Berita dalam 'Sinar Harian', padsa hari ini.
CADANG HUKUM HUDUD DI JOHOR
Cadangan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kemelah, Datuk Ayub Rahmat yang mahu Johor menjadi negeri pertama melaksanakan hukum hudud di Malaysia tidak pernah dibincangkan di peringkat Kerajaan Negeri sebelum ini.
Jawatankuasa Agama Negeri, Datuk Zainal Abidin Osman berkata, kenyataan itu hanyalah cadangan yang dibangkitkan wakil rakyat berkenaan pada mesyuarat pertama penggal persidangan kelima Dewan Negeri Johor ke-12.
“Saya rasa kami tidak pernah bincang perkara ini. Lagipun, ia mungkin sekadar cadangan yang dibangkitkan oleh Adun Kemelah sahaja pada mesyuarat pertama penggal persidangan
kelima Dewan Negeri Johor ke-12.
------------------------------------------
Meneliti cadangan ADUN Kamelah Ayub dan Jawatankuasa Agama Negeri, Dato' Zainal Abidin Osman, saya teringast kepada bekas ahli parti Islam Hizbul Muslimin Malaya (1945), Menteri Besar Johor, Dato' Haji Hassan Yunus. Allahyahram pada waktu bercakap dengan saya berkata: "Saya harap, Negeri Johor ini, pada satu masa nanti, saya telah tak ada lagi, akan gunakan undang - undang Islam, seperti dalam Quran."
Saya ucapa tahniah kepada wakil rakyat Johor itu dan saya sedar, bahawa para pemimpin Islam di negara kita ini sedang dikurnia hidsayat oleh Allah, untuk berjuang dan beramal atas landasan atau jalan Allah.
Jika UMNO dan BN Johor menolak cadangan tersebut, maka, pengaruh PAS akan memancar seperti matahari pagi di Johor.
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.