Sunday, June 24, 2012


KISAH DARI NOVEL.


                MAHASISWA, KEKASAIH, IJAZAH DAN AIDS

Pada pagi dingin itu, Zainal Rashid termenung dalam biliknya. Ijazah ilmu Syariyah dan usuluddin yang baru diterima pada minggu lalu bagaikan kembes lukisan, lembab di tangannya kerana air matanya telah luruh atas kertas keramat itu.
 Ijazah tersebut akan menjadi pengakuan indentitinya seorang ulul albab - cendekiawan Islam. Seorang ustazah dan seorang orang  taat kepada hukum-hukum Allah. Ijazah itu juga menjadi teket untuk mendapat jawatan yang tinggi dalam kerajaan Malaysia. Tentulah sebagai pegawai agama Islam, kadi, mufti atau hakim mahkamah syariah.
             “...aku, ...ijazah, penyakit AIDS..., aku derita., ...ya Allah, ampukanlah aku ya Allah,” suara Zainal Rashid dalam bahasa Arab terbenam dalam halkumnya. 
  “Aku berdosa, ya Allah, aku dah buat maksiat, ... ya Allah,”doa Zainal Rashid.
”Dengan kuasa-Mu juga ya Allah, Fuzi tak mau bersama aku di Aswan,”bisik Zainal Rashid. Menyesal. 
             “ ...kalaulah kami dah lakukan, ... penyakit dalam tubuh aku tentu dah berjangkit kepada Fuzi, ...dia juga ada penyakit macam aku,”bisik Zainal Rashid lagi.
Teket kapal terbang terletak atas bagasinya. Teket itu memisah Zainal Rashid dengan Fauziah. Gadis yang ibarat bunga padma yang telah robek-robek kelopaknya itu, tidak akan ditemuinya lagi. Walaupun cintanya kukuh kepada Fauziah, tetapi  dia tidak akan menemui gadis itu sampai ke akhir hayatnya. Dia tidak mahu  tubuh Fauziah menjadi sarang penyakit bahaya itu. 
          “Fuzi, ana sayang kepada ente,” suara Zainal terluah dari mulutnya.
          “Sungguh, ana sayangkan ente, ...tapi ana tak mau jumpa ente lagi,  ...sampai bila ..., ana malu,” suara hati tegarnya. 
          “Tapi, macam mana, ...Fuzi dah ngandung, ... hamil, ... anak aku,”sungut Zainal Rashid.
     “Fuzi hamil..., anak aku ...,” bisik Zainal Rashid.
      “...zuriat aku, ...anak aku,” bisiknya lagi.
      “...cucu emak, ... ayah aku,” ratap hatinya.

SAMA DENGAN SYAITAN

Abdul Hamid Dawam telah masuk mendapatkan Zainal Rashid. Wajahnya berselimut sedih. Perpisahan dengan rakan karibnya itu akan berlaku sebentar lagi. Hatinya amat risau akan Zainal Rashid yang sedang sakit. Kuasa Allah tidak siapa mengetahui, tetapi penyakit boleh membawa rakannya itu ke lubang kubur. 
         “...enta sahabat karib ana, tetapi enta sama dengan syaitan, bahaya...,”kata hati Abdul Hamid Dawam.
         “Teksi telah tiba,” Abdul Hamid Dawam memberitahu Zainal Rashid.
         “Ia, selamat tinggal, saudaraku,”kata Zainal Rashid.
         “Ia, ...as salamu alaikum,”  sahut Abdul Hamid Dawam
Sambil berjabat tangan, dua biji mata Abdul Hamid Dawam merenung tangan Zainal Rashid, kalau – kalau ada luka dan ada darah di tangan itu.
         “Sambil membawa bagasi Zainal Rashid ke teksi yang sedang menunggu, hati Abdul Hamid Dawam berkata, ” ...sepatutnya kamu pulang kepada ibu bapa kamu, tanah air dan bangsa kamu, sebagai seorang cendekiwan, ahlul bab, seorang yang kuat iman kepada Allah, baik akhlak, tetapi kau pulang sebagai syaitan.”
         “Sahabatku, ana minta enta beritahu Fauziah, ...ana telah pulang ke Malaysia,” kata Zainal Rashid kepada Abdul Hamid Dawam.
          “...mengapa, enta tidak memberitahu dia, ...ana ingat enta telah memaklumkan kepadanya, bukankah dia itu kekasih enta?” Tanya Abdul Hamid Dawam.
          “Ana tak beritahu dia, ana akan  pulang hari ini,” jawab Zainal Rashid.
          “Mengapa?”  Tanya Abdul Hamid Dawam.
           “  ...ana malu, ...ana malu,  ... ana ada penyakit,”jawab Zainal Rashid.
Abdul Hamid Dawam merenung wajah temannya. Perasaan belas kasihan membungkus hatinya. Kepada Allah dia memohon agar Maha Kuasa itu menyembuhkan penyakit berbahaya pada tubuh rakannya itu.
            “Ia, ana minta maaf, ...enta tolong beritahu dia, ana telah pulang ke Malaysia hari ini, ...sampaikan salam ana kepada dia,” Zainal Rashid meminta kepada rakannya.
            “Baiklah, insya Allah,hai sahabatku, ana akan  beritahu dia,” sahut Abdul Hamid Dawam. 
              Teksi telah membawa Zainal Rashid ke Lapangan Terbang Antarabangsa, Kahirah.

