunnya untuk digunakan
dengan air mandi mayat).
’Demikian Kami (Allah) membalas (ke atas) mereka
disebebkan kekufuran (melanggar dan menolak hukum - hukum Allah) mereka; dan
sebenarnya Kami (Allah) tidak menimpakan balasan yang demikian, melainkan
kepada orang - orang yang kufur. *
- Surah Saba’:15,16,17.
* Firman Allah
yang maksud di atas ini, sampai pada masa kita ini sedang berlaku di negara - negara
di seluruh dunia yang kufur dxan tidak bersyukur kepada Allah.
Negara - negara tersebut nampak diluar sebuah negara yang
kaya raya, dunia memuji akan kebaikkannya, media sentiasa menyiarkan tentang
kejayaan para pemimpinnya, teapi di dalam negara - negara itu berserabut dengan
berbagai keburukan dan penderitaan, seperit:
a. Hutang yang banyak yang membawa kepada muflis.
b. Makanan lebih banyak yang haram dari yang halal.
c. Hiburan dan maksiat menjadi - jadi atrau menjadi
budaya rakyat.
d. Perjudian, arak dan segala yang haram ada di mana -
mana.
e. Kemewahan yang pura - pura dan boros bebeloanja wang
negara.
CEMBURU
Rasul Allah, Muhammad s.a.w. menjelasakan: ”Sesungguhnya Allah itu
Pencemburu. Allah cemburu (amat murka), sekiranya seseorang mukmini (dan
mukminat) melakukan sesuatu yang diharamkan (oleh Allah). *
- Perawi: Abu Hurairah
* Cemburu Allah, ialah murka kepada
hamba - hambaNya yang
melakukan kejahatan, melanggar
dan mengenepikan hukum -
hukumNya.
* Cemburu manusia, berbeza dari
cemburu Allah.Cemburu ada pada
lelaki dan perempuan.
= Cemburu lelaki terhdap lelaki, kerana
menyayang atau
mencintai kekasih atau isterinya. Sampai matipun dia
tidak
mereka keksiah atau
isterinya mencintai lelaki lain atau
menduakan dirinya.
=
Cemburu perempuan kepada perempuan lain yang menyayangi
Atau mencintai kekasih atau
suaminya.
Tetapi terdapat wanita
cemburunya tidak sampai ke hujung. Ada
yang rela rakan rapatnya
atau wanita lain mencintai dan
mengahwini kekasih atau
syuaminya.
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.