Sunday, June 17, 2012
SAJAK
PERJUANGAN IKUT RASUL ALLAH
Kelantan,
Serambi Mekah,
Negeri tayyibah (bertuah),
Turut perintah Allah,
Pimpinan ulama sabar dan tawakal,
Untuk bangsanya serta rakyat semua.
Nik Aziz mu’alim bersiasat.
Siasahnya ikut system Rasul Allah,
Ramai yang mahukan dia gelabah,
Biar dia lumpur,
Rebah,
Dia tabah yakin dirinya.
Nik Aziz,
Semenjak dijajah Siam dan Inggeris,
Sampai ke tahun - tahun lepas merdeka,
Kutahu Kota Bharu dinoda maksiat,
Kepak bungkus senjata membunuh insan,
Pelacuran, arak , judi dan berbagai hiburan.
Nik Aziz,
Allah mentakdirkan dengan hikmatNya,
Harakahmu - organisasi Islam diizinkan,
Ambil alih kerajaan Kelantan,
Kota Bharu lumpuh maksiat,
Syaitan lari menggaru kurap.
Nik Aziz,
Kini, walaupun pentadbiranmu,
tidak Islam hakiki,
tetapi bangga kami,
di sini terasa ada reda Allah,
Negeri bertuah Allah Maha Pengampun.
Nik Aziz,
Jika datang makhluk runtuh - musnahkan,
Negerimu - negeri diredai Allah,
Sama juga dengan meruntuh agama Allah,
Kerana negeri dan kerjaanmu ikut hkum Allah,
Manusia rakus nafsu kata “mu salah”.
Nik Aziz,
Ana mlihamu dari jauh,
Makanmu bukan makanan para Raja,
Cuma nasi bungkus lauk seketul dua,
Minumanmua, hanya secawa Qahwa,
Syukurmu kepada Allah, berganda.
Manik Urai..................... Mokhtar Petah
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.