TERASA SEPI

Kir-kira telah 20 jam Abdul Hamid Dawam telah ditinggalkan sahabatnya, Zainal Rashid, dia terasa sepi, rindu dan dunia ini menjadi kosong. Setelah selesai sembahyang fardu Isyak, Abdul Haid Dawam membuka beberapa buah buku untuk mengetahui asal usul penyakit AIDS. Dalam sebuah buku ensiklopedia terdapat sedikit keterangan mengenai asal usul penyakit itu.

AIDS (absurd imbuh deficiency sydrome) A viral disease characterized by a decrease of certain T-lymphocytes resultin in a breackdown of the immune system and increased sysceptiblity to ather disease. First described in 1981, it priginated in central Africa, possibly by the mutation of a virus carried by green monkeys. The three currently know cousative agents, the viruses HIV, LAV2, and SBL 6669 V 2, are transmittedin blood, semen, or vaginal fluid, It is possible that a very  high proportion of virus carriers will develop the disease but tha exact percentage is uncertain. AIDS occurs most frequently in homosexual and bisexual male and intravenous drug users  who share needles, but it can also be tranmitted to heterosexuals by any penetrative intercourse with an AIDS carrier an to those eho receive transfusions of infected bloo (all of which is now tested). By the end of 1987 abaout 100,000 cases of the disease dad been reported worldwide;ib Britain 1227 recorded cases had resulted in 697 deaths. Until a vaccine or cure has been found (the drug azidothymidine (AZT) merely alleviates symptomsI, western governments are attempting to limit its spread, especialy into the hetersexual community. The British government began an campaign in 1986 to discourage cesual sexsual relationship an encourage the use of condom.’ ( The Macmillan Encyclopedia, Alesbury, Market House Books Limited,1988, hl:21).

Dari buku ensiklopedia itu, Abdul Hamid telah dibawa oleh fikiran mengeni ilmu sejarah dunia tentang manusia melakukan homoskesual pada zaman Nabi Luth alaihis salam. Akibnat dari perbuatan jahat itu, Alalah telah membisanakankawasan itu, sodom, di Afrika dengan menerjunkan hujan batu bara api.

‘Bahawa akamu telah melapaskan syahwat kamu kepada orang-orang lelaki, tidak kepda perempuan-prempuan. Bahkan kamu semua kaum yang melanggar batas’ .
’Dan kami  turunkan hujan atas mereka hujan (hujan batu), perhatilah bagaimana akibat orang-orang yang berdosa’ .

Dari ayat Quran itu, Abdul Hamid Dawam percaya, bahawa orang-orang yang mati akibat hujan batu bara itu mempunyai penyakit AIDS dalam tubuh mereka. Bangkai-bangklai merela telah dimakan oleh sejenis monyet – monyet hijau. Mungkin monyet-monyet itulah yang membawa penyakit itu hingga kepada turun menurun haiwan itu.
Abdul Hamid Dawam amat mementingkan  amanah dan akhlak. Atas nama seorang mukmin, dia tidak akan memdedahkan rahsia  Zaianal Rashid kepada Fauziah. Amanah yang besar menjadi rahsia dalam dirinya.
           “...wallah, haram bagiku mendedahkan keburukan seseorang,”sumpah Abdul Hamid Daham.    
Kerana amanah, maka Fauziah tidak mengetahui sampai ke akhir hayatnya yang  acquired immune deficiency sydrome – AIDS, telah bersarang dalam tubuh kekasihnya.*
* Dari manuskrip novel, BUNGA PADMA DI LEMBAH NIL (belum 
   terbit),oleh: Mokhtar Petah.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.