FALSAFAH ISLAM
BERIMAN DAN HIJRAH
Sesungguhnya, orang - orang yang beriman, berhijrah (berpindah) dan berjihad (berjuang) dengna harta benda pada jalan Allah (untuk membela agama Islam), dan orang - orang (Ansaar) yang memberi tempat kediaman dan pertolongan (kepda orang - orang Islam yang berpinda - muhajirin) itu, merekalah orang - orang yang beriman dengan sebenar - benarnya. Mereka beroleh kemapunan dan lima kurnia yang mulia (dari Allah). *
- al Anfaal:74.
(sesungguhnya) orang - orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad (berjuang) pada jalan Allah dengan harta benda dan jiwa raga mereka, adalah lebih besar dan tinggi darjat merekadi sisi Allah (daripada orang yang memberu minumn orang Haji dengan air Zamzam dan orang yang memakmurkan masjid), dan mefeka itulah orang - orang yang berjaya.
Mereka digembirakan oleh Allah dengan pemberian rahmnat daripadaNya dan keredaan serta syurga; mereka mendapat dalam syurga itu nikmat krsenangan yang kekal.*
- at Taubah:20,21.
* Maksud firman Allah di atas ini, adalah bagi umat Islam pada
masa Rasul Allah, Muhammad s.a.w. mengembang dan berjuang
menegakkan agama Islam di Madinah dan Makkah serta seluruh
Semenanjung Arab.
Sebenarnya, perjuangan pada jalan Allah atau fi sabilillah tidak
habis - habis hingga ke akhir hayat umat manusia dan akhirnya
dunia ini.
Sekarang perjuangan pada jalan Allah sedang terbuka, iaitu,
umat Islam yang tegal iman dan ikhlas boleh berhijrah kepada
sebuah parti politik yang berjuang menegakkan Negara Islam di
bumi ini, iaitu Parti Islam Se Malaysia - PAS. Tidak ada parti lain
di negara ini selain dari PAS yang berjuang pada jalan Allah yang
sempurna.
Sungguhpun UMNO parti politik orang Melayu - orang Islam - ,
tetapi dasar UMNO lain dari PAS. Dasar UMNO ialah nasionalisme
atau assobiyah - kebangsaan - , yang perjuangannya boleh
menerima apa jua yang tidak bersifat Islam dan kadang - kadang
menentang orang Isklam yang berjuang pada jalan Allah.
Kita tidak menafikan UMNO dan para ahlinya berjuang pada jalan
Allah jua, tetapi, perjuangan mereka adalah separuh dari
perjuangan PAS dan orang - orangnya.
Sesungguhnya, mana - mana parti politik nasional dalam negara
umat Islam di seluruh dunia, adalam dalam keadaan terombang
ambing dan mudah dipengaruh oleh pihak - pihak mukan Islam
atau musuh Islam.
SENGAT DARI SATU LUBANG
Ahli Hadis, Abu Hurairah memberitahu, bahawa Rasul Allah, Muhammad s.a.w. telah menasihati umat Islam:
Seseorang mukmin (danmukminah) itu jangan disegat (oleh ular atau kalajengking, labah - labah dan lain) dari satu lubang sampai dua kali.*
- Hadis ini diakuji oleh semua ahli Hadis pada zaman Rasul.
* Kita orang Melayu dan umat Islam, hendaklah berhati - hati,
agar kita tidak dijajah kali yang kedua, setelah dijajah oleh
Inggeris (sebenarnya bangsa kita - Melayu -, telah banyak kali
dijajah oleh bangsa - bangsa lain).
Kita akan dijajah kali yang kedua oleh penjajah bentuk baru,
iaitu orang - orang keturunan poendatang yang menjadi kawan
kita dalam perjuangan.
Selagi orang Melayu bertegak dalam sebuah parti politik
assobiyah atau nasional, kemungkinan besar, mereka akan
dijajah kali yang kedua pada masa yang terdekat.
Hanya Islam dan umat Islam yang semangat tegar akan dapat
mempertahankan diri dan negara mereka dari dijajah kali yang
kedua.
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.