BERITA DALAM 'SINAR HARIAN', PADA HARI INI.
MENGUBAH KERAJAAN JOHOR
Kepimpinan Umno dan Barisan Nasional menolak andaian sesetengah pihak khususnya pembangkang bahawa tsunami politik Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan bergerak dari selatan Semenanjung dengan bakal mengubah Kerajaan Negeri Johor.
Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan berkata, mengambil kira perkembangan ketika pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Tenang awal tahun lalu, andaian pihak pembangakng adalah “satu kesilapan.”
"Itu lagi satu kesilapan pandangan mereka... (lihat) pilihan raya kecil Tenang, satu bukti yang jelas kita (BN) tambah majoriti, bukan kurang majoriti pilihan raya kecil Tenang daripada 2,000 lebih kepada 3,707 (undi).
-------------------------------
Masih ada dalam buku catatan saya, pda masa UMNO memerintah Kelantan, berbagai tindakan dan kata - kata mereka laku dan hamburkan, yang PAS tidak akan berjaya memerintah Negeri tersebut, tetapi, kuasa Allah, hingga kini PAS berkuasa di Kelantan dan orng - orang UMNO berputih mata.
Pada masa Pulau Pinang dalam GERAKAN - BN ramai orang UMNO yang berpengetahuan tinggi dan luas pandangan politik bersuara dan ada yang melaung, bahawa DAP - PKR tidak akan berjaya merampas Pulau Pinang. Tetapi, kuasa Allah, siapa tahun, Pulau itu kini dalam PKR.
Maka, dengan kuasa dan kehendakj Allah, Negeri Johor akan bertukar corak pemerintahan, UMNO - BN kecundang atau banyak kekalahannya, hingga terpaksa menagih untuk menubuhkan kerajaan campuran.
Orang ramai seluruh Johor memerahti dan belajar, Air Johor mengalir ke mana, berbiadang tanah di negeri Johor lepas ke t3angan siapa, dan banyak lagi yang para rakyat Negeri Johor tidak puas hati dan kecewa.
Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan, elok belajaar sejarah Negeri Johor dan mengetahaui hati rakyat jelata negeri itu yang terdiri dari Melayu, Melayu Bugis, Melayu Jawa dan Melayu lain, serta orang - orang Cina dan India.
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.