Thursday, August 16, 2012


FALSAFAH AL QURAN DAN AL HADIS


                              MUHAMMAD

Orang -orang yang kafir (tidak beriman kepada Allah) dan menghalangi (orang lain) dari jalan Allah (bekerja dan berjuang hingga untuk mempertahankan agama Isalm dan menegakkan negara Islam), Allah menjadikan pekerjaan mereka itu terbuang percuma.
Dan mereka yang beriman(kepada Allah) mengerjakan perbuatan baik dan mempercayai (wahyu) yang diturunkan (Allah) kepada Muhammad (outera Abdullah, keturunan Nabi Ismail alaihis salam dan ayahnya Nabi Ibrahim khalilullah (jurutera awam pembena Ka’abah) dan itu satu kebenaran (hakiki) dari Tuhan (Allah)  mereka. Allah akan menutup kesalahan dan memperbaiki keadaan mereka. *
- Muhammad:1,2.

*  Dari dasar beriman kepada Allah dan kepada RasulNya,
    Muhammad s.a.w. setia individu beragama Islam - mukmin
    dan mukminah - melafaz dengan lisan dan hati akan dua
    kaliamh syahadat: Asyhadu anla ilah illal Lah, wa asyhadu
    anna Muhammad Rasulul Lah . Dua kalimah syahada ini
     adalah sijil atau ijazah bagi setiap indiviu yang beragama
     Islam; membuktikan mereka orang Islam dan mukmin atau
     mukminah.
Orang - orang yang benar - benar beriman tidak menghalang orang - orang Islam lain menjalankan kerja atau berjuang pada jalan Allah, hingga keeperingkat berjuang kepada jalan Allah, seperti bersama berjuang dalam sesabuah organisasai politik Islam.
Jika kita meneliti pengakuan kita sebagai orang Islam dan mukmin dan mukminah beriman kepada Allah dan RasulNya Muhammad s.a.w., maka, sesiapa yang menghalang, menentang dan sebagainya kepada individu dan organisasi untuk menegakkan negara Islam, maka, perbuatan itu adalah kesalahan yang besar.
Kesalahan yang besar ini, menurut beberapa orang ulama murshyid, bahawa kesalahan itu sama dengan menjadi kafir atau bersama orang kafir.
“Depa jadi kafiak, keghana duk halang oghan Islam nak adakan negagha Islam ...,” Tuan Guru Sheikh Haji Nawawi Muhammad (Pak Wi Janggut Merah - Asal: Sungai Batu, Pantai Remis, Perak (1950- an).
Maka, kita boleh menilai, bahawa individu beragama Islam yang menentang individu Islam lain yang bekerja dan berjuang pada jalan Allah, seperti menegakkan negara Islam, maka individu yang menentang itu, beriman kepada tiga  jenis: 1 - Allah Subhanahu wa Taala, 2 - Muhammad Rasulullan, 2 - Kapitalis, sosialis, komunis atau atheis.
Mereka yang beriman tiga cabang ini, adalah terkeluar dari Islam. Hidup dan perjuangan mereka: Adhalla a’amalahum (sia - sia atau terbuang percuma).


No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.