Tuesday, July 31, 2012




FALSAFAH AL QURAN DAN AL HADIS


          AKTA KESELAMATAN DALAM NEGARA

Pada hari ini, kita sedang menghadapi Pilihan Raya Umum ke - 13 yang sedang hampir kepada kita, maka, saya kira agak baik, saya mengemukakan perkara lama, dijalankan lama dan mereka yang dipaksa telah lama didera penderitaan badan dan jiwa. Iaitu Akta Keselamatan Dalam Negeri (Internal Security act - Isa).
Mendahului tulisan ini, saya yakin para pemimpin dan manusia - manusia dalam parti politik yang memerintah negara terbeban dengan dosa yang tidak diampun Allah Subhanahu wa Taala.
Allah tidak mengampunkan dosa mereka, selagi mereka tidak memohon ampun dari yang mereka siksakan dan yang tersiksa mengampunkan mereka.
Saya menekankan tentang dosa dan menderaan, ialah, berdasar dan berpandukan firman Allah dalam Quranul karim yang maksudnya di bawah ini:

‘Hai (Nabi Daud alaihis salam), sesungguhnya Kamu (Allah) menjadikan kamu khalifah (ketua pemerintah) di muka bumi. Oleh itu, putuskan perkara di antara umat manusia dengan kebenaran, dan jangan kamu menurut kemahuan (nafsu kerana berkuasa), nanti kamu akan disesatkannya dari jalan Allah. Sesungguhnya, orang - orang yang tersesat dari jalan Allah itu, akan memperoleh (didera) siksaan yang sangat (keras), disebabkan mereka lupa akan hari perhitungan.’
 - Shah:26

Akta Keselamatan Dalam Negeri - ISA - , adalah satu ikatan kuasa penjajah Inggeris yang berpegang kepada agama Kristian (lain dari yang dibawah Nabi Isa alaihis salam) dan Yahudi (lain dsari dijalan oleh Nabi Musa alaihis salam dan para nabi). Akta ini dilaksan dan dilakukan kezaliman ke atas manusia tanpa bicara dalam mahkamah, pada masa penjajah Inggeris mengistiharkan  dan mengusakan akta itu dalam Undang _ undang darurat pada 1948.
Walaupun Persekutuan Tanah Melayu yang telah mencapai kemerdekaan pada 1957, dipimpin oleh orang - orang Islam, tetapi mereka membelakangi amaran Allah dan mereka telah mengguna pakai ISA untuk mengekang rakyat yang tidak sefahaman, tidak sebulu atau membantah sistem kerajaan mereka.
Pemimpin - pemimpin negara ini yang terbeban atau didera oleh dosa (bersarakan firman Allah di atas), ialah:
1 - Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman Putra (Kedah), 2 - Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak Hussein (Pahang), 3 - Perdana Menteri ketiga,Tun Hussein Onn (Johor), Perdana Menteri keempat, Tun Dr Mahathir Mohamad (Kedah), Perdana Menteri kelima, Tun Abdullah Ahmad Badari (Pulau Pinang) dan Dato’ Mohd. NajibTun Razak.
Pandangan saya ini, mungkin ditolak oleh para mufti di Negara ini, tetapi saya berpegang kepada firman Allah di atas, bahawa para pemimpin kita itu berdosa dan mereka sedang didera beban dosa di dunia akanakan didera Allah di akhirat.
Saya meneliti sepanajang perjalanan para pemimpin di atas yang terpaksa dilakukan kerana kehendak para ahli  parti politik yang menjadi gunung batu menguatkan mereka (para ahli tersebut didera dosa yang sama oleh Allah, di dunia dan di akhirat nanti), maka mereka itu, dapat saya jangkatkan beban dosa mereka mengikut sebanyak mana manusia rakyat Negara ini yang telah mereka siksakan dalam tahan.
a . Tunku Abdul Rahman Putra kurang dari Tun Abdul
     Razak Hussein.
b.  Tun Razak Hussein lebih banyak dari Tun Abdul Rahman
     Putra.
c.  Tun Hussein Onn hampir sama banyak dengan berasnya,
     Tun Razak Hussein.
d. Tun Dr Mahathir Mohamad, adalah paling banyak atau
     terbanyak diebabakan dengan maksud firman Allah di
     atas, iaitu dosa melakukan tidak adil ke atas umat
     manusia.
e.   Tun Abdullah Ahmad Badawi yang berpelajaran agama
      Islam (diakui oleh Universiti Malaya), dibebankan
      demikian juga, tetapi, kurang dari para Perdana Menteri
      terdahlu.
f.    Dato’ Seri Mohad. Najib Tun tidak dapat lari dari beban
      ini, tetapi beliau akan berkuarangan (mengiikut ketentuan
      Allah), kerana pada masa beliau, Akta Keslamatan Dalam
      Negara - ISA, ditukar bulunya.
Menurut beberapa orang ulama mursyid dan yang berijtihad, bahawa manusia yang dibeban dosa menyiksa umat manusia, dideritai di dunia sebelum mereka meninggal dunia dan dideritakan di neraka setelah mereka meninggal dunia.
           Orang - orang yang didera dosa kerana menyiksa umat manusia (termasuk membunuh), dapat dilihat: 1 - Wajahnya sentiasa kelihatan diselubung kesedihan, kerana cahaya hatinya sedih. 2 - Bercakap, sering celupar, takbur, menuduh dan mengutuk manuia dan sebagainya.
            Tulisan ini berpandu kepada firman Allah dalam surah Shah:26. Saya tidak tidak memandai - mandai menentukan hokum dan saya tidak menetaspkan dosa. Semua itu kuasa Allah. Saya, mengulangi lagi, saya hanya berpandu kepada falsafa atau ajaran Quran di atas.
- Mokhtar Petah.

                     MUNAFIK

“Jangan kalian mengucapkan ‘sayyid’ (iaitu, tuan) bagi seseorang yang  munafik, sebab, sesungguhnya, jika orang itu benar - benar sayyid - tinggi mertabatnya di atas orang lain, yakni jadi pemimpin, maka kalian (orang mukmin dan mukminah) benar - benar  melakukan (menyebab) kemurkaan Allah Azza wa Jalla (kepada kalian),” - Rasul Allah, Muhammad sallallahu alaihi wa sallam.
(Perawi: Abu Daud.


















            

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.