Thursday, August 9, 2012


FALSAFA AL QURAN DAN AL HADIS


                 BERITA BERHIKMAT DARI ALLAH

[ Hadis Riwayat Imam Bukhari dan perawi - perawi lain: Rasul Allah, Muhammad s.a.w. menyatakan, bahawa pada satu hari Nabi Musa telah berucap di hadapan perhimpunan kaumnya.Ada seorang lelaki bertanya kepadanya: ” ... adakan sesiapa - orang lain - di muka bumi ini yang lebih ilmunya daripada anda?”
 Nabi Musa menjawab: ”Tidak ada”
Lalu Allah menegur kerana Nabi Musa tidak merujukkan soalah mengenai ilmu itu kepadaNya (Allah). Allah menerangkan kepada Nabi Musa: ’Ada seorang hamba Aku (Allah) yang lebih ilmunya daripada kamu.’
Allah memberitahu Nabi Musa alaihi salam, bahawa orang itu dapat ditemui di pantai laut, berhampiran dengan tempat pertemuan dua laut. Allah memerintahkan Nabi Musa membawa bekalan seekor ikan dalam bakulnya untuk dimakan. Kikan ikan itu hidup semua dan masuk ke laut semula, maka di situlah tempat pertemuan  Nabi Musa dengan orang yang diberitahu Allah itu.
Nabi Musa bersama teman karibnya, namanya, Yusya’ bin Nun. Lama kemudian, setelah Nabi Musa wafgat, Yusya’ bin Nun menjadi khalifah meneruskan pemerintahan Islam Nabi Musa alaihis salam.
Allah tiak menerangkan nama laut tempat bertemua Nabi Musa alaihis wsalam dengan orang itu. Hanya para ahli tafsir dan mahi ilmu sejarah yakin; oleh kerana Nabi Musa tinggal di Masir dan keluar bersam akaumnya ke semenajung Sinai. Malamn tentulah kedua - dua laut itu ialah simpang atau cabang laut merah - Red Sea - , di Teluk Aqaba dan Teluk Suis (Suez).
Setelah tiba dui tempat yang diperintahkan Allah itu, Nabi Muda dengan Yusya’ makan dan makan sebelah dari badan ikan itu. Kemudian mereka tertidur, mungkin kerana kepenantan. Pada ketika itu ikan yang telah tidak bercawa itu telah hidup semula, menggelapar sedikit dan mengelunsur ke dalam laut di situ.]
Menurut beberapa ulama Islam, di antaranya Allahyarham Haji Nawawi Muhammad (janggut merah), Sheikh Abdullah Fahim, Sheikh Tahir Jalaluddin dan HAMKA, yakin, ikan sebelah yang selalu kita makan itu, adalah ikan dari ikan yang dimakan Nabi Musa alaihis salam dengan Yusya’.]

... tatkala Musa (Nabi Musa alaihis salam) berkata kepada rakan karibnya (Yusya’ bin Nun): Aku tidak akan berhenti berjalan sehingga aku sampai di tempat pertemuan dua laut itu, atau aku akan berjalan tgerus bertahun - tahun.”
Maka, apabila mereka berdua tiba ditempat pertemuan dua laut itu, lupalah mereka akan ikan mereka, lalu ikan itu menggelusur menempuh jalan di laut, yang merupakan lorong bawah tanah.
Setelah mereka melepasi  (tempat tersebut), berkatalah Nabi Musa kepada rakannya: ”Bawa makan tengahari kita (makan yang dibawa bersama ikan), sebenarnya kita telah penat lelah dalam perjalan kita ini.”
Temannya telah berkata: ”Tahukah apa yang terjdi pada ketika berehat atas batu besar itu; dan tidaklah menyebabkan aku lupa menyebutnya melaikkan syaitan; dan ikan itu telah menggelunsur menempuh jalannya di laut dengan cara yang menakjubkan.
Nabi Musa berkata: ”Itulah yang kita kehendaki.” . Mereka datang semula ke tempat itu, dengan mengikut jejak mereka.
Lalau mereka mendapati seorang dari hamba Kami (Allah) - iaitu Nabi Haidhir), yang Kami (Allah) telah kurniakan kepadanya rahmat dari Kami (Allah), dan Kami (Allah) telah mengajarnya sejenis ilmu ( ilmu ladunni, iaitu ilmu yang diajar Allah kepada hamnya dengan ilham dan dapat mengetahui apa - apa akan datang (bukan nujum).*

*  Dalam pertemuan itu Nabi Musa alihis salam memiinta kepada Nabi Haidhir
    untuk mengikutnya.Dalam perjalan seterusnya, Nabi Musa alaihis salam
    menapati brbagai ilmu yang ada pada Nabi Haidhir dan tidak ada padanya.
    Berita dari Allah ini memperikatkan kita, walau sempandai mana kita, tentu ada
    orang lain yang lebih pandai.
    Seorang guru atau profesor mengajar penuntutnya, lama kemudian bekas
    penuntut nya itu lebih pandai dan lebih bijaksana daripadanya.
    Kata orang bijak pandai Islam; pandai seseorang, di ajar oleh guru dan profesor,
    ntetapi bijaksana seseorang, diajar oleh Allah.
    bijaksana diajar oleh Allah.













No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.