CATATAN SEJARAH
TUNKU DAN MAHATHIR
... pada masa itu negara sedang sibuk membincangkan surat Dr Mahathir yang ditulis oleh beliau untuk Tunku, dan mengndungi kegagalan - kegagalan Perdana Menteri itu dalam pemerintahannya.
Tunku Abdul Rahman sendiri dalam bukunya ' 13 Mei - Sebelum Dan Selepasnya", telah menceritakan bagaimana ' pada 17 haribulanJulai pukul 7 pagi, sehelai kain cogankata telah dijumapai terikat di pagar hasapan Masajid Universiti (Universiti Malaya, Kuala Lumpur); sebuah masjidyang saya telah bina untuk penuntut - penuntu universiti itu. Di atasa kain itu ada tertulis cogankata yang brbunyi: 'Rejim Tunku Imperialis dan peudalis' dan 'Tunku, Berhentilah'. Tunku juga seterusnya menceritakan pada hari itu bagaimana penuntut - penuntut membawa sepanduk - sepanduk yang tertulois di atasnya perkataan - perkataan yang dapat menunjuukkan dengan jels panangan - panangan politik mereka, seperti ' Kamu mahu seoran gpemimpin yang dinamik', dan 'Singkirkan kaki poker dan kaki kuda'.
Peristiwa pemecatan Dr Mahathir yang menjadi topik perbincangan hangat di kalangan pelajar - pelajar Melayu telahjuga disentuk oleh Tunku Perdana Menteri dalam bukunya itu. (Baca buku: Nahasiswa Menggugat, oleh: Muhammad Abu Bakar, (1973), Pustaka Antara, Kuala Lumpur, halaman:88.
Catatan: Mahasiswa universiti dulu berani dan bebas. Sekarang
Mahasiswa universiti terbelanggu dan penakut.
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.