KULLIYAH AL QURAN dan AL HADIS
MENOLONG ALLAH
Hai oang - orang yang beriman! Jika kalian menolong Allah (agama Allah, iaitu Islam), nescaya Allah akan menolong kalian pula dan mengukuhkan tegak (pendirian dan perjuangan) kalian.*
- Muhammad:7
* Firman Allah ini, tidak bererti Allah meminta pertolongan kepada hamba- hambaNya. Ia menunjukkan, bahawa kalau hambanya menolong usaha dan perjuangan pada jalan Allah dan menguatkan Islam sehingga dapat membentuk sebuah Negara Islam seperti yang dilaksanakan Nabi Muhammad s.a.w., maka, Allah akan menolong pula hingga yang menolong itu berjaya, tegak pendirian dan pernjuangan yang diredainya.
Sebaliknya, sesiapa yang menentang orang - orang yang menolong Allah dan berjuang pada jalan Allah, maka, tunggulah balasan Allah ke atas mereka.
MAKAN DAN BERPAKAIAN
Rasul Allah, Muhammad s.a.w. menasihatkan:
Kalian makanlah, kalian minumlah dan kalian berpakaianlah (tetapi) jangan kedekut - bakhil - dan sombong.
- Perawi: Imam Bukhari.
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.