TERKENANG
TERKENANG
FORUM PERDANA PENULISAN ISLAM
Pada 4 Februari 2006, Persatuan Penulis dan Peminat Sastera (PENTAS) Perak telah menganjurkan Forum Perdana Penulisan Islam, bertempat di Auditorium Intitut Tadbiran Islam (ITIM) Negeri Perak, Ipoh. Tajuk forum itu, “Bakat Penulisan dan Tasawwur Islam Memupuk Bakat Melalui Kefahaman’.Aku telah diundang memberi ucapan dalam foruma tersebut.
Aku telah menyarakan kepada para penulis muda dan calon-calon penulis supaya mereka menjadi kerja menulis sebagai satu perjuangan atau jihad yang mesti dilaksanakan pada bila-bila masa.
“Kalau seseorang itu guru atau pensyarah, dia hanya mengajar atau memberi kulih kepada pelajar-pelajar atau para mahasiswanya sahaja, tetapi penulis memberi pengetahuan dan kesedaran kepada umat dunia swecara meluas,”kataku.
“…oleh demikian, semua penulis mestilah mengisikan dalam dada mereka dengan apa jua ilmu pengetahuan apa jua jenisnya dan membanyak pengalaman dari alam tanpa empadan ini, “kataku lagi.
Aku telah menjelaskan, setiap penulis mestilah kasih kepda kerajayanya, sepereti juga orang yang beriman kasihkan Tuhannya, anak kasihkan ibu bapanya, patriotic kasihkan Negara, bangsa dan agamanya dan kekasih kasihkan kekasihnya daloam apa jua keadaan dan waktu seperti pantuh:
Terentak Terenting atas batu,
Berak terkencing ingatkan aku.
PENTAS Perak dipimpin oleh Ustaz Osman Bakar, Kampunhg Gajah, Perak, adalah bekas pelajar Madrasah al Yahyawiyah, Padang Rengas, Perak dan telah mengikuti kursus kewatawan yang telah aku anjurkan di Kuala Kangsar pada tahun 1960-an.*
* Dari manuskrip buku, Memoir, Patah Sayap Bertongkatkan
Paruh, (eolum terbit), oleh:Mokhtar Petah.
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.